Social Icons

Pages

Friday, November 09, 2012

HOT NEWS !!! CHUA SOI LEK CABAR PR MASUKKAN HUDUD DALAM MANIFESTO PILIHANRAYA !!!


Presiden MCA,Datuk Seri Chua Soi Lek dalam satu kenyataannya awal minggu ini secara terbuka mengakui jika majoriti rakyat Malaysia bersetuju dengan hudud PAS,MCA menerimanya dengan hati terbuka.Serentak dengan itu,beliau juga mencabar PR khususnya DAP dan PAS untuk memasukkan janji perlaksanaan hudud PAS itu ke dalam manifesto PR sempena PRU 13.semalam,dalam akhbar Sinar Harian,sekali lagi Soi Lek mengulangi cabaran itu.Katanya,demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi,PR perlu meletakkan hudud versi PAS dalam manifesto mereka untuk pilihanraya akan datang.Selanjutnya,Soi Lek juga mendesak DAP mengeluarkan kenyataan terbuka dan tidak sesekali lari bersembunyi berdolak dalik dalam isu ini.Persoalannya,siapakah dikalangan pemimpin PAS yang berani menyahut cabaran tersebut ??? Dan siapa pula dari kalangan DAP yang sanggup berkata,"kami bersedia menerima hudud PAS jika itu kehendak majoriti"? Padahal secara lojiknya,PAS patut menyambut cabaran ini untuk membuktikan kesungguhannya mengutarakan hudud PAS bukannya sekadar omong kosong untuk dipolemikkan sahaja.Malah sewajarnya PAS dapat menyeru DAP dan PKR untuk sama-sama membuat komitmen rasmi sebagai dasar bersama bahawa bahawa sekiranya PR berjaya mengalahkan BN maka usaha ke arah perlaksanaan hukum hudud akan dimulakan secepat mungkin. 

Namun,percayalah sama ada PAS mahupun DAP apatah lagi PKR, tidak sesekali sanggup mengikrarkan komitmen tersebut,janji pelaksanaan hudud hanyalah umpan politik PAS untuk mengabui mata umat Islam.Pendirian PR dalam isu hudud sudah lama diketahui umum,mereka sepakat untuk mengesampingkan isu pelaksanaan hukum hudud.Malah dalam Buku Jingga yang ditandatangani bersama oleh DAP, PKR dan PAS juga mengesahkan hudud tiada tempat dalam dasar PR.Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga telah mengikrarkan pelaksanaan hudud bukannya dasar PR selagi persetujuan secara konsensus ketiga-tiga parti dalam PR itu gagal dicapai.Makna kata,jika PR memerintah Malaysia pun,hudud yang sering PAS propagandakan itu tidak akan dilaksanakan tanpa persetujuan DAP dan PKR. Seperti kita maklum sejak dulu hingga sekarang dan selama-lamanya, DAP kekal dengan sikapnya untuk tidak bersetuju dengan hudud PAS.Dengan demikian,cabaran oleh Presiden MCA itu akhirnya hilang ditelan angin lalu atau jika tidakpun kita akan mendengar jawapan streotype dari pemimpin dan penyokong PAS yang mengkambing hitamkan UMNO diatas kegagalan PAS menepati janji politik mereka.

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates