PKR kelihatan sangat takut dengan tindak balas dari DAP ekoran kebocoran maklumat mesyuarat yang melibat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang,Mansor Othman yang telah menggelarkan Lim Guan Eng sebagai sombong dan angkuh.Desakan DAP agar PKR menjelaskan apa sebenarnya yang membuatkan Mansormelecehkan Guan Eng sebagai angkuh dan bongkak,membuatkan Mansor Othman terpaksa berbelit lidah menyatakan bahawa bukan itu yang dimaksudkannya,sebaliknya yang dikatakannya adalah Lim Guan Eng sebagai tokong.Walau apa pun penjelasan yang diberikan oleh Mansor Othman dan PKR tentang kemelut ini,ia sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita bagaimana ketakutan PKR itu menjelaskan tentang suasana sebenar di Pulau Pinang dan PKR di dalam Pakatan Rakyat.Malah semakin mengukuhkan dakwaan selama ini bahawa DAP adalah tuan besar PAS dan PKR.Tokong,angkuh dan sombong,hanyalah sebahagian daripada perkataan-perkataan yang diistilahkan kepada Guan Eng.Mungkin kerana ketakutan yang teramat sangat kepada DAP,membuatkan PKR dan Mansor Othman terpaksa bertungkus lumus berbelit lidah untuk membetulkan keadaan.
Itu PKR...
Kalau PAS pula,sudah lama mereka tidak berani bersuara atau menyuarakan perasaan tidak puas hati kepada Guan Eng.Sebaliknya apa yang mereka mampu lakukan hanyalah mengampu dan memuji Guan Eng sehingga ke tahap meletakkan Guan Eng sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz.Sebarang kesalahan tingkahlaku dan penyelewengan kuasa oleh Lim Guan Eng,tidak pernah dipersoalkan atau diangkat.Sebaliknya semua kejahatan tersebut dibela sepertimana mereka membela tanah perumahan awam yang telah dirampas oleh Guan Eng untuk diserahkan kepada sebuah syarikat kroni DAP untuk dijadikan hospital swasta.Apabila Guan Eng cuba memperlekehkan pertanyaan mengapa tanah tersebut dirampas sedangkan ianya disediakan untuk perumahan awam, PAS adalah golongan pertama yang membela dengan mengatakan,UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah berbuat sesuatu untuk penduduk miskin,walhal tapak perumahan awam berstatus rumah mampu milik itu telah disediakan dari zaman Koh Tsu Koon lagi.Hanya apabila tiba zaman Guan Eng,tapak perumahan tersebut dirampas dan dijualkan kepada pemaju yang akan membina sebuah hospital swasta yang sudah tentu bukan untuk golongan marhein !!!
Walau bagaimanapun,ketakutan PKR dan PAS terhadap DAP memang sudah dijangka dan diketahui.Kejayaan DAP menguasai undi daripada golongan muda bukan Melayu khususnya di Semenanjung,menjadi daya tarikan kepada PKR dan PAS. PKR dan PAS mahu berkongsi undi-undi berkenaan.Sedangkan DAP pula sangat tahu, kalau mereka berkongsi undi-undi berkenaan, yang menerima akibat buruk dalam jangka masa panjang adalah DAP sendiri.Dek kerana itulah,DAP bertindak seperti diktator dalam Pakatan Rakyat.Apa tuntutan DAP yang tidak dipenuhi oleh PKR dan PAS? DAP pula bijak memainkan peranan terutama dalam meletakkan Anwar Ibrahim dan para pemimpin Melayu sebagai peneraju sedangkan pada masa yang sama,mereka adalah pihak yang memegang tali teraju. Anwar Ibrahim dan para pemimpin Melayu PKR serta PAS hanyalah layang-layang yang akan terbang mengikut tali teraju yang dipegang oleh DAP.Apa yang berlaku di Selangor sudah cukup untuk dijadikan sebagai bukti.Meskipun yang menjadi ketua kerajaan adalah Khalid Ibrahim dari PKR,namun kuasa sebenar ada di tangan Teresa Kok dan DAP Selangor.Khalid Ibrahim dan PKR serta PAS Selangor boleh bersikap kasar terhadap UMNO dan Barisan Nasional selain mengungkit pelbagai isu yang mereka sifatkan sebagai skandal dan penyelewengan kuasa.
Perhatikan sahaja bagaimana PKR terpaksa mendiamkan diri dan cuba mengalihkan kesalahan DAP menyelewengkan kontrak untuk kontraktor kelas F yang membabitkan kematian Teoh Beng Hock. Kebenaran cerita berkenaan langsung tidak disentuh oleh PKR, sebaliknya PKR cuba menyalahkan UMNO sebagai pengkomplot dengan polis dan SPRM yang membunuh Teoh Beng Hock.Drama terbaru di Pulau Mutiara itu tidak menghairankan langsung, sebaliknya ia adalah petunjuk daripada Allah Taala bagaimana Melayu-Melayu dalam PKR dan PAS terpaksa menghambakan diri kepada DAP dan Lim Guan Eng kerana takutkan tak dapat undi daripada masyarakat bukan Melayu-Islam! - Selangor Daily
RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:
umno sepatut nya jaga org melayu.ni la jd nya bila umno dok ibuk jaga punggung cina...pm kita tk yh citer la.semua untuk cina..india umh terbakar dia bg seratus ribu..melayu umh terbakar bg beras..3 hari dok masuk tv 3 n utusan...tgk la cmna politik cina dgn melayu..
Post a Comment