Penulis penuh kontroversi,Irshad Manji menolak fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang umat Islam negara ini menyertai demonstrasi seperti himpunan BERSIH pada 28 April lalu.Beliau berpandangan fatwa adalah pandangan ulama semata-mata dan ia bukan perintah Tuhan yang termaktub dalam Al-Quran.
“Keluarkan seberapa banyak fatwa yang anda (mufti) mahu tetapi fatwa anda atau pun anda (mufti) sendiri tiada pengiktirafan Tuhan,” kata Irshad dalam satu temubual eksklusif dengan Meloyakini.
Meneruskan wawancara,pensyarah di New York University (NYU) itu turut mengkritik keras golongan ulama hari ini yang disifatkannya cuba berlagak seperti Tuhan dan mahu penganut Islam menurut perintah mereka tanpa penilaian kritis.
“Anda bukan Tuhan.Hanya ada satu Tuhan dan kerja itu masih belum ada kekosongan,” kata Irshad sinis.
Beliau sebaliknya menggesa umat Islam kembali kepada Al-Quran yang menuntut penganutnya berfikir sebagai satu wadah untuk meningkatkan keimanan.
“Jika lebih ramai orang Islam faham beza di antara ulama dan Allah, kita akan mengizinkan diri kita melaksanakan perkara yang dianjurkan Al-Quran iaitu berfikir untuk diri sendiri bagi meningkatkan keimanan kita,” katanya yang percaya Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal untuk umat Islam.
sebelum ini,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang membabitkan Irshad Manji diadakan di negara ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom,berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program membabitkan wanita itu daripada berlangsung.
Beliau berkata,Manji,datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan buku terbarunya bertajuk ‘Islam, Liberty and Love’ yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.
“Kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di negara ini,” katanya.
Katanya, ideologi tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat.Jamil Khir berkata, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lalu di Geneva, Switzerland.
Justeru, beliau menyeru umat Islam di negara ini sentiasa peka dan berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan fahaman ideologi yang dibawa oleh kumpulan dan individu tersebut.Ini kerana beliau khuatir akan menyentuh sensitiviti agama serta menjadi provokasi serius terhadap umat Islam secara harmoni di bawah naungan institusi Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini.Manji adalah seorang muslim berfahaman liberalismie,pluralisme dan feminisme dan dia adalah pendukung LGBT di peringkat antarabangsa.Dia pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk ‘The Trouble With Islam Today’ yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel ‘The Satanic Verses’, Salman Rushdie.

2 comments:
insaf sebelum kain kapan mencari korang ok...
tak nak paksa sebab korang ada otak tapi aku dah terlepas dari azab sebab aku dah ingatkan korang dgn apa yg korang bt tu haram...
pejuang hamas...
Salam. Cahaya Al Majid berbicara. Pandangan Perempuan Mat Saleh yang mengaku Islam ini perlu disanggah. Sekiranya semuanya terpulang ke[ada Tuhan seperti yang didakwa wanita senteng fikiran ini..maka tiada gunalah Allah SWT melantik Para Nabi dan Rasul untuk menyampaikan suruhannya. Hukum halal haram sudah termaktub..apa pompuan Mat Salleh Islam ini nak perjuangkan. Ini adalah semata-mata ingin 'mencari nama' untuk dikenali. Lain kali pemerintah sekat dan periksa latar belakang penulis macam ini dai masuk ke negara kita. Pemimpin tidur.
Post a Comment