SD Johari Yassin mengucapkan tahniah kepada Ronnie Liu di atas dakwaan menyerbu rumah urut,namun katanya operasi itu cuma satu peratus daripada jumlah sebenar pusat pelacuran di Selangor.
“Pertamanya saya merakamkan tahniah kepada Ronnie Liu kerana sejak hampir 4 tahun menjadi exco kerajaan tempatan buat pertama kalinya telah mengarahkan PBT membuat serbuan ke atas pusat-pusat pelacuran yang bertopengkan rumah urut.Walau bagaimanapun operasi 12 PBT ke atas 58 buah pusat pelacuran adalah jumlah yang amat kecil untuk dibandingkan dengan jumlah sebenar,6000 buah di seluruh Selangor.Bermakna operasi tersebut hanya membabitkan satu peratus daripada jumlah pusat pelacuran di bawah naungan kuasa Ronnie Liu,” katanya dalam kenyataan medianya.
SD Johari mengulas kenyataan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor,Ronnie Liu semalam berkata,12 PBT telah melakukan serbuan secara serentak ke atas 58 premis seluruh Selangor pada Isnin lepas.Dalam serbuan itu,dakwanya sebanyak sebelas buah premis telah dikenakan kompaun dan sembilan premis telah diarahkan tutup serta peralatannya disita.Ronnie Liu turut berkata beliau tidak pernah mengeluarkan lesen yang baru untuk rumah urut sejak memegang kuasa sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008.
Dakwa wakil rakyat DAP Pandamaran itu lagi,menularnya rumah urut di Selangor berpunca dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengeluarkan permit kepada warga asing bekerja di pusat-pusat tersebut.SD Johari berkata,kenyataan Ronnie Liu yang menyalahkan pihak lain itu umpama menunding jari, kelingking berkait.
“Kalau benar sekalipun lesen rumah urut tidak dikeluarkan sejak 2008, tetapi itu bukan isunya, isunya adalah hampir kesemua pusat pelacuran itu menggunakan lesen perniagaan lain.Malah kebanyakan pusat-pusat pelacuran itu beroperasi tanpa lesen dan tidak pernah diganggu operasinya sebelum ini.”
Menurutnya semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Selangor,beberapa bandar-bandar utama termasuk pekan-pekan menjadi pusat-pusat pelacuran yang bertopengkan pusat urut kaki.
“Seperti bandar Klang,Petaling Jaya,Puchong,Sunway,Kapar,Banting,termasuk pekan-pekan kecil seperti Seri Muda,bandar Botanik,Bukit Tinggi,Pandamaran.Itu saya sebut beberapa contoh, malah berpuluh-puluh lagi bandar-bandar lain telah menjadi sarang pelacuran yang beroperasi secara bebas.”
SD Johari turut mencabar agar Ronnie Liu membanteras perkara ini secara serius dan bukannya menyalahkan pihak lain.
“Tindakan Ronnie yang tunding kepada KDN adalah cubaan untuk tutup pekong keruntuhan moral pentadbiran kerajaan Pakatan.Sewajarnya kerajaan Pakatan Selangor mengambil tanggungjawab di atas berleluasanya pusat-pusat pelacuran, bukan sahaja daripada warga asing, tetapi pelacur dari bangsa Melayu tempatan sendiri.Saya cabar Ronnie Liu buktikan pelacur-pelacur yang ditangkap itu, jika benarlah ada tangkapan bahawa mereka mengunakan permit kerja pusat urut yang dikeluarkan KDN.”
Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat Selangor memerhatikan ‘simbol tapak kaki’ di tempat masing-masing.
“Jika ada imej tapak kaki,ingat Ronnie Liu kerana tapak kaki itu adalah satu simbol pusat pelacuran di bawah pentadbiran Pakatan.Nampak saja tapak kaki, ingat Ronnie Liu kerana dialah bapak pusat pelacuran Selangor.” - AIDC

No comments:
Post a Comment