Social Icons

Pages

Sunday, December 09, 2012

HOT NEWS !!! ROBOH KUIL !!! KAUM INDIA MENGAMUK DEPAN SUK !!!


Kerana marahkan tindakan berterusan kerajaan Selangor merobohkan kuil, 600 kaum India bangkit berdemonstrasi di hadapan Dataran Shah Alam dan bangunan SUK Selangor bermula 11.00 pagi.Mereka terdiri daripada Skuad Belia MIC,Nambikai,Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia,NGO Perinnbam,Indian Athma Sakti Association,Tamil Uthavum Karangkal dan beberapa NGO lain marah dengan kejadian terbaru merobohkan kuil di sebuah rumah kediaman di Sepang,lapor rakyatmerahkuning.blogspot.com.

“Mereka datang membawa kain rentang mengutuk tindakan kerajaan negeri yang tidak menghiraukan sensitiviti kaum beragama Hindu dengan tindakan merobohkan tempat sembahyang tersebut. “Ini merupakan kemuncak kebangkitan masyarakat India yang sudah lama memendam rasa tidak puas hati dengan kerajaan negeri terutamanya EXCO Xavier Jeyakumar yang disifatkan sebagai tidak menjaga kebajikan orang India Selangor,”lapor blog itu.

Blog mediashahalam turut menyiarkan satu memorandum berkaitan isu tersebut yang dihantar kepada Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim. “Kami menyifatkan pekara yang berlaku sebagai sesuatu yang serius dan menyentuh serta menghina sensitiviti agama Hindu.Insiden yang berlaku merupakan hadiah yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri kepada masyarakat India di Selangor kerana mempercayai dan mengundi Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat menabur pelbagai janji antaranya tidak akan merobohkan sebarang tempat beribadat sekiranya pakatan rakyat mengambil alih kerajaan Negeri Selangor.Maka secara kesimpulanya Pakatan Rakyat dengan jelas dan sengaja telah memungkiri janji yang diberikan kepada masyarakat india sewaktu pilihanraya umum ke 12, “petikan daripada kandungan memorandum tersebut. 

Turut disenaraikan kuil-kuil Hindu yang telah diroboh,iaitu Kuil Seri Maha Kaliamman di Ampang Selangor (September 2008),Kuil Seri Muniswarar di Glenmarie,Shah Alam (November 2011),Kuil Sri Maha Mariamman di Kota Warisan,Dengkil (Februari 2012) dan tempat sembahyang di Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi Sepang (November 2012).

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

No comments:

 
 
Blogger Templates