Amanat Hadi terus menjadi isu hangat yang menggelegak walaupun Hadi Awang sengaja ‘menghilangkan diri’ dengan harapan ia akan dilupakan dan basi begitu saja.Walaubagaimanapun,saya percaya yang beliau sedia maklum bahawa mendiamkan diri tidak akan melepaskan dirinya dari akibat memecahbelahkan ummah,termasuk suami isteri serta ibu bapa dan anak.Usaha pihak media,terutamanya Utusan Malaysia untuk menghangatkan dan membongkar pengakuan mereka-mereka yang telah mengkafirkan sanak saudara sendiri akibat berpegang kepada amanat tersebut patut dipuji.Ini kerana amanat ini bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah.Ia merupakan soal rohaniah,soal kepercayaan,soal akidah,soal hidup mati dan perpaduan ummah.Adalah tidak wajar bagi mana-mana umat Islam untuk meremeh atau memperkecilkan,apatah lagi melupakannya.Lagipun, ini adalah soal ‘hutang’ di mana Hadi Awang terhutang dengan mereka-mereka yang terlibat itu,satu bentuk penjelasan kalaupun tidak permohonan maaf atas apa yang berlaku.Lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz pula menyeru agar Hadi mempertahankan amanat tersebut dan tidak sekali-kali menariknya kembali seperti desakan para Ulama.Dalam ertikata lain,Nik Aziz meminta Hadi tampil mengesahkan secara jelas dan lantang bahawa orang UMNO itu kafir dan bahawa semua mereka yang terlibat mengkafirkan saudara seagama kerana berpegang kepada amanat tersebut adalah berada di jalan yang benar,serta tidak perlu meminta ampun kepada sesiapa.
Pelik juga kita apabila Nik Aziz menuduh kita takut bersemuka dengan Hadi sedangkan bagaimana hendak bersemuka dengan Hadi jika Hadi menyembunyikan diri ???
Sudah jenuh saya menjerit memanggil Hadi sehingga kering tekak.Malah ada juga yang melaung-laung mencabar Hadi sehingga terdengar oleh Nik Aziz,tetapi malangnya,masih juga tidak didengar oleh Hadi sendiri.Apapun,anda perlu bersangka baik terhadap ulama dan saya percaya tidak mungkin ‘Ulama besar’ seperti Hadi adalah pengecut.Mungkin Hadi sekadar ‘tidak sudi’ untuk melayan jeritan media dan bukannya takut berhadapan dengan amanatnya.anda harus faham ‘pe’el’ Ulama-celebrity seperti Hadi.
Tetapi, kalaupun Hadi tidak sudi menyahut panggilan kita,sekurang-kurangnya sahutlah seruan Nik Aziz untuk berhadapan dengan amanatnya.Kasihan Nik Aziz terpaksa berbelit-belit, berpusing-pusing membela Hadi.Sudahlah orang tua itu nyanyuk,bertambah nyanyuklah dia jika terpaksa menipu diri sendiri.Kasihan juga pada kita semua iaitu rakyat yang memerhati kerana terpaksa tergelak-gelak hingga berguling-guling melihat gelagat pemimpin parti Islam meraban hanya kerana gila nak ke Putrajaya. Takut juga kita akan dosa mengetawakan ‘Ulama’.Lebih dari itu,kita kasihan pada mereka yang terlibat secara langsung dengan Amanat Hadi. Pastinya mereka tidak melihat semua ini sebagai lawak jenaka.Mereka perlukan kepastian, pakah benar saudara mereka di dalam UMNO itu kafir kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC.Mereka juga perlu kepastian sekali lagi akan perbezaan kerjasama UMNO-MCA-MIC dengan kerjasama PAS-DAP yang ingin membentuk negara sekular.
Hadi wajib menjawab semua kemusykilan mereka.Tidak mungkin ia begitu sukar sekali bagi Hadi lebih-lebih lagi bila Nik Aziz sudah pun memberi ‘tips’ jawapan iaitu ‘Ya, UMNO itu kafir bagi PAS’.
Justeru,jika Hadi terus mendiamkan diri,tidak menarik balik dan tidak pula menafi,maka persoalan ini akan terjawab sendiri iaitu PAS mengambil pendirian untuk mempertahankan Amanat 1981 yang mengkafirkan orang UMNO,sehingga ke titisan darah yang terakhir dan seterusnya iaitu sehingga ke akhirat.Inilah hakikat yang perlu diterima dan ditelan serta dipegang oleh semua orang-orang PAS selagi mereka berdiri di belakang Hadi Awang dan Nik Aziz.
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
Badut rakyat sudah2 la nk tpu rakyat..hadi awang dh ckap bg dia 1jam dkt media arus perdana tv3 untuk dia brcakap dan bg pnjelasan..tp smpai skarang media umno xbg pluang..salah hj hadi ke?pkr2 la sndri dh bsar pnjang kn
Hehehe.. dah nama tempat pun badut.
Bagaimana pula akidah dengan orang yang taat kepada " SYAITAN YANG DIKENALI"? dan tidak mengikut "MALAIKAT YG TIDAK DIKENALI"?
Cuba tanya kat ALFAdil Ustaz Fathul Bahri.
Org bangang mcm ko bole la nk tipu,woi bebal,hadi bangang tue nk divert isu jer..bkn xtau akal cilake diorang nie..bglah live 5 hari pn mampos xmengaku nyer..dia nk pusing lg ade la..siapa yg ckp hadi bangang dgn pork nicky tue ulamak mmg la bodoh..diorang tue mempergunakan agama utk politik..setakat belaja bahasa arab dh nk claim diri ulama...puuuiiii...nk ckp psl amanat tue pegi dkt org2 PAS yg bangang dan sentiasa bebal smpai mati tue..amanat bodoh dia hanya utk org PAS, rakyat m'sia yg lain xminat nk dgr ULARSEMAK...
Umno lg banyak tpu rakyat..parti tarak guna pnya..skurang2 pkatan bnyk lg pemimpin yg brsih..umno nk cri 1 pun ssh ma..pkr la sndri
ape masalah ngn amanat ni? xde plak kate org kafir masok umno??
Post a Comment