saya mengucapkan tahniah kepada penyanyi Hafiz yang diumumkan sebagai juara program Mania pada malam 19 Mei lalu. Beliau digelar Superstar Mania dan mendapat wang tunai RM500 ribu,wang rakyat Malaysia yang mengundinya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).Dalam masa yang sama Ahmad Dhani,karyawan dari Indonesia dan bertindak sebagai produser Hafiz dalam program itu berjaya membawa keluar wang negara berjumlah RM300 ribu,satu jumlah yang banyak.Kalau ditukar wang itu dalam nilai rupiah.
Saya mendengar kawan-kawan saya berborak,stesen televisyen kita pada hari ini terlalu pemurah kerana menyediakan wang tunai yang begitu banyak untuk sesebuah pertandingan.Saya berkata,memang benar mereka pemurah tetapi yang lebih pemurah adalah hati nurani rakyat Malaysia kerana sanggup membazirkan duit poket dan duit belanja sekolah masing-masing disebabkan ingin memberi keuntungan kepada stesen televisyen yang menjadikan medium hiburan untuk mengaut keuntungan.
Kita juga terlepas pandang,dengan adanya pertandingan yang diundi menggunakan SMS, stesen televisyen mendapat dua keuntungan.Pertama,keuntungan daripada duit titik peluk rakyat yang bekerja siang,malam dan kedua pula mereka meraih untung menerusi iklan yang dipaparkan.Dalam hal ini siapakah yang silap? Stesen televisyen tak silap tetapi kita sebagai manusia yang diberikan akal fikiranlah yang membuat silap.
Kita sanggup membazirkan wang untuk memberi keuntungan kepada orang lain sedangkan wang yang dilaburkan walaupun hanya 10 sen nilainya itu tidak memberikan apa-apa pulangan ataupun faedah kepada kita.Dalam masa yang sama kita perlu membayar bil elektrik serta bayaran menyewa saluran televisyen.Hasil sumbangan itu akhirnya menambahkan lagi bilangan artis yang tidak berkualiti kerana pemilihan mereka dinilai daripada sudut yang tidak profesional.
Akademi Fantasia (AF) terbitan Astro pada tahun 2003 merupakan rancangan pertama yang memperkenalkan pendekatan undian SMS ini dan seterusnya berjangkit kepada stesen televisyen lain yang turut mengambil pendekatan serupa.Bayangkan pada tahun 2004,Akademi Fantasia musim kedua (AF2) berjaya mencatat kutipan berdasarkan SMS sebanyak RM15 juta iaitu jumlah tertinggi dalam keseluruhan program AF yang diterbitkan Dan sekarang negara kita dipenuhi dengan bintang-bintang mi segera yang bukan setakat tenggelam timbul keadaannya tetapi ada yang tenggelam tidak timbul-timbul.Dalam masa sepuluh tahun lagi,kalau budaya undian SMS ini terus menular,kita usah terkejut sekiranya banyak penyanyi pasar malam membuat rakaman album.
Kita tidak perlu menyalahkan orang lain sebaliknya kita hendaklah menyalahkan diri kita sendiri kerana kita sudah membuat pelaburan untuk melahirkan artis sebegitu kualitinya Dan... tidak mustahil pada masa akan datang, bayaran untuk juara dalam pertandingan seumpama itu boleh mencecah jutaan ringgit.Peningkatan jumlah bayaran kepada pemenang itu adalah bukti bahawa pelaburan rakyat menerusi SMS untuk sesebuah rancangan realiti sememangnya meningkat.
Oleh Niezam Mstar
APA YANG SAYA RASA ADA JUGA KEBENARANNYA !!!
ITU ADALAH LUMRAH PEMINAT RAKYAT MALAYSIA TAK KIRA KAUM !!!
TERUTAMA ANAK-ANAK MUDA !!!
APA PUN JANGAN SALAHKAN MEREKA !!!
ADA MANUSIA YANG TAK BOLEH HIDUP TANPA HIBURAN !!!
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:
Kat malaysia ni dh jd budaya membangkang rasenye..konsep die mudah kalau xnak xperlu undi,aku pun xpenah undi..same je mcm ptpn,kerajaan xpakse pinjam pun..kalu rs mampu sgt xpyh pinjam..aduhai,susah la mcm ni..kalu rs bgs sgt nk membangkang,belajar tinggi2 jd org besar astro or government n jd org yg buat keputusan la bro..stakat menyalak kat blog mcm annoying la bro..hahahahahaa..ciao
Ya contohnya Mawi. Hancus gila. Sampai penyanyi pompuan dari Indon tak nak duet dengan dia. Penyanyi tu duet dengan penyanyi wanita lain.
Itu produk jelas sampah yang di keluarkan oleh Astro.
Eh yeke?? Nape and bile??
Post a Comment