Social Icons

Pages

Friday, June 22, 2012

EKSKLUSIF !!! SURAT TERBUKA DARI BADUT RAKYAT UNTUK @NAJIBRAZAK DAN KERAJAAN MALAYSIA !!!


"Salam YBhg Dato Sri...

Sebagaimana kita semua sedia maklum,asas penwujudan negara kita adalah berdasarkan kepada 'KONTRAK SOSIAL' yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia.Rasa sedih kerana ramai daripada kita tidak mengetahui dan memahami dengan jelas apa yang dikatakan sebagai kontrak sosial yang dipersetujui antara kaum utama di negara kita untuk kita mencapai kemerdekaan daripada pihak British.

Dalam proses mencapai kemerdekaan,isu utama yang menjadi pertikaian ialah isu kewarganegaraan.Ramai orang melayu yang tidak bersetuju bangsa-bangsa lain diberikan hak kewarganegaraan.Walau bagaimana pun,di atas rasa tanggungjawab dan tolak ansur orang melayu bersetuju supaya kaum-kaum lain terutamanya Cina dan India diberikan hak kewarganegaraan.Tetapi persetujuan tersebut adalah bersyarat.Orang Melayu bersedia untuk memberikan "HAK KEWARGANEGARAAN" kepada orang Cina dan India dengan syarat orang Cina dan India bersetuju dengan empat perkara iaitu :

1. Hak Keistimewaaan Orang Melayu.
2. Agama Islam Sebagai Agama Rasmi.
3. Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Rasmi
4. Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Akhirnya persetujuan telah dicapai dan perkara 4 + 1 ini telah diterjemahkan dalam PERLEMBAGAAN NEGARA.Oleh itu,sekiranya ada pihak yang mempersoalkan hak salah satu daripada perkara-perkara tersebut, pihak yang lagi satu juga berhak untuk mempersoalkan hak kumpulan terbabit,begitu juga sebaliknya.Negara kita merupakan negara yang "RAPUH" kerana kita terdiri daripada berbilang kaum yang boleh memimpin negara.Sedikit kesilapan yang sekiranya tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan perselisihan dan yang paling ditakuti ialah PEPERANGAN boleh berlaku di antara kaum.

Sehubungan dengan itu,saya mencadangkan supaya KERAJAAN BERTINDAK DENGAN TEGAS DAN UNDANG-UNDANG BARU DIWUJUDKAN BERKAITAN DENGAN PERKARA 4 + 1 di mana sesiapa sahaja yang mempersoalkan perkara 4 + 1 ini boleh didakwa di mahkamah dan dipenjarakan dengan sewajarnya.Kita boleh mengambil terma yang digunapakai oleh Thailand bagi mereka yang menghina Maharaja Thai.Saya mohon YBhg Dato' Sri dan Kerajaan untuk mengambil tindakan segera berkaitan perkara ini supaya perkara 4 + 1 ini tidak lagi menjadi isu yang tidak selesai dan menjejaskan hubungan antara kaum. Dengan hilangnya isu ini, kita semua boleh berusaha untuk memajukan negara untuk menjadikan Malaysia kita lebih cemerlang, gemilang dan terbilang sehingga ke akhirnya."

Yang Benar
Editor Badut Rakyat...

1 comment:

Anonymous said...

Kalau bukan Melayu hendak buang 4 perkara berkenaan Melayu, maka Melayu juga mahu buang kerakyatan bukan Melayu. Tidak ada bangsa di dunia yg murah hati dilute voting power drp 100% kepada 50% apabila pendatang diberikan kerakyatan. Selain berkongsi voting power, Melayu juga terpaksa berkongsi hasil mahsul tanah Melayu spt hasil hutan, laut, galian & minyak. Jika dahulu pendatang tidak diberi kerakyatan, Melayu Malaysia mungkin boleh menikmati kehidupan spt Melayu Brunei. Sbg contoh, dividen Petronas RM30 bilion kepada Kerajaan kini dikongsi 30 juta rakyat Malaysia berbilang kaum. Jika dahulu pendatang tidak diberi kerakyatan, hasil tersebut cuma perlu dibahagi kepada 15 juta Melayu. Inilah pengorbanan Melayu yg perlu dihargai, bukan diambil kesempatan akibat sikap rakus dan tamak.

 
 
Blogger Templates