Social Icons

Pages

Thursday, June 21, 2012

EKSKLUSIF !!! PENIPUAN BERKENAAN ISU AIR KERAJAAN SELANGOR BAWAH PAKATAN HARAM TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!


1.Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selangor adalah sekadar untuk menutup kelemahan pentadbiran Menteri Besar Khalid Ibrahim menangani isu air.

2.Jemputan yang dibuat tidak menyeluruh malah tiada sebarang jemputan termasuk kepada ADUN BN dan SYABAS sendiri yang menguruskan pengagihan air sedangkan Kerajaan Negeri melalui KDEB dan KPS memegang 30% saham SYABAS.

3.Forum Air Selangor hanya dibuat setelah isu mengenai air didedahkan oleh pihak Barisan Nasional sedangkan janji-janji mengenai air telah ditaburkan oleh pihak Pakatan sejak dahulu lagi.Perkara sepenting ini sepatutnya dijadikan agenda serius Kerajaan Negeri Selangor dan bukan hanya difikirkan bila isu ini dibangkitkan oleh rakyat Selangor sendiri.

4.Kebanyakan pembentang ketika Forum Air merupakan ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah masing-masing.Tiada keputusan kukuh yang diumumkanselain hanya ‘bercadang’ untuk meneliti setiap proposal yang ada.Hakikatnya,kita semakin kesuntukan masa.

5.Kerajaan Negeri langsung tidak mempertikaikan konsep ‘Supply vs. Demand’ iaitu bekalan air terawat adalah terlalu rendah berbanding permintaan bagi tiga tahun kehadapan.

6.Hampir kesemua pembentang pada Forum Air Selangor membentangkan mengenai sumber air mentah tanpa memikirkan mengenai cara merawat air tersebut.

7.Kita semua sedia maklum bahawa 33 pusat rawatan air yang ada sekarang sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing.Malah ada sesetengahnyayang telah melebihi kapasiti optimum.

8.Projek Langat 2,selain menyalurkan air mentah,ianya juga merupakan pusat rawatan air yang akan merawat air mentah sebelum disalurkan kepada orang ramai.

9.Cadangan bahawa sumber air boleh diperolehi dari banyak kaedah seperti air bawah tanah,air empangan mahupun air lombong tidak akan bermakna jika pusat rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

10.Sehingga kini,Menteri Besar menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar 2-3% tanpa memberikan angka sebenar yang didapati berdasarkan kajian beliau sendiri,jika ada.

11.Sikap Menteri Besar yang sengaja tidak mahu mengakui isu sebenar masalah air ini sebaliknya cuba bermain politik menunjukkan beliau tidak memahami masalah sebenar yang berlaku.

12.Penstrukturan semula air bukan perkara utama sebaliknya memastikan bekalan air sentiasa mencukupi perlu menjadi focus utama Kerajaan Negeri.Walaupun berlakunya penstrukturan semula,Kerajaan Negeri masih belum menyatakan langkah yang akan diambil oleh mereka.Perlu diingatkan bahawa, Projek Langat 2 ini sudah bermula dan hanya perlu diteruskan sahaja.

13.Persoalan yang saya lontarkan sebelum ini mengenai masalah permintaan (demand) yang meningkat saban tahun, masalah loji rawatan yang telah hampir melebihi kapasiti,masalah non-revanue water (NRW) yang tinggi kerana arahan pembekuan CAPEX oleh kerajaan negeri dan masalah tiada tindakan kukuh kepada pihak yang mengotorkan sumber air langsung tidak dijawab oleh pihak Menteri Besar.Sebaliknya,beliau hanya mengadakan Forum Air Selangor yang umpama gula-gula untuk mengaburi rakyat.Sedangkan penyelesaian kepada masalah tersebut tidak diselesaikan dengan forum yang diwujudkan.

14.Tindakan populis Kerajaan Negeri menyelaras tariff air juga sebenarnya merupakan langkah tidak bijak apabila dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa kajian yang mendalam.Ianya dibuat sekadar untuk mengurangkan beban janji pilihanraya.Berdasarkan maklumat yang diterima melalui PAKAR, ramai rakyat Selangor yang tidak mampu terpaksa membayar bil air kerana menggunakan meter pukal seperti di kawasan pangsapuri.

Dato’ Sri Ir Mohd. Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

ADAKAH RAKYAT SELANGOR NAK MINUM AIR LOMBONG ???

KENAPA KHALID GAGAP TAKUT SANGAT NAK CUBA DARI LANGAT 2 ???

TAKUT SEBAB KERAJAAN PUNYA KER ???

CUBALAH BUAT KERJASAMA SIKIT !!!

INI SEMUA DEMI RAKYAT SELANGOR !!!

ADAKAH INI MENTERI BESAR ANDA WAHAI RAKYAT SELANGOR ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Jana pendapatan tanpa modal.Hanya promote link: http://tinyurl.com/d6njmv4

 
 
Blogger Templates