Social Icons

Pages

Sunday, July 22, 2012

HOT NEWS !!! SHAMSIDAR 'MELUDAH' DALAM CAWAN AZMIN ALI ??? WAJIB BACA !!!


Memang mengharukan apabila memikirkan mengenai cinta tidak berbalas. Apa yang saya maksudkan ini ialah mengenai sejarah cinta Shamsidar terhadap Azmin yang mendapat respon “bo layan” dari bekas Pegawai Khas Tun Dr. Mahathir itu.Jika mahu memahami erti “perigi cari timba”,bolehlah dirujuk kepada sejarah cinta Shamsidar terhadap Azmin ini.Bersumberkan dari salah seorang lagi adik beradik kandung Azmin yang enggan diberitahu namanya atau “panggilan keluarga”nya,hubungan cinta antara Shamsidar dan Azmin telah dimulakan oleh Shamsidar terlebih dahulu.Dalam ertikata lain, Shamsidar yang mengorat Azmin pada mulanya dan bukan sebagaimana kebiasaan,lelaki yang sewajarnya mengorat perempuan.

Sebagaimana kita tahu, Azmin berkelulusan luar negara dan pernah belajar di universiti Minnesota, US. Ketika menuntut di sana, Shamsidar merupakan pelajar “junior” kepada Azmin.Dan kesempatan inilah yang digunakan Shamsidar untuk mengorat Azmin.Ketika itu, beratus pucuk surat “chenta” telah dikirimkan Shamsidar kepada Azmin, memujuk rayu dengan kata-kata berbunga. Gatal dan miangnya begitu terserlah terhadap Azmin. Warkah-warkah cinta itu diselitkan dibawah pintu bilik dan di mana-mana saja tempat kebiasaan Azmin pergi. Menurut sumber, hampir satu karung surat yang Shamsidar hantar…

Namun malangnya,cintanya itu tidak berbalas.Bertepuk sebelah tangan,kata orang.Jangankan membaca,membuka surat dari Shamsidar pun Azmin tak mahu! Warkah-warkah cinta Shamsidar terbiar sepi tanpa dibalas! Malah Azmin yang dahulunya rapat dengan adik beradiknya yang lebih tua darinya,bertindak menceritakan tentang kegatalan Shamsidar kepada kakak-kakaknya itu…Untuk membuktikan kesahihan kisah Azmin, kakak-kakaknya itulah yang membaca surat dari Shamsidar kepada Azmin itu.Iyalah, susah juga nak percaya cerita Azmin. Manalah tahu Azmin merekayasa cerita dan cuba berlagak bagus menjadi kegilaan gadis. Namun, setelah membaca surat tersebut, barulah kakak-kakaknya percaya bahawa Shamsidar adalah seorang gadis gatal yang tak tahu malu mengorat adik mereka!

Antara ungkapan yang masih dingat oleh adik beradik Azmin, Shamsidar menulis..”I miss you”, “I need you”, “I love you like crazy”, “I want you” dan macam-macam lagi kata-kata menggoda yang ditujukan kepada Azmin. Naik juling biji mata adik-beradik Azmin membaca warkah-warkah tersebut, sambil diperhatikan Azmin sendiri.Bagaimana mereka boleh berkahwin? Menurut sumber, Shamsidar tidak pernah berputus asa untuk memenangi hati Azmin. Dia pernah menghantar ibu dan keluarganya berkunjung ke rumah ibu bapa Azmin untuk berkenalan dan menjalin hubungan. Namun, tahukah apa yang berlaku di sebalik kunjungan tersebut?

Menurut sumber,salah seorang anggota keluarga sebelah Azmin telah melihat ibu Shamsidar menabur sesuatu setibanya mereka di depan rumah keluarga Azmin. Perbuatan itu telah diberitahu kepada ibu Azmin kemudiannya dan beliau bertindak menyapu “benda” tersebut dengan penyapu lidi ketika mengiringi keluarga Shamsidar pulang. Ibu Azmin sempat menyindir…

“Apa ni..bawa benda-benda tak elok datang rumah orang”, katanya sambil menyapu “benda” tersebut.

