Social Icons

Pages

Tuesday, November 20, 2012

KANTOI !!! MUKTAMAR PAS KE 58 !!! BUKTI PAS TAKUT DAP DAN PKR !!!


Kelemahan Pas sebagai sebuah parti serpihan Umno yang kononnya memperjuangkan prinsip Islam amat terserlah sekali pada muktamar parti itu yang ke 58 yang berlangsung baru-baru ini.Sememangnya dijangkakan semangat barisan pimpinan dan perwakilan Pas berkobar-kobar semasa ucapan dan sesi perdebatan.Ini lumrah dalam mana-mana parti politik dan Pas sebagai sebuah organisasi siyasi yang bertopengkan Islam juga tidak terkecuali dalam menonjolkan imej 'kejantanannya',apatah lagu musim pilihan raya umum sudah tinggal beberapa bulan lagi.Antara elemen 'kejantanan' Pas yang dipamerkan kepada ahli-ahli semasa persidangannya ialah desakan kuat supaya presiden Abdul Hadi Awang dilantik ke jawatan Perdana Menteri sekiranya PR memenangi PRU13 kelak.Ini sudah tentunya bertentangan dengan kehendak sekutu pas,Dap yang mahukan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim menduduki jawatan itu.Anwar pula secara sinis menjawab bahawa perkara tersebut boleh dibincangkan apabila sampai ketikanya kelak.Jadi dalam pakatan pembangkang terdapat tiga pandangan yang berbeza mengenai isu siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.Di pihak Pas itulah kemahuan sebenar selama ia berjuang iaitu untuk merebut kerusi empuk di Putrajaya dan bukannya demi rakyat.Konsep 'negara berkebajikan' versi Pas ialah untuk mendahulukan pimpanan parti itu untuk berlumba-lumba mendapatkan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan sebelum memikirkan mengenai rakyat.

Pendapat kedua pula berputar sekitar agenda Dap yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri oleh kerana parti itu telah berjaya membuat perkiraan dengan pemimpin utama PKR itu.Sekiranya Anwar jadi Perdana Menteri semua kehendak liberal Dap mestilah dipenuhi.Ini termasuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu dan mana-mana agensi kerajaan yang mendokong agenda memartabatkan Melayu seperti UiTM,MARA,MRSM dan sebagainya.Bagi Anwar institusi-institusi tersebut perlu dihapuskan sebagai persediaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik dengan bantuan Dap.PKR sudah tentu menghargai sokongan yang diberikan oleh Dap dalam impiannya untuk meletakkan Anwar di Putrajaya dan akan sanggug bersekongkol dengan parti rasis Cina itu untuk merealisasikan agenda kotor mereka.Ini akan meletakkan desakan Pas menuntut jawatan Perdana Menteri sebagai kera sumbang di dalam PR yang tentunya tidak disenangi oleh Dap dan PKR kerana gagal menunjukkan semangat setiakawan dan kerjasama sebagai satu pasukan.Walaupun Abdul Hadi tidak menyentuh mengenai pelaksaaan hukum hudud di dalam ucapan perasmiannya, ini tidak bermakna parti itu telah melucutkan agenda tersebut.Ini akan menjadi satu lagi isu yang akan merenggangkan ikatan yang sudahpun longgar di antara ketiga parti tersebut.Apatah lagi apabila media arus perdana menyiarkan visual adik kepada Mursyidul Am, Nik Radzi yang mendoakan kemusnahan Umno dan BN di kala Israel ganas menyerang penduduk Palestin di Gaza. 

Inikah gambaran yang ingin dicerminkan oleh Pas sebagai sebuah parti Islam apabila memohon kepada Allah supaya menghancurkan sebuah parti Melayu yang menjadi tunjang kerajaan sejak merdeka lagi serta menyokong perjuangan rakyat Palestin melawan Israel sejak 1957 lagi ??? Di manakah letaknya asas moral dan jatidiri Pas sebagai parti politik Melayu apabila sanggup mengugurkan perjuangan hukum hudud demi menjaga hati Dap tetapi rela mendoakan kemusnahan Umno yang selama ini membela dan memberi bantuan dalam apa sahaja bentuk kepada rakyat Palestin ??? Malah Pas amat takut sekali membangkitkan kenyataan naib presiden PKR,Nurul Izzah yang secara jelas menggalakkan orang Melayu murtad daripada Islam.Adakah Pas sudah tidak lagi sensitif kepada apa yang dikatakan oleh anak Anwar itu atau tidak mampu berbuat apa-apa yang mungkin akan menjejaskan peluangnya untuk merangkul jawatan Perdana Menteri ??? Dengan menggunakan taktik 'tahaluf siyasi' atau kesepakatan politik,Pas tergamak mengorbankan prinsip dan maruahnya kerana tamakkan kuasa dan jawatan. Hasil daripada muktamar itu telah berjaya memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti itu tidak boleh diharapkan untuk melindungi Islam apatah lagi memimpin bangsa Melayu.Malah bangsa Melayu akan dilemahkan oleh Pas dan akan bertukar menjadi satu bangsa yang mengemis dan tunduk di bawah telunjuk Dap dan PKR.Kerakusan Pas untuk mendapatkan kuasa dengan membelakangkan kepentingan Melayu dan Islam akan menjadi liabiliti terbesar parti itu apabila berdepan dengan PRU13 nanti. Rakyat akan membuat perbandingan antara apa yang dikatakan pada muktamar tahun ini dengan realiti yang berlaku di dalam PR.Di dalam parti sendiri,pemimpin Pas boleh menjadi hero dan gedebe tetapi apabila berdepan dengan Dap dan PKR,Pas menjadi setan bisu yang akur menurut perintah tuannya.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates