Social Icons

Pages

Tuesday, July 31, 2012

KANTOI !!! BALU BEKAS PEGAWAI KHAS HUSAM MENERIMA RM 400 RIBU DARI KERAJAAN KELANTAN !!! BAGAIMANA BALU YANG LAIN ???



Tanggal 11 November 2011 seorang pegawai khas Exco Kanan Kerajaan Kelantan,Husam Musa,yang bernama Kamarulzaman Abdullah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Kelantan.Beliau terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari membuat kerja Husam Musa.Berita kemalangan tersebut boleh dibaca di sini.

laman rasmi Pas,harakahdaily,melaporkan berita Kerajaan Kelantan melalui agensi serta anak syarikatnya menyalurkan sumbangan kepada enam penerima serentak sempena bulan Ramadhan ini yang membabitkan peruntukan keseluruhan lebih RM640,000.Salah seorang penerima sumbangan tersebut adalah Farawaheeda Binti Matwi,isteri kepada bekas pegawai khas Husam yang meninggal dunia dalam kemalangan seperti laporan diatas.Apa yang mengejutkan sumbangan yang diterima oleh Farawaheeda adalah sumbangan yang tertinggi diterima.Jumlahnya Empat Ratus ribu Ringgit Malaysia (RM 400,000.00).

Berikut adalah berita dan gambar yang dilaporkan oleh Harakahdaily

KOTA BHARU : Kerajaan Kelantan melalui agensi serta anak syarikatnya menyalurkan sumbangan kepada enam penerima serentak sempena bulan Ramadhan ini yang membabitkan peruntukan keseluruhan lebih RM640,000.Sumbangan diberikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (Sawit), Kelantan Golden Trade (KGT) termasuk melalui program kebajikan kerajaan negeri sendiri.Antara penerima isteri allahyarham Kamaruzzaman Abdullah (Pegawai Khas Datuk Husam Musa),Farah Mat Wi, isteri bekas Adun Chetok, (Ustaz Hussin Ibrahim), Siti Marjan Salleh.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, di pejabatnya semalam.Turut menerima sumbangan sembilan mangsa kebakaran di Wakaf Che Yeh pada 1 Mac lalu yang melibatkan sumbangan sebanyak RM30,000.Husam berkata,turut menerima sumbangan hari ini Tabung Amanah Tok Kenali sebanyak RM200,000 yang disumbangkan KGT.

“Selain itu Baldah Toyyibah turut menerima sumbangan sebanyak RM4,720, lebihan wang bidaan KGT sempena ekspo baru-baru ini,”ujarnya.

Katanya, moga sumbangan ini dapat membantu mereka khususnya bulan Ramadan dan Aidilfitri akan datang.Farah ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas keperihatian terhadap keluarganya selepas arwah suaminya meninggal.Bagaimanapun, bagi Farah wang tersebut bukan untuk dirinya,sebaliknya beliau hanya pemegang amanah ke atas yang lebih berhak.

“Terima kasih banyak pada semua,”ujarnya.

Kamaruzzaman meninggal dunia sewaktu pulang dari program menuntut royalty dari kerajaan Pusat pada 11.11.11 lalu.


gambar dari http://www.husammusa.com/v10/

Adakah kerana beliau isteri kepada bekas pegawai khas Husam maka beliau layak menerima sumbangan yang terlalu istimewa hingga mencecah RM 400,000.00 daripada Kerajaan Kelantan ?

Bagaimana pula dengan keluarga-keluarga kakitangan Kerajaan Negeri yang lain yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ?

Apakah mereka juga menerima ratusan ribu ringgit ?

Jika benar apa yang kami lontarkan,nampaknya amalan kronisme yang melampau yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan.Kami tidak berniat untuk mempertikaikan sumbangan yang diberikan.Namun ianya sesuatu yang tidak patut kerana menjelang Aidilfitri yang tidak berapa lama lagi,masih ramai keluarga yang susah di Kelantan yang patut juga mendapat sumbangan.Balu kepada bekas pegawai khas Husam masih lagi muda dan hanya mempunyai seorang anak berbanding dengan orang susah lain yang mempunyai anak yang lebih ramai.Balu-balu lain di Kelantan mungkin tidak bernasib baik kerana arwah suami mereka bukannya pegawai khas Husam. - SEL13.COM

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates