Social Icons

Pages

Sunday, August 26, 2012

HOT NEWS !!! #JANJIBERSIH ADALAH PEMBOHONGAN TERBARU DARI ANWAR IBRAHIM ???



Sudah hampir sepenggal Anwar Ibrahim dan koncu-koncunya menjarah kekayaan negeri Selangor disemua lapangan disemua “lubuk emas” malah mereka dengan sewenang-wenangnya memanipulasi harta milik rakyat Selangor yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini.Lupakah kita berapa banyak kawasan pasir dibuka dan dimonopoli oleh kroni-kroni pakatan haram ini, lupakah kita berapa banyak aset milik rakyat Selangor telah bertukar tangan,lupakah kita tanah-tanak milik rakyat Selangor telah berpindah milik.Apakah ini juga antara janji bersih mereka hendak bangkrapkan Selangor ??? Kerana mereka yakin di PRU13 nanti mereka tidak lagi diberi mandat oleh rakyat Selangor.Kalaulah dengan janji sekecil RM11 sebulan tidak mampu ditunaikan apakah janji untuk merakyatkan ekonomi Selangor mampu mereka tunaikan.Tunggulah di PRU13 nanti apakah janji baru yang bakal ditaburkan pada rakyat Selangor ??? Tunggu...

SAKSIKAN PEMBOHONGAN DI BAWAH !!!


PENDUDUK Mentari Court mengadakan demonstrasi bagi menuntut kerajaan Selangor menunaikan janji menyalur bekalan air percuma kepada rakyat negeri itu di Petaling Jaya.

Penduduk pangsapuri Mentari Court di sini semalam mengadakan demonstrasi aman mendesak kerajaan negeri Selangor menunaikan janji untuk memberikan air percuma kepada setiap rumah di Selangor seperti yang dijanjikan pada pilihan raya lalu.Melalui demonstrasi itu, penduduk memberi tempoh seminggu kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu tersebut.Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Mentari Court,Kamarul Azman Kamarudin berkata,pihaknya juga menuntut ganti rugi sebanyak RM570 untuk setiap isi rumah yang tidak pernah mendapat subsidi air sejak Ogos 2008.

“Kami telah menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk menuntut tunggakan subsidi air sebanyak RM1.1 juta bagi penghuni di 1,892 unit rumah yang menggunakan meter pukal di pangsapuri berkenaan.Jika kerajaan negeri gagal menyelesaikan isu ini dalam tempoh seminggu, kami akan mengambil tindakan mahkamah kerana subsidi tersebut perlu diberi secara adil tanpa diskriminasi,” katanya.

Turut hadir,peguam mewakili JMB, Hasnal Rezua Merican dan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan. - Kosmo

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates