Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas tidak akan memecat Setiausaha Politiknya, Faekah Husin meskipun pelbagai desakan dan kempen dilakukan untuk berbuat demikian.Menurutnya,Faekah tidak bersalah,sebaliknya seorang yang agresif dan terbuka dalam melaksanakan tugas yang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak.
“Dalam politik,terdapat orang-orang yang merasakan bahawa Faekah agak agresif. Dia melakukan tugasnya kepada saya, kepada negeri ini dan juga kepada Pakatan (Rakyat) dengan menerangkan kebenaran.Tetapi kadang-kadang, kebenaran menyakitkan.Jadi,saya fikir ada orang yang merasakan bahawa Faekah tidak boleh terlalu terbuka tetapi ini adalah selaras dengan dasar ketelusan kami.Akauntabiliti dan kecekapan,” katanya seperti dilaporkan Antarapos.
kenyataan Abdul Khalid itu mengesahkan terdapat desakan-desakan supaya Faekah dipecat dari jawatan SETPOLnya sepertimana yang diwar-warkan sekarang ini.Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali ketika bercakap kepada Malaysiakini Jun lalu mendedahkan tingkah laku Faekah tidak disenangi oleh ramai pihak termasuk aduan dari penjawat awam.Malah Azmin dalam wawancara itu turut menyentuh isu nepotisme, sikap memilih kaum kerabat dan sanak saudara sendiri dalam pemilihan jawatan sebagai tidak baik untuk masa depan PKR.Laman Antarapos pula mendedahkan kempen-kempen pemecatan Faekah sedang giat dijalankan oleh ahli-ahli PKR melalui akaun twitter #kamisayangPKR sejak beberapa bulan lalu.
“Kempen itu bertambah menjadi lagi kontroversi apabila difahamkan akaun #kamisayangPKR di twitter itu dibina sendiri oleh orang kuat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali,” lapornya.
Reaksi kepada kenyataan Azmin itu,Faekah ketika bercakap kepada The Star berkata target kempen pemecatan itu bukan ditujukan kepada dirinya,sebaliknya ditujukan kepada bosnya,Abdul Khalid,MB Selangor berkaitan dengan ketidakpuasan hati sesetengah pihak tentang Geran SelangorKu yang bernilai RM300 juta.
“Saya rasa sasaran sebenar adalah bukan diri saya dan saya hanya ‘punching bag’ (beg tinju).Semua orang tahu apa jua keputusan atau komen yang saya buat, boleh katakan semua berkaitan dengan Geran SelangorKu sebenarnya keputusan dari Tan Sri Khalid.Saya hanya pelaksana,” katanya.
Lapor The Star lagi,serangan terhadap Faekah mula-mula muncul selepas pelantikannya sebagai SETPOL pada tahun 2010 dan terus bersemarak awal bulan lalu selepas beliau secara terbuka mengkritik Azmin terhadap kenyataannya di Malaysiakini yang berkata PKR harus menghalang pengaruh keluarga daripada mendominasi keputusan parti.Kritikan Azmin itu dinilai oleh sesetengah pihak sebagai ‘memukul’ Presiden parti,Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,seorang penyokong Abdul Khalid yang kukuh.
“Dia (Azmin) perlu buktikan yang dia boleh bantu PKR menang pilihan raya akan datang,” balas Faekah yang sebelum ini pernah menjadi SETPOL Wan Azizah.
Faekah yang dianggap kroni Wan Azizah dilantik sebagai SETPOL MB Selangor pada Jun 2010 bagi mengantikan Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN PKR Seri Setia yang juga disebut-sebut sebagai kroni Azmin.Ketika Timbalan Presiden PKR, Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin berdepan dengan isu saham dan kroupsi, Wan Azizah selaku Presiden PKR dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden dilihat seolah-olah mendiamkan diri.Begitu juga ketika Timbalan Presiden PKR itu dilanda isu foto dan video skandal seks bersama wanita yang bukan isterinya.Namun,dalam isu Azmin tidak menziarahi ibunya, Wan Azizah cepat-cepat menasihati timbalannya itu supaya menziarahi ibunya itu, Che Tom Yahya, 78.
Faekah ketika dihubungi laman FMT menafikan dakawan bahawa beliau menyalahgunakan kuasa sebagai jawatankuasa pemandu “Selangorku” untuk pembahagian geran RM3000 sebagai alasan kempen pemecatannya.Sebaliknya mendakwa kempen itu digerakkkan oleh Azmin atau orang-orangnya yang mungkin mempunyai kepentingan tertentu.
“Ia mungkin dari penyokong Azmin atau Azmin sendiri. Saya tidak peduli. Ia adalah satu rahsia terbuka bahawa Azmin minta Khalid untuk menggantikan saya sebagai setiausaha politik pada tahun 2010.Sebagai gantinya, Khalid melepaskan kedudukannya sebagai Ketua PKR Selangor dan Azmin mengambil alih pucuk pimpinan PKR Selangor,”katanya.
Kontroversi pertikaian lidah Azmin-Faekah bertambah hangat apabila Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin meminta SETPOL MB itu supaya tidak terus celupar dan tutup mulut.
“Jangan memperlekehkan pemimpin parti,kerana dengan adanya usaha dari peringkat parti, maka beliau dapat dilantik sebagai SETPOL MB.(Juga) janganlah mahu menuduh kepimpinan parti PKR kerana jawatan yang dipegangnya itu adalah sementara. Jadi janganlah sampai mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan parti.Dia (Faekah) tidak boleh memperlekehkan kepimpinan parti kerana parti penting untuk membawa kejayaan kepada sesuatu kerajaan, bukan daripada kedudukannya sebagai SETPOL,” kata Zuraida yang dianggap sebagai penyokong Azmin.
Dari segi logik mustahil seorang SETPOL MB boleh berperang dan begitu berani mengkritik Timbalan Presiden PKR,jika tidak dinaungi oleh seseorang yang lebih tinggi kuasanya daripada Azmin.
“Malah desas-desus menyatakan bahawa Faekah kini lebih bersikap lantang mengkritik pemimpin PKR (Azmin) kerana mendapat sokongan moral dari presiden parti itu,Dr Wan Azizah,” lapor Antarapos. - AIDC

1 comment:
apa maksud Faekah berkhidmat untok dirinya, kata khalid. acu fikirkan.
Post a Comment