Social Icons

Pages

Sunday, December 09, 2012

HOT NEWS !!! KAMERA AES DITUTUP KAIN MERAH !!! APA CERITA NI ???


Amat lucu dan pelik scenario yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini.Pakatan haram cuba menguji kesabaran dan keberanian kerajaan Barisan Nasional.Menurut Ronnie Liu Kerajaan pakatan haram Selangor buat masa ini tidak akan menanggal atau merobohkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu tetapi sebaliknya akan menutupnya dengan kain.Tutup dengan kain. “What a joke”.Simboliknya kain bewarna merah digunakan untuk menutup kamera.Menurut Ronnie yang cukup kurang ajar ini dia berhajat mahu mencabut dan menanggalkan kamera tetapi Khalid hanya mahu menutupnya sahaja.Ronnie seolah-olah mencabar kerajaan Barisan Nasional bila dia mahu melihat siapa yang akan berani membuka kain merah yang menutupi kamera tersebut.Manakala kenyataan dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS) pula tidak akan menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dua lokasi di Sepang kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang,Mohd.Sayuti Bakar.Ini kerana pihak MPS telah mengarahkan syarikat yang bertanggungjawab memasang kamera itu iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menutupnya sendiri.

Langkah ini selaras dengan notis Seksyen 72(1) c di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan arahan itu telah dikeluarkan pada 6 Disember lalu kepada pihak terbabit. “ Ronnie Liu akan menggunakan undang-undang samseng DAP manakala pihak majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan. Dua lokasi AES itu adalah di Kilometer 66 arah Kajang Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuh Raya Utara Selatan. Kelonggaran tempoh pembayaran saman telah diberi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari 60 hari kepada enam bulan, Pakatan haram sebenarnya lebih mengutamakan undang-undang rimba dan samseng dalam menangani sebarang isu. Itulah sebab mereka memilih demonstrasi jalanan yang ganan berbanding pemuafakatan dan rundingan. Darah komunis mengalir terlalu pekat dalam jiwa mereka. Maka rakyat Malaysia diseru untuk menolak DAP dan pakatan dalam PRU13 yang akan datang demi menjamin kesejahteraan dan keamanan Malaysia. - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates