Satu kelebihan yang perlu kita akui hanya dimiliki oleh pemimpin pembangkang ialah kemampuan mereka mengalih isu utama kepada isu lain.Mereka memiliki kepakaran yang tinggi untuk spin sana sini dan bijak memutar belit fakta dan isu.Demikianlah yang berlaku pada Exco Selangor,Dr Xavier Jayakumar dalam usahanya untuk menghalalkan keputusan kerajaan PKR Selangor menolak pembangunan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS).Xavier,dalam satu kenyataannya pada 01 Oktober 2012 seperti mana dipetik oleh Sinar Harian telah mengecam sikap cakna rakyat yang ditonjolkan oleh Menteri Besar Pahang,Dato' Seri Adnan Yaakob dalam isu air yang masih hangat diperkatakan ramai ketika ini.Kata Xavier,PPAMPS telah menyebabkan Hutan Simpan Kekal Lakum musnah manakala kira-kira 13,000 Orang Asli hilang tempat tinggal dan mata pencarian.Beribu-ribu lagi peneroka Felda Mempaga dan Lembah Klau pula hilang pendapatan selepas ladang mereka diambil alih untuk menyiapkan Empangan Klau yang bertujuan menyalurkan air mentah ke Sungai Langat.
Seimbas lalu kelihatan seperti Xavier adalah seorang pencinta alam sekitar dan amat prihatin nasib rakyat yang terjejas dengan pembinaan Empangan Klau.Tapi sebenarnya,dakwaan liar oleh Xavier itu hanyalah satu penipuan.Hanya 115 keluarga Orang Asli yang terbabit dalam pemindahan ke penempatan baru.Manakala sejumlah 416 orang daripada 474 peneroka Felda Lembah Klau,hanya sebahagian tanah mereka sahaja diambil (kira-kira dua ekar) bagi menjayakan projek tersebut.
Bagi keluarga Orang Asli yang dipindahkan,mereka diberi rumah baru kos rendah beserta elaun RM400.00 hingga RM680.00 sebulan untuk selama 48 bulan selepas Empangan Klau siap dibina. Selain itu mereka turut mendapat 0.20235 hektar (setengah ekar) dan seluas 2.4282 hektar (enam ekar) tanah kelapa sawit yang telah siap ditanam.
Manakala golongan peneroka Lembah Klau yang sebahagian tanahnya terbabit dalam pembinaan Empangan Klau yang keluasan takungannya 2,300 hektar itu, masing-masing diberi pampasan wang ringgit antara RM44,000 hingga RM46,000 sehektar mengikut harga pasaran semasa tanah pertanian tika itu.
Jelas sekali,angka-angka yang disebut oleh pemimpin PKR Selangor itu bukan sahaja terlalu semberono malah nampak sangat merupakan satu cubaan mengalih isu sebenar.Serasi dengan nama parti yang disertainya PKR Parti Kencingkan Rakyat.Dalam isu air yang membabitkan Langat 2 dan PPAMPS ini sepatutnya sudah lama selesai sementelah lagi tahun 2014 yang dijangkakan akan berlaku krisis air pun sudah tidak berapa lama lagi.
Pahang sudah lama bersiap sedia dengan membina Empangan Klau bertujuan menyalurkan air mentah melalui PPAMPS hingga ke loji rawatan Langat 2.Satu usaha dan bukti keprihatinan Pahang terhadap negeri Selangor berjiran tambahan pula isu air melibatkan kehidupan khalayak dan nyawa rakyat.
Pembinaan Empangan Klau sudah lulus pelbagai kajian kesan alam sekitar oleh EIA sejak bertahun-tahun dulu tapi baru kini ditimbulkan semula semata-mata untuk mengabui mata rakyat yang semakin berang dengan kelemahan kerajaan Selangor.Hanya selepas tersepit dengan kenyataan amaran dari MB Pahang baru kini Xavier mahu membicarakan masalah alam sekitar.Walhal, isu alam sekitar di Selangor yang mana sungai-sungai semakin cetek dan kotor manakala lubang-lubang besar terbentuk akibat perlombongan pasir berlebihan,tidak pula Xavier mengambil cakna masalah tersebut.Tapi disebabkan keterlanjuran kerajaan PKR Selangor cuba mengambil kesempatan bermotifkan wang ringgit untuk kepentingan kroni melalui idea penyusunan semula pengurusan air di negeri itu, kesan mudaratnya akan balik semula kepada orang awam.Alih-alih,nyawa rakyat juga yang menjadi taruhannya dan sebagai galang ganti isu alam sekitar ditimbulkan.Keperluan harian untuk kehidupan rakyat semacam tiada nilai bagi kerajaan PKR Selangor,sebaliknya soal keuntungan kroni lebih mendapat perhatian sama seperti isu sampah yang mengakibatkan kerajaan negeri rugi berpuluh juta ringgit untuk membeli lori sampah dari China.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment