Social Icons

Pages

Saturday, September 22, 2012

ASPIRASI MAHASISWA MENDAHULUI PRO MAHASISWA !!! ANWAR IBRAHIM TENGAH MIGRAIN ???

 http://www.selangordaily.com/wp-content/uploads/2012/09/aman-kampus.jpg

Perkembangan terbaru pilihan raya kampus yang berlangsung di lima buah universiti awam telah menunjukkan perkembangan yang positif untuk kerajaan.Umumnya mengerti,pertembungan sengit antara Aspirasi Mahasiswa dan Pro-Mahasiswa,yang tidak boleh dinafikan,masing-masing berpihak kepada kerajaan dan pembangkang.Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Menurut maklumat, Aspirasi Mahasiswa telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi),UniMAP (31),UTeM (28) dan UniSZA (24) kecuali di UTHM (25/27) Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan sekaligus menjadi satu-satunya universiti awam di negara ini di mana kerusi perwakilan tidak pernah dimenangi oleh Pro-M. 

Walau bagaimanapun, masih ada 15 IPTA lain yang belum mengadakan pilihanraya kampus kerana memilih tarikh 25 Sept sebagai tarikh pembuangan undi.Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Universiti Malaya (UM),Universiti Malaysia Kelantan (UMK),Universiti Malaysia Sabah (UMS),Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),Universiti Putra Malaysia (UPM),Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).Masih terlalu awal untuk mengatakan penguasaan mutlak Aspirasi Mahasiswa berdasarkan jumlah IPTA yang masih belum menentukan siapa perwakilan mereka.Namun begitu,ia ibarat sinar yang menafikan propaganda pembangkang yang sering mengatakan mahasiswa bersama mereka. Penggunaan ayat seperti “kami mahasiswa” atau “suara mahasiswa” yang kononnya mewakili keseluruhan mahasiwa ternyata hanyalah perang psikologi semata.Diharapkan,Aspirasi Mahasiswa yang luhur bersama Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang akan meneruskan momentum cemerlang ini.Teruskan usaha “memeningkan” kepala Anwar Ibrahim! - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates