Social Icons

Pages

Friday, December 21, 2012

FAKTA !!! ISU KAFIR !!! HADI AWANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB !!!


Perpecahan masyarakat yang amat dahsyat rentetan Amanat Haji Hadi melatari kehidupan kanak-kanak dan remaja saya di Kampung Darau yang terletak di Besut,Terengganu.Amanat itu menyebabkan majlis kenduri perkahwinan kakak sulung saya pada 1985 diboikot oleh saudara terdekat dengan alasan sembelihan orang UMNO haram dimakan.Saya juga pernah membaca surat daripada seorang sahabat kakak kedua saya yang merintih dia dinikahkan dua kali.Kali pertama oleh imam kerajaan dan kali kedua oleh imam Pas lantaran fahaman politik keluarga yang berbeza.Jika sama-sama keluarga Pas pula,pengantin tetap dinikahkan dua kali.Kali pertama mereka akan dinikahkan imam kerajaan bagi memenuhi formaliti untuk mendapatkan sijil nikah.Bab kematian juga tidak terkecuali.Jika si mati orang Pas,hanya puak-puak mereka yang menguruskan jenazah.Peliknya masih dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan orang UMNO yang telah ‘dikafirkan’ mereka.Bukankah tidak masuk akal apabila mereka sanggup mengkebumikan jenazah seorang Islam di tanah perkuburan ‘bukan Islam’.Kini,kisah-kisah yang menghina kewarasan akal itu hanya tinggal kenangan,ia tidak lagi berlaku di kampung saya.Perkara yang dahulunya haram kini sudah menjadi halal.Cuma yang sukar untuk dihapuskan ialah dua solat Jumaat di dalam satu kariah.

Pada setiap hari Jumaat sejak di bangku sekolah rendah sehingga menyambung pengajian ke universiti,saya terpaksa melintasi markas Pas yang dijadikan tempat solat Jumaat dalam perjalanan ke masjid utama.Pada 1999 selepas Pas menguasai Kerajaan Negeri Terengganu,masalah dua solat Jumaat di kampung saya sebenarnya hampir berjaya diselesaikan.Memandangkan secara teknikalnya masjid utama yang dahulunya dilabel masjid UMNO telah menjadi masjid Pas,penyokong parti itu merasakan sudah tiba masanya untuk mereka ‘berpindah’.Bagaimanapun fahaman Amanat Haji Hadi masih tebal apabila mereka tidak rela menjadi makmum kepada dua imam asal di masjid utama.Lantaran itu,mereka mencetuskan idea supaya seorang imam baharu yang dilihat berkecuali dilantik.Maka,bapa saya,Hasam Saleh ditawarkan jawatan imam oleh Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dengan ‘ugutan’ jika tidak terima,dua imam asal itu akan ditamatkan perkhidmatan.Pemilihan bapa saya dibuat kerana dia yang sebelum itu memegang jawatan Timbalan Ketua Cawangan UMNO telah menggugurkan keahlian dengan kaedah teknikal apabila tidak membayar yuran keahlian, selain tidak menghadiri mesyuarat cawangan gara-gara bersimpati dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.Barangkali mereka merasakan bapa saya sudah ‘kembali Islam’ selepas tidak bersama UMNO walaupun dia tidak pernah mengisi borang keahlian Pas.

Sebagai balasan, bapa saya meletakkan syarat bahawa dia bersetuju menjadi imam sekiranya masjid Pas itu ditutup.Benar,masjid Pas itu ditutup dan sebahagian besar penyokongnya mula bersolat Jumaat di masjid utama manakala jadual tugas bapa saya pada peringkat awal disusun supaya menjadi imam solat Jumaat dengan imam asal hanya menyampaikan khutbah.Namun lama-kelamaan dua imam asal diberikan peranan mereka kembali dan peliknya penyokong Pas bersedia pula untuk menjadi makmum.Nampaknya sekali lagi yang dahulunya haram sudah menjadi halal! Bagaimanapun pada masa yang sama, terdapat sekelompok penyokong tegar Pas yang enggan berganjak dan mereka bertindak membuka satu masjid baharu di Kampung Awek yang terletak bersebelahan kampung saya.Alasannya,mereka tetap mahu dua imam itu dipecat kerana tidak sealiran fahaman politik.Bagi menggenapkan bilangan jemaah, mereka mengimport penyokong Pas dari luar kariah untuk menunaikan solat Jumaat di masjid baharu itu dengan arahan seorang pemimpin veteran Pas di Besut.Pada 2004,Pas hilang kuasa di Terengganu dan begitulah juga nasib masjid utama di kampung saya yang turut kehilangan jemaah secara beransur-ansur apabila penyokong Pas ‘melarikan diri’ untuk menunaikan solat Jumaat di masjid mereka.Jika dahulunya halal,sekarang sudah menjadi haram semula,sedangkan imamnya adalah orang yang sama.Itu antara kisah perpecahan umat Islam yang saya saksikan di kampung halaman sendiri dan realiti buruk lagi mengerikan itu turut berlaku di kawasan lain khasnya di Besut, daerah yang paling teruk terpalit dengan Amanat Haji Hadi.