Kejadian kedua berlaku pada suatu malam apabila salah seorang adik beradik Azmin ternampak adik Shamsidar yang dikenali sebagai Jamil, masuk melalui pintu pagar rumah dan menabur “sesuatu” pula di dalam pasu besar yang terletak di halaman rumah keluarga Azmin. Ibu Azmin diberitahu dan terpaksa pula Mak Tom membersihkan “benda” itu sekali lagi.Namun,mungkin sudah ditakdirkan Allah, jodoh antara Azmin dan Shamsidar terjadi juga.Perkahwinan Azmin dan Shamsidar itu turut dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,memandangkan Azmin ketika itu merupakan anak angkat beliau dan Tun Siti Hasmah Mohd Ali.Sehingga kini,saya difahamkan oleh sumber bahawa berkemungkinan Azmin masih lagi diberikan “sesuatu” oleh Shamsidar.Menurut beliau,orang gajian Azmin dan Shamsidar memberitahu bahawa setiap kali membancuh air untuk Azmin,Shamsidar akan “meludah” sedikit di dalam cawan Azmin tanpa disedari suaminya itu.Kejadian itu memeranjatkan orang gajinya dan dia bertindak memberitahu ahli keluarga Azmin.

Sebenarnya,sehingga kini,hubungan Azmin dan Shamsidar sebagai suami isteri sememang dingin dan tiada sebarang ikatan kasih sayang. Jika anak-anak yang terkeluar dari rahim Shamsidar itu pun hanyalah bukti nafsu serakah manusia dan bukannya bukti kasih sayang antara pasangan tersebut. Malah, salah seorang anak Shamsidar diragui statusnya, apakah dia anak dari benih Azmin atau Anwar.Namun, sebagai seorang yang dilatih oleh “sesumpah”, Azmin sangat bijak menyembunyikan kedinginan hubungannya dengan Shamsidar dikhalayak umum. Mereka dilihat mesra dihadapan orang ramai, namun dirumah, hanya Allah saja yang tahu! Dinginnya bukan kepalang!Saya ingin bertanya kepada pembaca yang sudah berkahwin, pernahkah kalian memanggil pasangan anda dengan perkataan “bodoh”, “bangang” dan sebagainya? Sebagai contoh, sumber menceritakan kepada saya mengenai perbualan pasangan Azmin dan Shamsidar yang berlaku dihadapannya di rumah mereka…

“Tu nak pergi mana tu?!” jerit Shamsidar pada Azmin.

“Nak pegi program la, bodoh! Tak paham-paham lagi ke orang busy nak pegi program, bodoh!” balas Azmin pada Shamsidar.

Itu cuma salah satu contoh kejadian benar mengenai perbualan mereka berdua. Persoalannya, wujudkah kasih sayang melalui perbualan sebegitu? Saya juga dimaklumkan bahawa itulah “bahasa” yang menjadi kebiasaaan antara Azmin dan Shamsidar, meskipun mereka berdua tidak bergaduh pun. Hubungan jenis apakah itu? Saya tertanya-tanya apakah bahasa yang mereka gunakan sekiranya bergaduh? Tentunya lebih teruk..!!! Saya punya maklumat lagi mengenai Azmin, Shamsidar dan “kekasih gelap”nya, Anwar Ibrahim. Cerita-cerita tersebut diceritakan sendiri oleh ahli-ahli keluarga Azmin kepada saya. Mereka mengadu kepada saya memandangkan mereka bukanlah orang politik yang berkepentingan. Mereka hanya mahu kebenaran ini diberitahu kepada semua rakyat agar berhati-hati terhadap Azmin dan mempersoalkan tentang kewajaran rakyat memilihnya sebagai pemimpin mereka.Itu saja untuk kali ini. InsyaAllah, pendedahan lebih panas akan menyusul lagi… – Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

hai, meh la aku komen sikit, kesian blog ni macam takde sambutan langsung ( ̄へ ̄井)

 
 
Blogger Templates