Sejak akhir-akhir ini, anak dara penyanyi ND Lala,semakin dihujani kontroversi.Terbaru,tarian ghairahnya dalam konsert rancangan realiti Mania minggu lalu, menjadi perbualan ramai.Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan pelantun lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di sini.Tidak mudah melatah dengan kontroversi yang melandanya,buah hati aktor Shanaaz Ahmad,menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti.Menurut Shila Amzah,20,dengan adanya sokongan kedua orang tuanya,dia tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.
“Saya tidak terkejut, lagi pun perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka perkara itu bukanlah satu masalah yang serius.Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu. Pada saya ia tidaklah keterlaluan,” katanya yang memilih lagu Kau atau Aku, nyanyian Elyana, dalam konsert Mania yang kelima itu.
Jelas Shila,isu ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana sejak dulu lagi dirinya sudah sebati dengan tarian.
“Ketika menyertai One In A Million dahulu,saya turut menari menerusi lagu Oop! I Did It Again,nyanyian Britney Spears,rasanya tarian saya ketika itu lebih teruk.Tetapi setelah rancangan itu berakhir,mereka bagaikan terlupa mengenainya.Kini,saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert Mania minggu lalu,saya harap perkara ini tidak dipanjangkan.Saya tahu, mungkin ramai yang tidak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini,” katanya tenang.
Ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan dia beraksi sedemikian kerana kecewa dengan Shaanaz,Shila berkata,perkara tersebut tidak benar sama sekali.
“Apa yang saya lakukan telah dibincangkan terlebih dahulu bersama keluarga, jadi apa yang saya lakukan bukanlah sengaja. Malah ia dirancang sepenuhnya bagi konsert itu,” katanya.
Shila turut memohon agar isu ini segera dihentikan. Pinta Shila, hati keluarganya harus dijaga.
“Apa yang mereka katakan boleh menyentuh hati dan perasaan orang tua kami. Saya sedar yang mengkritik ini bukan sahaja mereka yang sukakan saya, malah sebaliknya juga.Oleh sebab itu, saya menerima apa sahaja yang dikatakan dan mengambilnya sebagai satu iktibar. Walaupun ia negatif, tetapi saya pandangnya dengan cara positif,” katanya.
Bercerita mengenai persediaannya bagi menghadapi konsert Mania yang seterusnya, Shila berkata, dia bakal berduet bersama Noraniza Idris. .
“Saya memilih beliau kerana kredibilitinya sebagai seorang penyanyi irama Malaysia yang bagus. Apa yang saya lakukan semata-mata untuk mengembangkan karier saya.Percubaan saya menyanyikan lagu Nirmala, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, di Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini mendapat maklum balas yang baik daripada peminat, jadi tidak salah saya mencubanya menerusi Mania pula.Bagaimanapun,saya masih belum membuat keputusan untuk menyanyikan lagu apa,” katanya. - SH

1 comment:
Kepada anon 1208. Kepala bapa kau . Jangan hjiack orang lain punya blog dengan business kamu itu.
Post a Comment