Tentunya ahli dan penyokong DAP begitu berpuas hati dengan senarai kepimpinan DAP yang telah dipilih di dalam Kongres DAP Kebangsaan Ke 16 hujung minggu yang lalu.Nama-nama besar pimpinan DAP,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan Karpal Singh masing-masing menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pemilihan tersebut.Pimpinan Melayu DAP yang meletakkan 8 orang calon kesemuanya tewas dengan memperolehi undi rata-ratanya secara relatif begitu kecil.Undi tertinggi sebanyak 348 diperolehi oleh Senator Dr Arifin Omar.Beliau menduduki tempat ke 37 daripada jumlah 63 calon yang bertanding.Selain daripada itu pemilihan yang dibuat seolah-olah terus mengesahkan wujudnya unsur-unsur pertalian kekeluargaan terutamanya dua dinasti,Lim Kit Siang dan Karpal Singh.Satu perkara yang menarik dalam ucapannya selaku Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dengan lantang menyatakan hasrat DAP untuk menambah kerusi yang ditandingi oleh mereka sebanyak 13 kerusi (10 DUN dan 3 Parlimen) di Semenanjung Malaysia. Jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP untuk Sabah dan Sarawak dikatakan akan dimasukkan dalam jadual perkiraan yang lain pula.
Jika dilihat dengan lebih teliti pemilihan yang telah dilakukan, beberapa perkara dapat diberikan ulasan lanjut.
Pertama,para perwakilan yang secara teknikalnya mewakili ahli-ahli DAP sebulat suara menyokong kepimpinan ketiga-tiga tokoh utama DAP tersebut.Ini menandakan mereka sebulat suara menyokong senarai 30 tuntutan DAP yang telah pun dipaparkan dalam berbagai alat media dan sudah tidak merupakan satu rahsia lagi.
Kedua, ahli dan penyokong DAP melalui perwakilan mereka menyokong penuh pendirian ketiga-tiga pimpinan utama tersebut yang menentang habis-habisan pelaksanaan Hudud dan Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak dari awal penubuhan Parti Islam itu.Ketiga, ahli dan penyokong DAP begitu ghairah untuk melihat falsafah “Malaysian Malaysia” dilaksanakan. Falsafah “sama rata, sama rasa” ini jika dilaksanakan akan memerlukan berlakunya perubahan struktural yang belum pernah dilakukan dalam negara ini. Sebahagiannya melangkaui kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama.Keempat,amat jelas dan tidak dapat diselindung lagi hasrat DAP untuk menjadi parti peneraju di dalam Pakatan Rakyat.
Melihat kepada darjah nafsu besar DAP berhubung dengan bilangan kerusi yang akan ditandingi menggambarkan azam yang semakin membara untuk menjadi nakhoda bahtera Pakatan Rakyat.
Sekali imbas pemilihan barisan pucuk pimpinan DAP yang baru sahaja berlalu itu boleh dianggap sebagai satu proses penerusan yang natural. Tetapi di satu segi yang lain, pengekalan pucuk pimpinan dalam pemilihan tersebut boleh memberi impak yang besar kepada proses “nation building” di negara ini jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 yang akan datang.
Mungkin ada yang bersetuju jika dikatakan DAP sudah menghampiri puncak meraih kekuatan untuk menjadi peneraju utama di dalam percaturan politik di negara ini setidak-tidaknya di kalangan tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Tindakan DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa juga langkah yang diambil oleh PAS termasuk di negeri-negeri yang ditadbirnya, Kedah dan Kelantan menggambarkan sifat “superiority” yang mula bertapak dalam pemikiran pimpinan DAP.
PAS sering surut ke belakang, mengalah dan dalam semua keadaan sering hilang punca bila berhadapan dengan asakan-asakan pimpinan utama DAP. Isu pendandan rambut wanita di Kelantan, isu papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang Ramadhan di Kedah adalah di antara isu yang boleh dikatakan remeh namun PAS terpaksa mengalah dan terus mengangkat bendera putih.
Apakah masyarakat Melayu Islam melihat PAS mempunyai kekuatan fizikal dan mental serta spiritual untuk menghilangkan kegerunan menghadapi pimpinan DAP untuk terus melaksanakan Hudud dan Negara Islam seperti yang mereka janjikan? Inilah diantara soalan yang perlu dijawab oleh pimpinan tertinggi Parti Islam itu.
Pemilihan pucuk pimpinan DAP boleh dikaitkan dengan hubungan parti itu dengan PKR. Dalam banyak hal, DAP lebih serasi dengan PKR terutama yang berkaitan dengan fahaman liberalisme barat yang kedua-dua parti tersebut dilihat saling melengkapi.Fahaman pluralisme dan liberalisme agama, faham sekularisme, LGBT, prinsip hak asasi manusia, persoalan moral dan akhlak juga merupakan di antara unsur di mana terdapat keserasian di antara dua parti tersebut.Jika keserasian DAP dan PKR ini berterusan, tambahan pula dengan semangat juang yang semakin meningkat hasil daripada pemilihan yang baru itu, beban PAS dalam Pakatan Rakyat dilihat semakin berat.
Beban pertama,DAP dan PKR itu sendiri dan beban kedua menghadapi UMNO musuh tradisi mereka.Jika isu pemilihan pimpinan DAP ini terus dianalisa dengan lebih mendalam,adalah didapati bahawa pemilihan pucuk pimpinan baru DAP tersebut akan memberi kesan yang yang sangat tidak memberangsangkan kepada PAS terutamanya. PAS akan terus terperangkap akibat daripada tindak tanduknya sendiri.
PAS dikatakan akan terus dibuli oleh DAP terutamanya bahkan juga PKR akibat mainan politik dan pengaruh manusia-manusia parasit dalam PAS.Umum mengetahui,PAS dikawal secara jarak dekat dan jarak jauh oleh Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan beliau dapat menduduki kerusi Perdana Menteri.Mungkin penerusan pimpinan utama DAP akan membantu Anwar Ibrahim mencapai hasratnya untuk menduduki takhta Ketua Eksekutif negara ini. Penegasan semula DAP bahawa Anwar Ibrahim bukannya Hadi Awang yang berhak bergelar Perdana Menteri menjadikan PKR dan DAP berada di satu sudut dan PAS bersendirian di satu sudut yang lain.
Apa pun yang menjadi Lebai Malang ialah PAS. Waktu air surut dia melepas, waktu air pasang pun dia melepas.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
3 comments:
Salam wbt.... all muslim frens in particular in PAS
Cubalah sedara seIslam dapat berfikir dgn waras danberfikiran terbuka apa agenda DAP dan PKR yg sebenarnya iaitu utk menghapudkan sebarang ciri- ciri Islam dinegara ini apabila mereka memerintah kelak. DAP dgn agenda Kristian manakala PKR dgn liberisma dan pluralisma. Anda fikir dulu sblm menerima bulat bulat sbrgfatwa atau kenyataan yg dibuat oleh pucuk pimpinan PAS kerana lebih kpd fatwa yg sesat lagi menyesatkan. Kembalilah menyokong mereka yg meletakkankan ISLAM sbg paling utama dan jauhi bersekongkol dgn mereka yg merperkotak katikkan Islam spt ape yg pernah di ucapkan oleh Pengerusi DAP - over my dead body. Kasihanilah pd generasi BUMIPUTRA ISLAM MASA HADAPAN kerana jika kita salah atau silap memilih, bahana akan di hadapi oleh mereka.
to anon 9:06AM..
KENAPA PERLU PAKATAN RAKYAT MENTADBIR MALAYSIA ?..
KENAPA PERLU PAKATAN RAKYAT MENGGANTI BN ?..
KENAPA .... KENAPA ...??
SEBABBBB,,, BN DAN UMNO SUDAH MEREPUT.... SENANG CAKAP 'EXPIRY DATE' SUDAH LUPUT LAH....
..
kenapa u all masih x nampak *** disebalik parti yg sedang mereput tu... buta mata hati kot ?!?!
nama dan mentaliti posting pun sama taraf. badut dalam zoo negara.
Post a Comment