Bahang kemarahan sebahagian umat Islam mungkin sudah sedikit reda selepas Ngeh Koo Ham meminta maaf atas keterlanjurannya,namun hakikatnya ia tidak bermakna Pengerusi DAP Perak itu sudah boleh menarik lafaz lega.Mesej dari twitternya yang mempertikaikan kesungguhan umat Islam membantah filem Innnocence of Muslims terbukti adalah satu bentuk penghinaan yang mendedahkan betapa tidak sensitifnya pemimpin DAP itu terhadap hati nurani orang Islam.Paling mengguris hati bila komen negatif oleh Koo Ham itu umpama sengaja menyimbah minyak pada api yang sedang menyala.Satu langkah songsang yang seperti sengaja mahu mengundang amarah khalayak ramai.Kerosakan sudah berlaku dan ia tidak dapat diperbetulkan dengan hanya sekadar melalui permohonan maaf sahaja. Sesuatu perlu dilakukan supaya keceluparan dan keterlanjuran sedemikian tidak lagi berulang.Sejak negara mengalami tsunami politik tahun 2008 yang menyaksikan DAP muncul sebagai pembangkang yang kuat, sudah acapkali sensitiviti umat Islam diuji manakala kesucian agama Islam sengaja diperlekehkan.Koo Ham bukanlah orang pertama dari kalangan pemimpin DAP yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam.
Sudah kerapkali DAP melahirkan pemimpin yang akal pendek dan sering bertindak sedemikian rupa.
Sebelum ini DAP pernah menjuarai isu kalimah Allah s.w.t yang mahu diguna pakai oleh pendakwah dan penganut Kristian. Beberapa ketika sebelumnya ayat-ayat suci Al-Quran dibaca sesuka hati oleh pemimpin politik bukan Islam untuk memenuhi selera politik DAP.Lama sebelum itu ada kalangan pemimpin DAP mempertikaikan kewajaran meletakkan tulisan jawi pada papan tanda jalan.Malah kesucian Rumah Allah s.w.t seperti surau dan masjid juga pernah beberapa kali tercemar gara-gara dijadikan pentas politik oleh beberapa pemimpin DAP yang berlagak umpama tok imam dan ustaz bertauliah dengan menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat.Semua kelakuan itu berlaku tidak sahaja menjadi saksi betapa rendahnya kefahaman dan sensitiviti para pemimpin DAP malah membuktikan betapa perlunya satu langkah tegas untuk membendungnya dari berlaku lagi di kemudian hari.Justeru itu,langkah pengajaran berbentuk hukuman tertentu perlu diambil segera.Koo ham perlu melalui proses tersebut dan dia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dari tindakan undang-undang.Jika tidak,dikhuatiri selepas ini makin ramai penyokong dan pemimpin DAP yang berkongsi fahaman serupa seperti Koo Ham muncul dan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat kita yang berbilang agama dan bangsa ini.
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
mca soi lek lg teruk hina Islam... dikata wakil rakyat johor yg cadang undang2 hudud tu.. hilang akal (gila).. hudud tak sesuai n tak selesai masalah.... mengapa UMNO, perkasa diam diri... tak kutuk, bawa mahkamah soi lek keparat nih?
dah 55 tahun melayu umno dikuda kayukan & diperbodohkan oleh mca....
umno memang dungu & bebal politik... pru13.. ABU..n no to MCA, MIC. gerakan.....
Ngeh templak pemuda umno supaya jgn cakap berdegar2 anti USA/ antiYahudi... tp masih dok hisap rokok marlboro, gilai KFC, teguk coke coco cola, majukan tesco, carefour, giant supermart, ..... penasihat PM-apco, ....
mungkin Ngeh nk ajar melayu umno supaya ...berdikari macam Iran.....kurang bercakap banyak bekerja!
Iran, Ayatullah Khomeni dah lama arah supaya bunuh munafik musuh Allah & Rasul, Salman Rushdie-penulis novel Satanic Verses-yg hina Rasul SAW & keluarganya.
kemudian bila Sam Bacile or Nakoula Basseley Nakoula buat filem Innocence of Muslims -- aspirasi ala novel Salman Rushdie--yg hina Nabi Muhmamad SAW ni--Iran sekali bertindak terhadap Salman Rushdie dgn naikkah bayaran ganjaran dari USD$ 0.5 million kepda USD$ 3.3 millions siapa yg berjaya bunuh munafik Salman Rushdie ni...
di dalam masyarakat & kerajaan secular, konspirasi & provokasi terhadap Allah, Rasul & Islam semakin menjadi2....
apakah umno dan kerajaan2 Muslim sekular boneka Yahudi zionism USA yg lain berani bertindak seperti Iran?
HAHAHA JANGAN BUAT LAWAK LAH..BILA MASA UMNO DIPERKUDAKAN MCA?PARTI MANA YANG LEBIH BERKUASA DALAM BARISAN?BERANI KER PAS NAK TEGUR DAP?APA CERITA NASIB DATUK HASSAN ALI DAN SAMAN MENYAMAN NASARUDIN MAT ISA DAN KARPAL SING?KO BOLEH JAMIN KER ORG PAS X PERGI GIAN.TESCO,CARREFOUR,MAKAN KAT KFC,MCD,HISAP ROKOK DUNHILL??SELESAI KER MASALAH KALAU KO BUNUH RUSMAN RUSHSIE TU?BUKAN MAKIN BURUK IMEJ ISLAM NANTI??
Post a Comment