Mengikut rekod terkini,lapan daripada 11 masjid yang mengadakan solat Jumaat berasingan terletak di Besut, manakala bakinya dua di Dungun dan satu di Marang.Kecelaruan itu pernah mendapat perhatian Sultan Terengganu,Sultan Mizan Zainal Abidin pada 16 Disember tahun lalu apabila baginda melahirkan rasa dukacita dengan masalah itu.Baginda bertitah, kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan."Keadaan ini amat menyedihkan beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini.Oleh itu,beta menyeru rakyat sekalian supaya sama-sama mencari jalan ke arah kedamaian dan kemurnian hubungan antara dua pihak bertelagah agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera," titah baginda.Timbul persoalan apakah yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri untuk menangani sisa-sisa amanatnya itu ??? Peluang terbaik Abdul Hadi untuk memperbetulkan keadaan ialah sewaktu dia memegang jawatan Menteri Besar selama sepenggal bermula 1999 namun tidak dimanfaatkan.Pun begitu,selaku Presiden Pas,dia boleh sahaja pada bila-bila masa mengeluarkan arahan.Sebagai orang yang mencetuskan polemik,dia bertanggungjawab untuk menyelesaikannya tetapi yang dilihat lebih bersungguh-sungguh ialah para pemimpin UMNO sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut,Nawi Mohamad sendiri pernah mencadangkan kerajaan negeri mewartakan bangunan yang dijadikan tempat mendirikan solat Jumaat oleh penyokong Pas sebagai masjid dalam usaha mengurangkan perpecahan.Baru-baru ini,ADUN Ajil,Datuk Rosol Wahid pula mencadangkan Abdul Hadi turun ke semua kawasan yang masih lagi mengamalkan dua solat Jumaat dalam satu kariah dan memperbetulkan keadaan.“"Bersetuju atau tidak,saya bagi pandangan dalam dewan ini kerana perpecahan itu bermula daripada Pas,kita minta wakil Rhu Rendang (Abdul Hadi) pergi ke kawasan yang masih berlaku perpecahan dan tarik balik amanat itu," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu,April lalu.Dalam sidang yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Khazan Che Mat berkata, kerajaan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyatuan Jumaat dalam Satu Mukim.Panel jawatankuasa itu terdiri daripada pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bagi menjalankan kajian terperinci mengenai punca dan cadangan menyelesaikan masalah itu.Kepada Abdul Hadi,ingin saya lontarkan persoalan : “UMNO yang pernah dikafirkan dahulu telah berusaha.bila Datuk Seri Tuan Guru mahu memperbetulkan keadaan ???

Oleh Saiful Haizan Hasam

PENULIS ialah Ketua Biro Utusan Malaysia di Kuching, Sarawak.  

RENUNG-RENUNGKAN 

1 comment:

Hj Mohammad Hj Dit said...

Badut Raayat (BR) telah menyiarkan kesan Amanat Hadi Awang(AHA) dan keinsafan mereka yang taksub denag AHA telah kembali kepangkal jalan. BR perlu terus berjihat dengan AHA sehingga meninggalkan kesan yang mendalam dan perasaan bersalah oleh Hadi Awang dengan mencungkil setiap faktor yang didapati dari mereka yang terlibat dan telah insaf dan kembali kepangkuan jalan. Ulama2 muda dan Ketua2 Ugama disetiap negeri perlu bersatu untuk memberi Fatwa mengenai AHA. Bawalah mereka yang disesatkan oleh AHA dan Hadi Awang agar mereka sempat bertaubat. Seluruh umat Islam termasuk akhbar2 harian terus menyiarkan kejahilan Hadi Awang yang juga Presiden PAS dan dosa yang dilakukannya. Dengan cara begini kita umat Islam dapat membetulkan akidah orang2 PAS yang sangat taksub dengan parti PAS bukan dengan Islam.

 
 
Blogger Templates