Dua hari sudah,pada jam 4:00 pagi,pasukan Gerak Gempur Pemuda UMNO DUN Meru telah memasang 2 banner tentang manifesto Pakatan Rakyat, 2 banner tentang premis urut dan sehelai banner ZON BN di laluan masuk ke Kampung Perepat yang mana Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dijangka hadir untuk Solat Jumaat di Masjid Umariah Kampung Perepat.
Bagaimanapun, tidak sampai tiga jam kemudian,Majlis Perbandaran Kelang (MPK) telah mencantas 4 banner kecuali banner ZON BN. Itu pun setelah diberikan amaran oleh penduduk setempat.
Bagaimanapun, tidak sampai tiga jam kemudian,Majlis Perbandaran Kelang (MPK) telah mencantas 4 banner kecuali banner ZON BN. Itu pun setelah diberikan amaran oleh penduduk setempat.
Kes ini sebenarnya amat menarik,memandangkan kalau mengikut jumlah banner, pemidang, bunting dan apa-apa sahaja penayang setaraf dengannya,Pakatan Rakyat jauh lebih juara kerana di seluruh Selangor,Pakatan Rakyat telah memasang alat-alatan promosi itu dengan penuh meriah.
Tidak cukup dengan banner,papan tanda sebesar-besar alam dan sebanyak-banyaknya didirikan di seluruh Selangor, hanya untuk menyatakan TERIMA KASIH kepada Pakatan Rakyat. Sekaligus menggambarkan sikap rakus Pakatan Rakyat Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim. Dan yang paling menariknya ialah apabila Pakatan Rakyat menggunakan wang kerajaan negeri untuk dibelanjakan bagi pemidang-pemidang dan bahan-bahan promosi berkenaan… bukan untuk rakyat, tetapi untuk Pakatan Rakyat semata-mata.
Perangai sakit hati Pakatan Rakyat terhadap banner dan bunting yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional begitu jelas dan ketara. Di sebalik keaktifan mereka sendiri menaikkan pelbagai alatan promosi di seluruh Selangor menggunakan wang rakyat, Pakatan Rakyat tersangat bimbang dengan PEMBIRUAN di seluruh Selangor yang sedang aktif dilaksanakan oleh rakyat Selangor sendiri !!! - SEL13.COM

No comments:
Post a Comment