Social Icons

Pages

Monday, June 04, 2012

HOT NEWS !!! DAP CUBA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DENGAN KISAH BABI,BIR DAN ANJING ??? WAJIB BACA !!!



Bermula pada minggu ini Roketkini akan menyiarkan terjemahan novel Animal Farm,karya George Orwell,secara bersiri sebagai sebahagian usaha Roketkini untuk memartabatkan bahasa Melayu menerusi penerbitan karya-karya agung dunia dan juga Nusantara.

Itulah ayat untuk entri pada 21 May (bukan 21 Mei – kaedah memartabat yang menarik) di laman Roketkini.

Beberapa baris petikan ‘memartabatkan’ bahasa Melayu :

Di salah satu sudut gudang besar,di atas sebuah podium yang tinggi letaknya,si Major duduk di atas tilam jerami,di bawah sebuah tanglung yang tergantung di tiang.Ia berusia dua belas tahun dan kebelakangan ini tubuhnya semakin berisi.Namun ia tetap seekor babi yang berparas agung dan terlihat jelas gigi panjangnya tidak pernah dipotong.Tak lama kemudian binatang lain datang berduyun-duyun dan dengan caranya sendiri-sendiri berusaha duduk atau berdiri dengan nyaman.

Yang pertama sampai tiga ekor anjing,iaitu Bluebell, Jessie dan Pincher,diikuti sekumpulan babi yang segera mengambil tempat duduk di atas jerami di depan podium.Kumpulan ayam betina bertenggek di ambang jendela, sementara burung-burung merpati mengepak-mengepak di atas alang, dan sekumpulan biri-biri serta sapi berbaring di belakang para babi sambil mulai mengunyah rumput.

**Tanglung mesti mahu sebut.

Gambar besar pada tajuk entri itu adalah gambar seekor babi.Kisahnya penuh dengan perjalanan hidup babi dan bir dan entah apa-apa yang merepek.Roketkini adalah organ media dalam talian milik DAP.Kisah babi,bir dan anjing digunakan untuk memperlihatkan usaha memartabatkan bahasa Melayu. Kisah itu pula penuh dengan sindiran.

Ini perbuatan menghina ke apa ???

Dengan pilihan raya semakin hampir, macam-macam temberang dibuat juak-juak DAP yang dinaungi sepenuhnya pihak PAS dan individu seperti Anwar Ibrahim, untuk mengaburi mata dan pemikiran orang Melayu.Mengapa tiba-tiba DAP mahu memartabatkan bahasa Melayu sedangkan baru beberapa hari lalu ejen mereka,Dong Zong meminta kelas bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina dipendekan.Kini,memartabatkan bahasa Melayu melalui cerita babi, anjing dan bir pula.Apa yang paling menarik,usaha memartabatkan itu dengan tatabahasa yang penuh dengan kesilapan.

Paling penting,kepada DAP,hentikan sikap hipokrasi anda.Kami semua tidak akan lupa bagaimana Teresa Kok dengan bangganya memperlihatkan bantahan terhadap tulisan jawi yang kecil yang dibuat di beberapa papan tanda jalan beberapa tahun lalu.


Tulisan jawi itu dipertikaikan dengan begitu sekali,sedangkan tulisan berbahasa Cina dengan begitu meluas digunakan di papan tanda dan pelbagai tempat,tanpa ada sesiapa merunggut apa pun.Apakah Teresa gagal memahami sikap toleransi kaum di negara ini ketika itu ???

Kini,DAP cuba memartabatkan bahasa Melayu dengan kisah babi,bir dan anjing ???

Sekali lagi, hentikan hipokrasi anda untuk semata-mata untuk mendapatkan undi.

Oleh AK-47 MyNewsHub

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

saifulfromslim said...

Salam tuan sy telah buat blogisting blog tuan pada blog blog sy...moga tuan sudi kira buat perkara yang sama pada blog sy...sy sgt berminat dgn blog ini...infomatif...

Brahim Nyior said...

Hanya Melayu buta hati yang mudah diperdayakn D A P..

Anonymous said...

Pada aku yg x sekolah tinggi ni. .Takde lah susah sgt nak faham ENTRI citer ni..Major tu Agung, yg digambarkan gudang tu negara Malaysia, di bwh tanglung tu maknanya kuasa sbrnya adalah org cina, dan tiang itu menunjukkan kekuatan..tiang xkan tak paham makna tiang.. 3 ekor anjing tu PM, Dep. PM n Mufti. BABI2 tu sume org Melayu..yg lain2 tu pandai2 lah korang pahamkan...bir tu pulak kuasa politik yg menjadikan pemimpin2 melayu mabuk..mabuk nk berkuasa sampai kelabu pemikiran..mcm org mabuk..

Anonymous said...

Tuan,
Saya penah jgk baca animal farm ni. x salah secara ringkas jln citer dia mcm ni. dkt farm atau ladang tu ada la sorang peladang yg ada haiwan ternak spt babi, kuda, anjing, kuda, lembu dll. satu hari si babi ni dpt idea utk memberontak dan berjaya rally geng2 binatang yg lain tu utk halau peladang tu dr farm tersebut. modal dia senang je iaitu dgn slogan : semua binatang adalah sama (kira hak samarata la ni). lps berjaya halau peladang, dia pulak yg merajalela kat farm tu bahkan dianiayanya menatang2 lain. konco dia 3 ekor anjing tu lah yg diguna utk menakut2kan binatang lain. lama2 binatang lain pun mula persoal knp mereka dilayan mcm kuli sdgkan babi tu pun binatang jgk. rupa2nya slogan dia yg sebenarnya : semua binatang adalah sama, tp ada satu binatang yg special (aku la tu, kata babi). maka sebenarnya apa yg DAP cuba sampaikan ialah mereka sebenarnya babi dalam citer tersebut. peladang tu Agong, binatang2 lain tu semua pengikut dia. anjing = pas.

 
 
Blogger Templates