Social Icons

Pages

Sunday, December 09, 2012

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT !!! BERPULUH RIBU YANG HADIR UNTUK HANGATKAN SUASANA !!! BETUL KER ???


sasaran PAS Kedah dalam penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat itu adalah 40 ribu orang. Ia diharapkan menjadi pemangkin kepada satu lagi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan hadapan dengan jumlah penyertaan disasarkan adalah 1 juta orang.Namun secara jelas,sambutan yang diberikan kepada program anjuran PAS itu agak hambar.Wacana Bicara Wanita PR yang diadakan beberapa jam lebih awal di Stadium Sultan Abdul Halim hanya berjaya menghimpunkan tidak lebih daripada 150 hadirin sedangkan PAS dan Pakatan Rakyat amat berharap kepada kaum Wanita yang akan menjadi penyokong serta tenaga kerja mereka pada PRU13 nanti. 

 Jam 6:19 petang, jumlah yang datang hanyalah lebih kurang 8 ribu orang,jauh tersasar dari jumlah 40 ribu orang yang diharapkan. Mengharapkan jumlah akan bertambah berkali-kali ganda selepas solat Maghrib, pihak penganjur jelas begitu resah dengan perkembangan yang dapat mereka saksikan dengan mata kepala sendiri.Majlis yang sepatutnya berlangsung pada pukul 9:00 malam,terpaksa ditunda setengah jam kemudian apabila jumlah kehadiran hanyalah sekitar 16 ribu orang sahaja. 

Jam 9:14 malam, antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Suka Menanti adalah Mat Sabu, Kadir Sheikh Fadzir, Chegu Bard, Ghani Ahmad, Izzat Shauki, Amiruddin Hamzah, Tamrin Ghafar Baba dan Haji Salleh Muda. Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak tiba pada 

jam 9:24 malam dan disambut dengan laungan takbir yang kurang bersemangat. 

Jam 9:25 malam, Mat Sabu mula berucap dan seperti biasa, ucapan Mat Sabu sudah boleh diijangkakan apa isi kandungannya.

Hampir jam 10:00 malam, jumlah hadirin lebih kurang 18,000 orang dan jumlah tersebut masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan iaitu 40,000 ribu....


UNTUK SELANJUTNYA 

ITU JER KER YANG ADA ???

ITU PUN CAMPUR ORANG LUAR KAN ???

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates