Social Icons

Pages

Sunday, July 08, 2012

HOT NEWS !!! SD JOHARI BELASAH @ANWARIBRAHIM KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!


SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan berkata kenyataan mahu ‘bersara’ yang diumumkan oleh ketua pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar gimik politik menjelang Pilihanraya Umum ke-13.Menurutnya,kenyataan seperti itu sengaja dibuat sebagai salah satu strategi politik untuk memenuhi sekurang-kurangnya lima agenda peribadi.

“Pertama untuk mengukur populariti politik beliau di kalangan pemimpin antarabangsa, sebab itu kenyataan tersebut dibuat di media Barat dan bukannya dalam negara.Tindakan beliau buat kenyataan di media Barat sudah menunjukkan kebergantungannya kepada pihak Barat terutamanya kepada penaja-penajanya.Tidakkah ini dilihat seumpama menagih simpati Barat buat kali terakhir untuk membantu beri dana secara besar-besaran dalam pilihanraya umum,” soalnya.

Motif kedua,iaitu menagih simpati penaja menurut SD Johari berselindung di sebalik kenyataan Anwar mahu bersara itu.Menurutnya,ia seumpama satu ugutan halus kepada penaja-penaja luar negaranya.

“Beliau buka ruang perbincangan kepada penaja-penajanya untuk terus menawarkan bantuan dana pilihanraya kepada Anwar supaya karier politik Anwar tidak berakhir.Kalau bukan Anwar,siapa lagi pihak Barat mahu letakkan kepercayaan,”katanya

Motif ketiga, katanya Anwar telah melakukan tidakan pre-emptif iaitu memberi ‘umpan untuk bersara’ setelah beliau tahu bakal kalah dalam PRU 13.Sebab itu, dalam kenyataan tersebut Anwar menggambarkan dirinya dalam keadaan seolah-olah disekat oleh pihak kerajaan, jika selepas pengundian Anwar tewas,maka beliau akan terus-menerus menyalahkan kerajaan dan sistem politik Malaysia.

“Strategi keempat Anwar adalah untuk menarik pemusatan kuasa daripada Pakatan Rakyat diberikan sepenuhnya kepadanya.Apabila semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang tiada calon pelapis merayu kepadanya supaya jangan bersara, ini akan memudahkannya untuk mengatur dan menyelesaikan isu-isu PR berkaitan dengan pembahagian kerusi.Anwar perlu kuasa ‘Ketua’ dan ‘pemutus’ dalam PR itu kerana perkembangan politik terkini tidak memihak kepadanya untuk kekal relevan sebagai Ketua PR dan Ketua Pembangkang,”katanya.

Selain itu,menurut SD Johari,strategi kelima kenyataan Anwar itu juga disasarkan kepada pengundi-pengundi yang bakal mengundi dalam PRU 13.

“Ini dianggap satu strategi untuk menagih simpati rakyat dengan kononnya terpaksa berundur dan kembali menjadi pengajar.Kononnya terdapat asakan konspirasi terhadapnya supaya rakyat nampak kerajaan zalim kepada Anwar dan Anwar perlu diselamatkan,”katanya.

Menurutnya,walau apa pun strateginya,sewajarnya rakyat menyambut baik hasrat Anwar untuk bersara itu kerana faktor usia Ketua Umum PKR itu dan tempoh masa Anwar menjadi Perdana Menteri sudah berlalu sejak 13 tahun dulu.

“Anwar telah mengukir sejarah politik Melayu sebagai ahli politik biseksual yang rakus menggunakan kuasa rakyat untuk kepentingan politik peribadinya.Rakyat sudah muak, jemu dan bosan dengan politik kotor dan tidak bermaruah pimpinan Anwar. Rakyat sekarang perlukan pembangkang yang berwibawa dan proaktif dalam membina negara,”katanya lagi. - AIDC

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Mana ada istilah bersara pada orang politik Malaysia. Jika pun mereka bersara namun ianya akan digantikan oleh anak mereka. Cuma pemimpin utama yang betul2 bersara ialah Almahrum Tungku Abdul Rahman. Yang lain semua ada warisnya. Tun Rajak dengan Najib Tun Hussin Onn dengan Hishamudin Dr Mahathir dengan Mukriz PakLah dengan Khairy Yusof Rawa dengan Mujahid Nik Aziz dengan anaknya Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng Anuar Ibrahim dengan Nurul Izzah Karpal Singan dengan anak2nya Liong Sik dengan anaknya Sok Lek dengan anaknya Mat Rahmat denhan Jazlan dan ramai lagi. Kenapa semua ini terjadi. Kerana menjadi ahli politik Malaysia akan membuat diri menjadi kaya raya. Biar dari kerajaan atau pembangkang. Oleh kerana itu tiada istilah bersara kepada ahli politik yang hendak menjadi kaya. SAMA SAMA KITA RENUNGKAN.....

 
 
Blogger Templates