Social Icons

Pages

Sunday, November 25, 2012

SIDANG DUN SELANGOR !!! AKHIRNYA KHALID GAGAP MENGAKU ADA KES MURTAD DI SELANGOR !!!


Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan Bernama mengakui wujud kes murtad dalam kalangan umat Islam di Selangor yang didakwanya berpunca daripada kemiskinan.Abdul Khalid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri,berkata beliau akan meneliti langkah menggabungkan perkhidmatan bantuan Tabung Amanah Islam dan Lembaga Zakat Selangor supaya kebajikan umat Islam lebih terjaga.Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas-Gombak Setia) yang bertanya mengenai usaha memurtadkan umat Islam di Selangor, pada persidangan Dewan Undangan Negeri kelmarin.Abdul Khalid juga turut mengesyorkan agar agensi penguatkuasaan agama Islam di Selangor mengkaji kaedah untuk menyelamatkan akidah umat Islam serta memantau taktik pendakwah agama lain menjalankan operasi mereka.Menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang bertanyakan jumlah umat Islam yang dimurtadkan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, Abdul Khalid berkata, beliau tidak mempunyai datanya memandangkan isu murtad merupakan isu individu dan keluarga yang tidak dihebahkan.Bagaimanapun 10 kes berkaitan murtad masih dalam proses mahkamah, katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Tidak mempunyai data umat Islam yang dimurtadkan. Sebagai ExCO AGAMA patutkah dia cakap mcm tu? Elok-elok Hassan Ali buat kerja dicarasnya.

 
 
Blogger Templates