Social Icons

Pages

Thursday, June 07, 2012

HOT NEWS !!! FAEKAH MEROYAN !!! APA CERITA NI FAEKAH ??? ARE YOU OK ???


Faekah dah meroyan !!! kali ini meroyan pasal apa yek ??? nak tahu ??? jom lihat kenyataan Faekah,lepas itu saya jawab.

SHAH ALAM 5 JUN : Sikap Noh Omar yang mempertikai usaha Kerajaan Negeri membersihkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) di Selangor disifatkan sebagai ‘buta demokrasi’ oleh Faekah Husin.Noh yang menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Kerajaan Negeri menyalahguna kuasa apabila melancarkan program ‘Selangorku Bersih’ bagi membersihkan daftar pemilih SPR yang menyaksikan penambahan luar biasa pengundi.

“Ini membuktikan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu buta demokrasi kerana tidak menghormati hak rakyat negara ini untuk mendapat pilihan raya yang adil dan bebas,” kata Faekah yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Faekah berkata,selepas tsunami politik pada 2008,telah berlaku banyak perubahan terhadap senario politik negara termasuklah di Negeri Selangor.Antaranya peningkatan luar biasa jumlah pengundi baharu yang apabila dilihat dengan mata kasar agak tidak seimbang dengan jumlah penduduk terutama di kawasan-kawasan tertentu.

“Lebih mengejutkan ialah apabila SPR mengumumkan terdapat pengundi baharu di Selangor seramai 600,000 orang,” ujar Faekah dalam kenyataan media.

Tambah Faekah,meskipun Kerajaan Selangor menganggap daftar pemilih yang dikeluarkan SPR seharusnya sahih dan betul,namun lonjakan pengundi baharu agak membuka mata.Justeru,sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang sah,maka adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan Selangor untuk memastikan bahawa nama-nama yang tertera dalam daftar tersebut benar-benar rakyat yang bermastautin di negeri ni.

“Program Selangorku Bersih dilancarkan untuk maksud tersebut membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut.Kita gerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak,” kata Faekah.

Tegas Faekah,tindakan Noh menghasut rakyat Selangor untuk tidak melayan JKKK,ketua kampung dan penghulu ketika menjalankan pemeriksaan adalah tindakan yang benar-benar mengecewakan.

“Seorang Menteri kanan boleh bertindak dan mengeluarkan kata-kata yang berniat jahat demi menghalang proses demokrasi.JKKK,ketua kampung dan penghulu adalah individu yang dilantik Kerajaan Negeri secara sah dan mereka ini mempunyai hak untuk menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir luar termasuklah pengundi-pengundi yang tidak sepatutnya berada di Selangor,” katanya.

Jelas Faekah,Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih,adil dan telus.Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN,SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih.

“Ironinya,niat Kerajaan Selangor membuat gerakan mengesan para pengundi di seluruh negeri Selangor telah pun dimaklumkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang lalu.Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut,” kata Faekah.

Apabila Faekah membuka mulut dan berkata-kata,pasti akan ada sahaja sesuatu yang luar daripada biasa,dalam keadaan tertentu bolehlah disebut “bodoh”.Apabila kerajaan negeri membelanjakan wang rakyat sebanyak RM1 juta untuk tujuan kononnya “membersihkan” senarai pengundi hantu sebagai langkah memberi tanggapan negatif kepada SPR,Faekah seharusnya membuka minda akan sifat “buta demokrasi” yang sebenar.

Pertama,mengapa mempertikaikan jumlah penambahan pengundi sebanyak 300 ribu,sedangkan angka yang lebih membimbangkan ialah terdapat 600 ribu rakyat Selangor yang layak masih belum mendaftar menjadi pengundi.Dalam erti demokrasi,setiap rakyat sebenarnya wajib mempunyai kuasa memilih dan bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk kempen daftar pemilih,sekiranya kerajaan negeri benar-benar inginkan demokrasi (hak untuk memilih) wujud dalam diri setiap rakyat.Ini lebih menyeluruh,tanpa punya apa-apa kepentingan politik.

Keduanya,penggunaan wang rakyat itu sebenarnya demi keuntungan politik kerajaan negeri,apatah lagi cuba mencari kesalahan SPR,sedangkan tempoh bantahan pengundi baru yang diragui diwujudkan sebelum senarai terkini diwartakan.Tentu sahaja mana-mana wakil parti berhak membuat bantahan dalam tempoh yang diperuntukkan,tetapi bukan selepas tempoh tersebut.Mengapa kerajaan negeri berbuat demikian selepas tamat tempoh bantahan? Tak syak lagi,mereka hanya mencari kesalahan yang akhirnya dianggap sebagai konspirasi UMNO,sebagaimana isu video Chinadoll dan Aisrkim Jamban.Wang rakyat digunakan untuk kepentingan politik mereka,yang cuba diselindungkan atas nama hak rakyat.

istilah pengundi hantu harus difahami dengan mendalam oleh Faekah,yang mungkin tidak pernah mendengar taklimat cara-cara pengundian dijalankan oleh SPR Atau lebih parah,mungkin Faekah sebenarnya tidak pernah mengundi.Tidakkah Faekah tahu,bahawa prosedur pengundian cukup ketat dan dipantau oleh wakil dari parti-parti yang bertanding, untuk membuat “check and balance” ??? Hanya apa yang tercatat di kertas undi sahaja yang rahsia,tetapi bukan berapa jumlah yang keluar mengundi kerana setiap wakil parti dibenarkan membuat kira-kira atau catatan tatkala pantauan diadakan ! Di mana wujudnya pengundi hantu ???

Kasihan Faekah,buta demokrasi.andai Faekah tertanya-tanya bagaimana boleh terdapat pertambahan mendadak senarai pengundi berdaftar,seharusnya Faekah analisa sendiri senario politik tanahair dari 2008 hingga ke perkembangan mutakhir.Kehaprakan pentadbiran kerajaan negeri tidak dapat dibendung lagi dan semakin ramai rakyat yang membuka mata akan kepentingan mengundi pada PRU akan datang.Itu pun masih ada 600 ribu yang masih belum mendaftar.Faekah rupanya menghina kesedaran politik di kalangan rakyat.Ketebalan minyak dimukanya menghalang logika dari diterima masuk ke dalam kepalanya.

Alasan Faekah bahawa Selangorku Bersih dianjurkan bagi memastikan pengundi benar-benar bermastautin di negeri ini benar-benar menyerlahkan ketidakbijaksaan otaknya berfikir.Agak sukar mencari pengundi,khususnya di kawasan bandar.Andai Faekah beralamat di Selangor dan tinggal di rumah sewa yang kemudiannya berpindah ke Johor,namun alamat masih lagi di Selangor,adakah Faekah seorang pengundi hantu hanya kerana tidak tinggal di Selangor tetapi mengundi di Selangor atas sebab alamat belum bertukar ???

ARE YOU OK FAEKAH ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates