Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
1. Kenyataan saya berhubung arahan dari pihak Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) kepada pihak ABASS supaya menurunkan pengeluaran air kepada 120 juta galen sehari pada 10 Ogos 2012 adalah dirujuk.
2. Pihak KPS mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa mereka telah mengarahkan ABASS untuk mengurangkan pengeluaran air terawat. Malah mereka juga memberikan data pengeluaran air dari pihak ABASS bermula dari Januari 2011 hingga Febuari 2012.
3. Hakikatnya,memo yang dikeluarkan oleh pihak KPS kepada ABASS adalah bertarikh 29 Disember 2011. Ini bermaksud, arahan ini adalah baru dan bukannya bermula sejak Januari 2011.Memo ini juga turut disertakan bersama dengan surat yang ditujukan kepada pihak SPAN dan SYABAS bagi menyampaikan maksud yang sama.
4. Arahan ini dikatakan dicapai setelah perbincangan dengan pihak Lembaga Pengarah KPS.Apa yang mendukacitakan kami ialah, pihak Kerajaan Negeri melalui KPS sanggup mengeluarkan arahan ini.Tidak kisah apa jua alasan yang diberikan,namun arahan seperti ini dilihat membelakangkan kepentingan rakyat.
5. Kerajaan Negeri juga bersikap retorik apabila sering kali mengatakan bahawa semua agenda mereka adalah demi kepentingan rakyat.Namun arahan pengurangan kapasiti air terawat ini jelas membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih mementingkan diri sendiri berbanding rakyat.
6. Hakikatnya,rakyat Selangor memerlukan bekalan air terawat yang berterusan dan kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan sumber bekalan ini untuk diagihkan.Kerjasama baik sekian lama antara pihak Loji Rawatan Air,pihak SYABAS dan kerajaan negeri dilihat semakin goyah sekarang ini apabila kerajaan negeri tidak mampu menguruskan sumber air ini dengan bijak dan telus.
Dato’ Sri Ir. Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

1 comment:
Selangor memang betul2 dlm krisis air. Tengok je muka khalid ibrahim ni - macam org tak mandi aje.
Post a Comment