Social Icons

Pages

Showing posts with label HASAN ALI.... Show all posts
Showing posts with label HASAN ALI.... Show all posts

Monday, July 29, 2013

KANTOI !!! DATUK HASAN ALI SAHKAN WUJUD PENGIKUT SYIAH DI DALAM KALANGAN PEMIMPIN TERTINGGI PAS !!!


Bekas Naib Presiden Pas,Datuk Dr. Hasan Ali mengesahkan kewujudan ahli Syiah di kalangan pimpinan tertinggi Pas,namun tidak diambil tindakan parti itu kerana tiada keberanian.Pemimpin itu ujarnya,dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat,melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri. 

“Apa yang ingin saya tonjolkan di sini,pemimpin tertinggi Pas dikatakan tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin atasan tersebut yang selama ini secara terang-terangan menyalahi undang-undang tubuh Pas.Undang-undang tubuh Pas mengharamkan ahli-ahlinya menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Selain itu Hasan berkata,terdapat juga berita mengenai adanya pemimpin tertinggi Pas telah dipanggil bersemuka dengan Majlis Syura Ulama untuk mengiya atau menafikan penglibatannya di dalam kegiatan Syiah.Dalam perkembangan lain beliau berkata, ada dakwaan mengatakan kekalahan beberapa calon utama Pas di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu seperti di Kedah disebabkan wujudnya faktor Syiah di dalam parti itu. 

“Seingat saya setiap kali datangnya tahun pemilihan di dalam muktamar tahunan Pas,isu pemimpin Syiah dalam parti sering dijadikan bahan kempen untuk memenang dan menewaskan seseorang calon yang merebut kerusi kepimpinan parti,” katanya. 

Aktivis Pas,Mohamed Hafiz Mohamed Nordin pula berkata,penularan fahaman Syiah dalam kalangan ahli Pas bukan suatu perkara baharu tetapi telah berlaku sejak puluhan tahun lalu,namun ia gagal ditangani oleh pucuk pimpinan parti sehingga menjadi semakin serius kini.Malah tegasnya,satu kajian holistik perlu dilakukan memandangkan mereka yang berfahaman Syiah semakin berani menyebarkannya kepada umum. 

“Pas perlu serius dalam usaha untuk membendung penularan fahaman Syiah dalam kalangan ahli mereka.Satu jawatankuasa perlu diwujudkan bagi menyiasat tentang ahli parti yang dikatakan berfahaman Syiah,” katanya. 

Mohamed Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) menambah,Pas perlu serius dalam menangani isu Syiah kecuali parti itu membuat ketetapan untuk menerima fahaman tersebut. “Cuma saya tidak pasti status ahli mereka yang terlibat itu sekarang, kerana dahulu memang mereka ahli Pas tetapi bukan yang berjawatan penting di negeri ini.Malah kepimpinan parti juga seolah-olah tidak mengambil sebarang usaha untuk menyekat penularan fahaman berkenaan,” katanya.

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, May 13, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ISU MB SELANGOR !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH PKR KAW-KAW !!!


Sehingga hari ini enam hari sudah berlalu sejak keputusan PRU ke 13 diumumkan.Kesemua negeri telah melantik Menteri Besar dan setengahnya barisan Exco masing-masing.Bagi yang belum berbuat demikian calon Menteri Besar telah pun menerima watikah masing-masing hanya menunggu giliran untuk mengangkat sumpah.Di Selangor ceritanya jauh berbeza.Sejak daripada awal hingga ke hari ini berbagai-bagai kenyataan yang bercanggah dikeluarkan.Pimpinan parti komponen setiap seorang telah mengeluarkan pendapat termasuk pimpinan PKR sendiri.Yang jelasnya masing-masing parti mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing yang bukan sahaja berbeza dari segi ayat yang digunakan bahkan juga jauh berbeza dari segi apa yang dimaksudkan.Jika ditinjau dengan lebih dekat mengenai masalah yang sedang dihadapi di negeri Selangor,kita akan dapati permasalahan itu dapat dikategorikan kepada dua. 

Pertama,masalah ketidakserasian pandangan dan pendapat pimpinan tertinggi parti peringkat negeri mengenai calon Menteri Besar.Kedua,kecelaruan dalam PKR sendiri yang dikatakan sebagai parti yang yang diberi hak untuk menduduki kerusi Menteri Besar yang kemudiannya dinafikan oleh pimpinan pemuda PAS negeri. Saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai kecelaruan yang semakin hari semakin kusut di kalangan komponen Pakatan di negeri Selangor.Pertama,kecelaruan timbul disebabkan pimpinan komponen parti tidak mendapat panduan dan arahan yang terselaras akibat daripada ketiadaan peraturan yang boleh mengikat anggota komponen pakatan seperti apa yang berlaku di dalam Barisan Nasional.Kedua,tidak dapat disembunyikan akibat ketiadaan peraturan tetap untuk Pakatan Rakyat menyebabkan pimpinan parti komponen bebas mengeluarkan pandangan dan pendapat yang sebahagiannya bercanggah di antara satu sama lain.Bukan setakat percanggahan pendapat malah tergambar unsur menidak dan meremehkan kemampuan dan kebolehan di antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat.Ketiga,sepanjang ingatan saya sewaktu menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor tidak pernah ada sebarang persetujuan sama ada berbentuk lisan atau bertulis yang mengatakan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak mutlak PKR.Dakwaan setengah-setengah pimpinan PKR yang begitu emosional ditambah dengan nada mengejek dan memperlekeh kemampuan dan kebolehan rakan sejawat parti komponen dianggap sebagai menyalahi prinsip-prinsip kesetiakawanan yang perlu dipertahankan. Keempat, amat jelas kelihatan wujudnya persaingan tidak sihat di antara kem Azmin dan kem Tan Sri Khalid. 

Kem Tan Sri Khalid disokong oleh DAP dan PAS dan sebahagian kecil pimpinan PKR negeri.Manakala kem Azmin pula mendapat sokongan besar daripada pimpinan PKR dan mendapat sokongan dingin daripada PAS dan DAP. Kelima, ditakdirkan Khalid Ibrahim atau Azmin Ali menjadi Menteri Besar, saya cenderung meramalkan bahawa siapa juga yang akan menduduki kerusi panas itu akan sentiasa berada di atas bara api.Teori dan amalan “cah keting” akan mewarnakan jawatan MB dan keutuhan pakatan di negeri Selangor.Sebagai kesimpulannya, seperti yang pernah saya nyatakan berulang kali, bahawa Pakatan Rakyat sebagai sebuah kesatuan politik hanya bersifat temporal sahaja.Tikam menikam, jatuh menjatuh dan ketiadaan ketelusan serta keikhlasan di kalangan pimpinan menyebabkan Pakatan Rakyat boleh bertahan sebagai satu unit pakatan politik dalam tempoh yang sukar diramalkan. Atas alasan-alasan yang disebutkan di atas terutamanya tindakan-tindakan yang diambil oleh pimpinan parti-parti komponen menyebabkan rakyat Malaysia yang dulunya menjadi penyokong kuat mereka kini terpaksa membuat renungan jauh tentang keupayaan gagasan Pakatan tersebut. 

Rakyat tidak boleh memperjudikan masa depan negara dengan menyandarkan harapan kepada sebuah pakatan politik yang longgar dan dipimpin oleh barisan pimpinan yang lebih mementingkan diri dan parti yang mereka wakili bukan memikirkan hala tuju negara dan juga nasib generasi pengganti yang akan datang.Akhirnya tembelang Pakatan Rakyat sudah pecah betul-betul di hadapan kita semua. Bau busuk tembelang itu sudah mula dihidu bukan sahaja di Selangor tetapi sudah dibawa angin bertiup ke seluruh Malaysia. Mungkin dengan bau yang tidak menyenangkan ini,rakyat Malaysia akan bangkit daripada lamunan yang didodoikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya apa yang sering diungkapkan oleh ketua mereka Anwar Ibrahim. 

DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia TTDI, Kuala Lumpur 
10 MEI 2013

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, April 20, 2013

HOT NEWS !!! ADAKAH DATUK DR HASAN ALI BERTANDING DALAM #PRU13 ???


Persoalan-persoalan mengenai penyertaan saya di dalam PRU 13 menjadi tanda tanya kepada teman- teman politik dan sahabat-sahabat sekerjaya serta anggota masyarakat.Pejabat saya dan saya sendiri dihujani dengan panggilan telefon,mesej pesanan ringkas dan email untuk mengetahui posisi yang saya ambil berkaitan dengan perkara tersebut.Saya akui ada menerima tawaran untuk bertanding dalam PRU ke 13 dengan cadangan ditempatkan dikawasan-kawasan dijangkakan boleh memberikan kemenangan kepada saya.Saya berterima kasih dan menghargai harapan dan kepercayaan pimpinan Umno/Barisan Nasional terhadap saya.Namun setelah berbincang dan menerima pendapat dan pandangan daripada berbagai pihak dan ditambah pula dengan peluang yang dibukakan oleh Allah untuk saya terlibat langsung di dalam 3 pilihanraya umum sebelum ini,maka saya dengan segala rendah diri mengambil keputusan untuk tidak bertanding di dalam PRU ke 13 ini.Saya merasakan lebih selesa bersama dengan JATI untuk berusaha terus melonjakkan keberlangsungan Islam,bangsa Melayu dan Institusi Raja di negara ini. 

Cabaran yang semakin getir yang bakal dilalui dalam mengagungkan Islam dan memartabatkan Melayu, memerlukan gabungan NGO yang padu dan mantap serta mempunyai daya tahan dan daya juang untuk membentengi sebarang percubaan untuk menidakkan Islam dan Melayu di negara ini.Saya dan teman-teman di JATI telah membuat ikrar untuk terus berjihad untuk tidak melihat Islam dan Melayu diinjak-injak di bumi bertuah ini. Saya dan rakan-rakan dalam JATI berserta dengan NGO-NGO Islam akan menggerakkan seluruh kekuatan yang boleh dijana untuk menentukan UMNO/BN terus berkuasa termasuk merampas semula negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 ini.Seperti yang telah diumumkan,sokongan kepada UMNO/BN selain daripada bertepatan dengan kaedah usul fiqh,sokongan JATI yang tidak berbelah bagi tersebut adalah untuk melihat pimpinan UMNO yang ada sekarang diberi kekuatan oleh Allah dan berikutan dengan itu bersunguh-sungguh untuk menjadikan Islam sebagai landasan kepada pembangunan negara yang bakal diredhai oleh Allah SWT. 

Harapan saya dengan kenyataan ringkas ini dapat meredakan sebarang spekulasi,khabar angin dan prasangka yang akhirnya tidak membuahkan sesuatu yang berfaedah.Sebaliknya segala kekuatan yang ada hendaklah ditumpukan kepada usaha meraih kemenangan kepada UMNO/BN sebagai langkah mengelakkan malapetaka yang mungkin boleh menimpa rakyat negara ini sekiranya Pakatan Rakyat diizinkan mentadbir negara ini. 

DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia Tmn Tun Dr Ismail, KL 
19 APRIL 2013

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, April 09, 2013

HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!


PRU ke 13 sudah benar-benar berada di hujung serambi.SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada hari Rabu ini.Semua parti yang bertanding menyatakan mereka telah bersiap sedia termasuk pembahagian kerusi mengikut komponen parti masing-masing.Umum mengetahui sesuatu yang keluar daripada mulut pimpinan politik tidak seharusnya ditelan begitu sahaja.Memang sudah menjadi lumrah tidak ada parti politik dalam dunia yang menyuarakan sesuatu yang boleh menggambarkan kelemahan dipihak parti tersebut.Begitu jugalah halnya dengan parti-parti politik yang bertanding dalam PRU ke 13. Pakatan Rakyat telah memutuskan formula pembahagian kerusi di antara tiga komponen parti.Pada dasarnya formula pembahagian didasarkan kepada amalan semasa PRU ke 12.Apa yang berlaku pimpinan komponen parti dilihat seolah-olah tidak menghormati prinsip pembahagian kerusi tersebut sebaliknya berlumba-lumba membuat pengumuman bersendirian untuk “mengecup” kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada masing-masing parti dalam Pakatan. 

Sebagai contoh Parlimen Bagan Serai yang dikatakan milik PAS tetapi Ketua Umum PKR telah terlebih dahulu mengisytiharkan tanpa merujuk kepada PAS bahawa kawasan Parlimen tersebut akan ditandingi oleh PKR yang akan meletakkan Ketua Penerangannya Dr Mohd Nur Manuti. Begitu juga Parlimen Labuan, Setiawangsa dan Bera yang diperuntukkan kepada PAS telah disambar bila Timbalan Presidennya Azmin Ali membuat pengumuman tanpa terlebih dahulu merujuk kepada PAS. Pemerhati politik dapat menghidu suasana tegang dalam mesyuarat-mesyuarat antara pimpinan parti termasuk diperingkat Majlis Presiden dalam hal yang berkaitan dengan penentuan kawasan-kawasan pilihanraya untuk ditandingi oleh calon-calon Pakatan.Dikatakan mesyuarat yang sepatutnya dipanggil untuk memuktamadkan kerusi-kerusi yang dipertandingkan mengikut parti komponen sehinga ini masih tidak dapat mencapai kata putus dan mesyuarat-mesyuarat tersebut berlalu tanpa keputusan. Pertindihan yang jelas berlaku adalah di antara PKR dan DAP dan kelihatan juga perkara tersebut wujud di antara PAS dan PKR. Dikhabarkan baru-baru ini pimpinan tertinggi parti komponen sengaja memilih untuk tidak hadir dalam mesyuarat penentuan kerusi sebagai tanda protes terhadap sifat angkuh, tamak dan mengenepikan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pimpinan tertinggi PKR khasnya. Ini berlaku akibat keinginan mereka untuk menjadi parti yang dominan yang akhirnya membuka peluang kepada pimpinan tertinggi mereka menjadi Perdana Menteri.

Apa yang berlaku sebenarnya menggambarkan kocakan-kocakan kecil kerana dibelakang tabir banyak lagi isu-isu yang masih belum dibereskan samada menjelang PRU ataupun setelah keputusan muktamad pilihanraya diperolehi. Calon Perdana Menteri umpamanya sehingga kini belum dapat diputuskan. PKR dan DAP menamakan Anwar Ibrahim tetapi PAS melalui Majlis Syuranya mempunyai pandangan yang berbeza. Perihal betapa seriusnya pertelagahan merebut kerusi untuk parti masing-masing, tersebar berita yang mengatakan bahawa ada pimpinan tertinggi dari komponen parti yang telah bertindak untuk mengugut bahawa mereka bersedia untuk melihat kerusi-kerusi yang berlaku pertindihan calon tersebut dipertandingkan secara tiga penjuru.Kesimpulan yang boleh dibuat dalam hal ini ialah Pakatan Rakyat akan terus dilanda masalah demi masalah.Suasana dalaman mereka ibarat retak menanti belah. Masalah pembahagian kerusi adalah masalah pra kemenangan.Seandainya ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya,bayangkan betapa getirnya perbalahan di antara pimpinan Pakatan untuk membentuk kerajaan sekaligus menamakan anggota kabinet dan melantik Perdana Menteri. Rakyat harus dapat memahami realiti yang wujud di dalam Pakatan Rakyat dan bertolak dari situ rakyat sebagai pengundi seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan dan bisikan hati kecil untuk tidak memperjudikan Malaysia dengan karenah pimpinan tertinggi komponen parti dalam Pakatan Rakyat yang boleh mengakibatkan negara berada dikancah huru hara, bencana dan malapetaka.

DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia 
Tmn Tun Dr Ismail, KL 
8 APRIL 2013

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, March 12, 2013

HOT NEWS !!! BAPA SAIFUL BUKHARI SERTAI PKR !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!


Hari ini bapa Saiful Bukhari,En Azlan Mohd Lazim sekali lagi mengadakan sidang akhbar.Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh wakil-wakil pimpinan PKR dan PAS.Muka wakil pimpinan DAP tidak kelihatan.Laporan yang dibuat oleh laman media menyatakan bahawa sidang media dibuat secara tergesa-gesa dan pemberita yang hadir tidak digalak mengemukakan soalan kepada En Azlan.Namun soalan yang bertubi-tubi terus dikemukakan kepada beliau.Pengamal media yang hadir begitu kecewa kerana soalan-soalan itu tidak dilayan sebaliknya En Azlan hanya membacakan kenyataan pendek penyertaannya sebagai ahli PKR.Seperti yang saya nyatakan dalam posting pertama waktu mengulas kenyataan “U-turn” En Azlan bahawa telahan yang saya buat nampaknya semakin menjadi kenyataan. En Azlan menyertai PKR dan menyatakan sokongan terbuka kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Penyertaan En Azlan ke dalam PKR sudah tentu akan dipergunakan oleh parti tersebut berhabis-habisan.Beliau akan diheret ke tepi dan ke tengah menjelang dan semasa kempen pilihanraya untuk memberitahu rakyat bahawa Anwar Ibrahim bersih daripada segala tuduhan salah laku seks terutamanya liwat yang melibatkan anak beliau,Saiful Bukhari.Bagi ahli dan penyokong PAS kenyataan Mursyidul Am,Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mengalu-alukan kenyataan En Azlan mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim itu tidak banyak memberi kesan kepada penyokong dan ahli parti itu. Walau apa pun, bagi PAS penolakan untuk menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat yang dikatakan telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tidak mungkin dapat diolah semula termasuk Mursyidul Am sendiri yang mengetuai Majlis Syura Ulama itu. 

Perlu diketahui bahawa sebarang keputusan Majlis Syura Ulama tidak dibuat atas konsiderasi politik atau kehendak mana-mana individu, tetapi sudah tentu merujuk kepada berbagai sumber hukum termasuk (sekiranya ada) untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat.Saya meramalkan En Azlan yang begitu diperlukan untuk membina imej bersih Anwar Ibrahim akan mengundang kekecohan. Saya tidak nampak En Azlan mempunyai daya ketahanan politik untuk menghadapi berbagai ragam dan laku manusia apa lagi beliau berada di kancah isu yang menjadi liabiliti kepada Anwar Ibrahim dan PKR serta Pakatan Rakyat amnya.Bagi Saiful Bukhari pula kemunculannya ditunggu-tunggu kerana dialah orangnya yang mengaku menjadi mangsa kebuasan seks Anwar Ibrahim.Beliaulah yang mengaku menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim yang setakat ini manusia yang dilabel sebagai peliwat itu tidak pernah mengenal erti penyesalan dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau. Masyarakat sudah tentu tidak dapat membuang daripada minda masing-masing mengenai gambar Saiful Bukhari dan di sebelahnya En Azlan yang menyaksikan acara sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful terhadap pengakuan bahawa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Apakah sumpah laknat ini yang berlaku di depan mata En Azlan memungkinkan dia membuat “U-turn” Adakah baginya tidak ada alam akhirat untuk menerima pembalasan akhir walaupun ada kemungkinan mahkamah dunia tidak mensabitkan kesalahan orang yang kini disokong dan cuba dibersihkannya iaitu Anwar Ibrahim? Atau adakah hubungan darah ayah dan anak tidak membawa erti apa-apa hatta dari sudut kemanusiaan hingga seorang ayah tergamak merelakan anak kandung sendiri dihimpit keaiban sepanjang hidupnya sementara menunggu hukuman Allah di alam azali nanti?Akhirnya tindakan En Azlan jelas membawa angkara kepada dirinya dan angkara kepada Pakatan Rakyat itu sendiri. Menggunakan En Azlan sebagai umpan membersihkan Anwar Ibrahim bagi setengah pihak merupakan tindakan terdesak dan sia-sia.Rakyat khasnya para pengundi bukan ingin melihat kelicikan En Azlan tetapi rakyat Malaysia selama ini menunggu-nunggu sumpah laknat Anwar Ibrahim sendiri.Bukankah lebih mudah bersumpah laknat daripada menggunakan pelakon yang mungkin berbayar yang mempunyai latar belakang yang boleh menimbulkan banyak persoalan seperti En Azlan? Adakah episod En Azlan ini akan menjadi salah satu penyebab kepada kecundangnya Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti? 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia Taman Tun Dr Ismail, KL 
11 MAC 2013

Wednesday, February 20, 2013

HOT NEWS !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH PAS DAN KARPAL SINGH KAW-KAW !!!


Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan mengenai kenyataan Karpal Singh berhubung dengan isu kalimah Allah yang dimuatkan dalam beberapa portal berita hari ini.Karpal dalam kenyataannya menyebut bahawa Pakatan Rakyat tetap bertegas berpegang kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan tersebut pada 8 Januari 2013. Beliau tetap bertegas tidak menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 30 Januari 2013 yang tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut Agama Kristian dalam Bible versi Bahasa Melayu.Karpal Singh mendakwa bahawa majoriti 2/3 (DAP dan PKR) mengambil pendirian yang sama dengan apa yang beliau pertahankan selama ini. Karpal dipetik sebagai berkata “Majlis Syura Ulama PAS adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti. Keputusan Majlis Syura tidak boleh atasi keputusan yang diumumkan ketiga-tiga pemimpin utama PR”. Kenyataan Karpal Singh boleh ditafsirkan sebagai:

a. Memperkecilkan Majlis Syura Ulama PAS yang merupakan badan tertinggi Parti Islam itu yang bertanggungjawab menentukan dasar dan halatuju parti; 

b. Menggambarkan kejahilan Karpal terhadap Islam khususnya hal yang berkaitan dengan aqidah. Seperti yang dimaklumi, penerimaan dan amalan aqidah tidak boleh diukur melalui peratusan angka atau atas sokongan majoriti; 

c. Menggambarkan kejahilan Karpal untuk memahami struktur, roh dan semangat jaluran kepimpinan PAS terutama yang berkaitan dengan kedudukan Majlis Syura Ulama dan kedudukan golongan ulama itu sendiri yang dislogankan sebagai “Kepimpinan Ulama”; 

d. Karpal memandang remeh terhadap ketegasan pimpinan ulama seperti Prof Dato’ Haron Din, Datuk Harun Taib dan pimpinan ulama yang lain yang sanggup mempertahankan keputusan yang dibuat hingga ke akhir hayat; 

e. Kegagalan Karpal memahami citarasa dan hati budi ahli dan penyokong PAS dengan keimanan yang mekar subur di dada sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kesucian Islam. 

f. Menghina kebolehan,kemampuan dan sumbangan PAS dalam Pakatan Rakyat. PAS dikatakan menyumbang dalam peratusan satu pertiga daripada kekuatan Pakatan Rakyat. Sedangkan seperti yang diketahui PAS lah yang mempunyai tenaga jentera pilihanraya yang kuat yang boleh diagihkan bukan sahaja untuk kegunaan PAS, tetapi seperti yang berlaku dalam PRU ke 12 juga untuk PKR dan DAP. 

Atas kejahilan dan ketidakmampuan orang seperti Karpal Singh untuk memahami tuntutan Islam terhadap penganutnya,sampai kucing bertanduk pun tidak mungkin mereka boleh bersetuju dan akur dengan keputusan-keputusan yang dibuat oleh PAS.Selamanyalah Karpal dan orang-orang sepertinya akan memperlekeh dan memperleceh tindakan PAS dan selamanya jugalah sanggahan,bantahan dan penolakan yang kadang-kadang di luar rangka akhlak akan dilakukan oleh manusia-manusia seperti ini.Pastinya tidak akan wujud keharmonian dan kedamaian di antara ketiga-tiga parti dan keadaan ini akan mempengaruhi dan memberi kesan negatif kepada ahli dan penyokong masing-masing. Jalan yang masih terbuka untuk PAS tidak lain daripada meletakkan tanda noktah yang besar dan jelas terhadap penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat.Tanda noktah tersebut perlu diletakkan sekarang juga. Ramai mengatakan tidak ada gunanya lagi PAS menghabiskan masa untuk bereksperimen dengan rakan kongsi yang “hostile” terhadap apa yang diperjuangkan oleh Parti Islam itu.Menoleh 5 tahun ke belakang,hampir tidak ada satupun yang diusulkan oleh PAS diterima oleh DAP dan PKR.Sayangnya pimpinan PAS masih tidur lena sambil melayan mimpi untuk menawan Putrajaya. 

YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia TTDI, 
Kuala Lumpur 18 Februari 2013

RENUNG-RENUNGKAN 

Wednesday, January 30, 2013

HOT NEWS !!! PEMECATAN USTAZ NASHA !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!


Pemecatan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa oleh Majlis Syura Ulama PAS dibuat pada 13 Januari yang lalu.Berita mengenai pemecatan hanya diumumkan oleh Setiausaha Majlis Syura,Ustaz Nik Zawawi beberapa hari yang lalu.Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat.Jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan berbagai-bagai spekulasi boleh dibuat.Bagi saya pengumuman tentang pemecatan itu bertepatan dengan tarikh Lawatan Kemanusiaan YAB Perdana Menteri dengan Ustaz Nasharudin yang menjadi salah seorang ahli rombongan mempunyai muslihat tersendiri.Antaranya ialah untuk mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat mengenai isu Kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluarnya di pihak Pakatan.

Di satu pihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Karpal Singh cuba mengekalkan keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari yang membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam,sementara di pihak Majlis Syura Ulama PAS dengan sokongan padu oleh kumpulan ulama PAS tidak berganjak menolak penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari.Pertembungan yang nyata di antara keputusan Pakatan Rakyat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu begitu merisaukan pimpinan tertinggi Pakatan. Sementara itu ahli dan penyokong PAS di peringkat akar umbi kini mendesak supaya keputusan muktamad dibuat oleh Pakatan Rakyat.Kegagalan mengemukakan satu jawapan yang decisive akan mengakibatkan bencana terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti.Sebagai langkah “damage control” pemecatan Ustaz Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti diperingkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu aqidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan. 

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali 
29 Januari 2013

RENUNG-RENUNGKAN 

Friday, January 25, 2013

HOT NEWS !!! KALIMAH ALLAH !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!


Presiden Jalur Tiga (Jati),Datuk Hasan Ali mempertikaikan sikap Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berkeras dan mempertahankan keputusan mesyuarat majlis Pimpinan PR 8 Januari membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.Menurutnya,sikap Anwar itu bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Pas yang bermesyuarat pada 13 Januari.

 “Adakah ini pemimpin yang mahu dianggat sebagai ketua. Jika isu kalimah ALLAH pun tidak mampu ditangani dan diperjelaskan kepada rakan PR lain, inikan pula nak mentadbir negara.Adakah kita mahu memberi sokongan kepada pemimpin yang mengamalkan pluralisme agama dan LGBT (lesbian,biseksual,gay dan transeksual) untuk memerintah Malaysia,” katanya kepada media selepas menyertai forum sempena Maulidur Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda,Bukit Mertajam semalam. 

Menurutnya,media luar sudah mengangkat Anwar sebagai “penghulu” untuk menjayakan agenda pluralisme dan LGBT di negara ini dan maklumat mengenainya sudah tersebar luas di merata tempat.Sehubungan itu,rakyat negara ini perlu menolak fahaman ini dan pengamalnya agar akidah umat Islam tidak terus terpesong dengan amalan karut dan dimurkai Allah. 

“Kita kena tentang habis-habisan dakyah jahat ini.Kita kena fikir nasib anak cucu kita pada masa akan datang.Jika kita lalai, maka masa depan mereka akan dipenuhi dengan gejala yang menyimpang jauh dari ajaran Islam,” katanya. 

Hasan juga turut memuji pendirian Timbalan Mursyidul Am Pas,Datuk Harun Din yang konsisten sejak dua tahun lalu hingga hari ini yang berpendapat menyokong penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama lain atau menggantikannya dengan nama tuhan adalah satu perbuatan syirik.

RENUNG-RENUNGKAN 

Wednesday, January 09, 2013

HOT NEWS !!! PAS SETUJU ISU KALIMAH ALLAH DI GUNA OLEH AGAMA LAIN !!! DATUK DR HASAN ALI BELASAH PAS KAW-KAW !!!


Keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini memang telah dijangkakan.Kenyataan Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu dua hari yang lalu yang mengesahkan bahawa PAS bersetuju kalimah Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan di kalangan ketiga-tiga komponen parti gabungan Pakatan Rakyat.Lebih mendukacitakan keputusan yang dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghormati titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dengan membawa Isu kalimah Allah itu.Logiknya masalah ini terbeban kepada PAS disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Aqidah.Sikap PAS yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR.Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana PAS dapat mempertahankannya.Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam buan Ramadhan di Kedah membuktikan pandangan ini. 

Tindakan yang saya ambil semasa di amanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa PAS sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR. Dalam isu kalimah Allah yang menyentuh persolan pokok dalam Islam iaitu Aqidah menyerlahkan ketidakupayaan PAS mempertahankan dirinya. PAS terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama, Dato Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Dato Dr Haron Din, Ketua Penerangan, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu. Jelas kepada kita ulama dalam PAS semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan. Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam PAS. Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah halatuju PAS. Atas pengaruh mereka PAS telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama. Apa yang ada lagi kepada parti ini bila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberi penghormatan yang selayaknya.Saya berharap sejuta ahli PAS dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuah parti yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia 
TTDI KL 
8 Januari 2013

Sunday, January 06, 2013

ISU KALIMAH ALLAH !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH MAT SABU DAN PAS KAW-KAW !!!


Saya begitu terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap paparan beberapa portal yang menyentuh kenyataan Mat Sabu,Timbalan Presiden PAS mengenai kalimah Allah hari ini.Portal-portal berkenaan telah memetik kenyataan Mat Sabu bahawa PAS menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai pandangan rasmi Parti itu terhadap isu kalimah Allah.Pandangan PAS ini sekaligus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan Sambutan Krismasnya baru-baru ini.Seperti yang diketahui,hanya beberapa hari yang lalu pimpinan tertinggi PAS iaitu Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali,Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dr Rani Osman telah menjelaskan bahawa kalimah Allah hanya layak diguna oleh orang Islam sahaja.Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan “God” yang membawa makna tuhan.Pemakaian “god” untuk tuhan memang telah digunakan sejak awal tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Sebelum ini,waktu isu kalimah Allah hangat diperkatakan Timbalan Murshidul Am,Prof Datuk Harun Din telah membuat satu penegasan bahawa orang Islam yang mencadang dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam,mereka telah melakukan perbuatan syirik dan kufur.Ketua Dewan Ulamak PAS,Datuk Harun Taib juga dengan tegas melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah hak mutlak orang Islam dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk merujuk tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah Yang Maha Esa.Sukar bagi kita menggambarkan bagaimana bercelarunya ahli dan penyokong PAS dan masyarakat Islam di negara ini.Tak cukup dengan kekeliruan Amanat Hadi Awang ditambah pula dengan kecamukan pandangan pimpinan tertinggi Parti tersebut dalam isu yang sangat besar yang melibatkan aqidah Umat Islam. 

Jelas kepada kita bahawa pengaruh Anwarinas atau parasit begitu hebat.Apa sahaja permintaan DAP dan PKR seperti kalimah Allah diraikan sedemikian rupa.Sementara Presiden PAS yang setiap hari diasak untuk menarik balik Amanatnya pada tahun 1981 itu dibiarkan keseorangan. Sehingga kini tidak seorang pun pimpinan tertinggi PAS terutamanya kumpulan parasit yang tampil membela Presiden mereka. Pimpinan tertinggi PAS yang dikuasai golongan parasit dilihat sentiasa bersedia memberi laluan kepada apa sahaja tuntutan DAP dan PKR termasuk perkara-perkara yang melibatkan aqidah. Tidak syak lagi pendekatan akomodatif parasit-parasit itu bermotifkan politik demi meraih keuntungan politik. Ahli dan penyokong PAS mungkin sudah lama menyedari hakikat bahawa penguasaan parasit dalam PAS telah membawa satu budaya baru dalam parti itu.Kini penghormatan yang selama ini diberi kepada golongan ulama dalam parti itu sudah dicemari. Kesan budaya baru ini kepada keutuhan parti amat besar lantaran seperti yang diketahui,PAS masih mengekalkan slogan Kepimpinan Ulamanya. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI 
TTDI, KL
4 JANUARI 2013

Tuesday, December 18, 2012

HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBELASAH DAP KAW-KAW !!!


Tentunya ahli dan penyokong DAP begitu berpuas hati dengan senarai kepimpinan DAP yang telah dipilih di dalam Kongres DAP Kebangsaan Ke 16 hujung minggu yang lalu.Nama-nama besar pimpinan DAP,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan Karpal Singh masing-masing menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pemilihan tersebut.Pimpinan Melayu DAP yang meletakkan 8 orang calon kesemuanya tewas dengan memperolehi undi rata-ratanya secara relatif begitu kecil.Undi tertinggi sebanyak 348 diperolehi oleh Senator Dr Arifin Omar.Beliau menduduki tempat ke 37 daripada jumlah 63 calon yang bertanding.Selain daripada itu pemilihan yang dibuat seolah-olah terus mengesahkan wujudnya unsur-unsur pertalian kekeluargaan terutamanya dua dinasti,Lim Kit Siang dan Karpal Singh.Satu perkara yang menarik dalam ucapannya selaku Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dengan lantang menyatakan hasrat DAP untuk menambah kerusi yang ditandingi oleh mereka sebanyak 13 kerusi (10 DUN dan 3 Parlimen) di Semenanjung Malaysia. Jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP untuk Sabah dan Sarawak dikatakan akan dimasukkan dalam jadual perkiraan yang lain pula. Jika dilihat dengan lebih teliti pemilihan yang telah dilakukan, beberapa perkara dapat diberikan ulasan lanjut. 

Pertama,para perwakilan yang secara teknikalnya mewakili ahli-ahli DAP sebulat suara menyokong kepimpinan ketiga-tiga tokoh utama DAP tersebut.Ini menandakan mereka sebulat suara menyokong senarai 30 tuntutan DAP yang telah pun dipaparkan dalam berbagai alat media dan sudah tidak merupakan satu rahsia lagi. Kedua, ahli dan penyokong DAP melalui perwakilan mereka menyokong penuh pendirian ketiga-tiga pimpinan utama tersebut yang menentang habis-habisan pelaksanaan Hudud dan Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak dari awal penubuhan Parti Islam itu.Ketiga, ahli dan penyokong DAP begitu ghairah untuk melihat falsafah “Malaysian Malaysia” dilaksanakan. Falsafah “sama rata, sama rasa” ini jika dilaksanakan akan memerlukan berlakunya perubahan struktural yang belum pernah dilakukan dalam negara ini. Sebahagiannya melangkaui kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama.Keempat,amat jelas dan tidak dapat diselindung lagi hasrat DAP untuk menjadi parti peneraju di dalam Pakatan Rakyat. 

Melihat kepada darjah nafsu besar DAP berhubung dengan bilangan kerusi yang akan ditandingi menggambarkan azam yang semakin membara untuk menjadi nakhoda bahtera Pakatan Rakyat. Sekali imbas pemilihan barisan pucuk pimpinan DAP yang baru sahaja berlalu itu boleh dianggap sebagai satu proses penerusan yang natural. Tetapi di satu segi yang lain, pengekalan pucuk pimpinan dalam pemilihan tersebut boleh memberi impak yang besar kepada proses “nation building” di negara ini jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 yang akan datang. Mungkin ada yang bersetuju jika dikatakan DAP sudah menghampiri puncak meraih kekuatan untuk menjadi peneraju utama di dalam percaturan politik di negara ini setidak-tidaknya di kalangan tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Tindakan DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa juga langkah yang diambil oleh PAS termasuk di negeri-negeri yang ditadbirnya, Kedah dan Kelantan menggambarkan sifat “superiority” yang mula bertapak dalam pemikiran pimpinan DAP. PAS sering surut ke belakang, mengalah dan dalam semua keadaan sering hilang punca bila berhadapan dengan asakan-asakan pimpinan utama DAP. Isu pendandan rambut wanita di Kelantan, isu papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang Ramadhan di Kedah adalah di antara isu yang boleh dikatakan remeh namun PAS terpaksa mengalah dan terus mengangkat bendera putih. 

Apakah masyarakat Melayu Islam melihat PAS mempunyai kekuatan fizikal dan mental serta spiritual untuk menghilangkan kegerunan menghadapi pimpinan DAP untuk terus melaksanakan Hudud dan Negara Islam seperti yang mereka janjikan? Inilah diantara soalan yang perlu dijawab oleh pimpinan tertinggi Parti Islam itu. Pemilihan pucuk pimpinan DAP boleh dikaitkan dengan hubungan parti itu dengan PKR. Dalam banyak hal, DAP lebih serasi dengan PKR terutama yang berkaitan dengan fahaman liberalisme barat yang kedua-dua parti tersebut dilihat saling melengkapi.Fahaman pluralisme dan liberalisme agama, faham sekularisme, LGBT, prinsip hak asasi manusia, persoalan moral dan akhlak juga merupakan di antara unsur di mana terdapat keserasian di antara dua parti tersebut.Jika keserasian DAP dan PKR ini berterusan, tambahan pula dengan semangat juang yang semakin meningkat hasil daripada pemilihan yang baru itu, beban PAS dalam Pakatan Rakyat dilihat semakin berat. 

Beban pertama,DAP dan PKR itu sendiri dan beban kedua menghadapi UMNO musuh tradisi mereka.Jika isu pemilihan pimpinan DAP ini terus dianalisa dengan lebih mendalam,adalah didapati bahawa pemilihan pucuk pimpinan baru DAP tersebut akan memberi kesan yang yang sangat tidak memberangsangkan kepada PAS terutamanya. PAS akan terus terperangkap akibat daripada tindak tanduknya sendiri. PAS dikatakan akan terus dibuli oleh DAP terutamanya bahkan juga PKR akibat mainan politik dan pengaruh manusia-manusia parasit dalam PAS.Umum mengetahui,PAS dikawal secara jarak dekat dan jarak jauh oleh Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan beliau dapat menduduki kerusi Perdana Menteri.Mungkin penerusan pimpinan utama DAP akan membantu Anwar Ibrahim mencapai hasratnya untuk menduduki takhta Ketua Eksekutif negara ini. Penegasan semula DAP bahawa Anwar Ibrahim bukannya Hadi Awang yang berhak bergelar Perdana Menteri menjadikan PKR dan DAP berada di satu sudut dan PAS bersendirian di satu sudut yang lain. Apa pun yang menjadi Lebai Malang ialah PAS. Waktu air surut dia melepas, waktu air pasang pun dia melepas. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI

Sunday, December 16, 2012

HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBELASAH PAS SELANGOR BERKENAAN SULTAN KAW-KAW !!!


Masyarakat tidak terperanjat dengan tindakan ahli-ahli politik seperti Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang terang-terang memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang diterbitkan dalam Mingguan Malaysia minggu lalu. Baginda Sultan dikatakan membenci Umno dan begitu tidak selesa kalau terdapat mana-mana pihak mengaitkan Baginda dengan mana-mana parti politik termasuk Umno. Dr Rani Osman selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah dengan sengaja atas kepentingan politik memutarbelitkan kenyataan Baginda itu. Beliau seolah-olah menyokong kuat kenyataan bahawa Baginda benci bila pengamal media termasuk media baru cuba menggambarkan bahawa Baginda mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan sentiasa menyebelahi parti itu.Hal ini menjadikan baginda tidak lagi objektif sebagai seorang Sulltan yang sepatutnya berada di atas politik.Manipulasi yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS itu jelas menunjukkan bahawa Parti Islam yang sedang tersepit dengan berbagai isu besar seperti pengguguran hudud dan negara Islam dalam perjuangannya,kes kebebasan beragama Nurul Izzah,isu remeh tetapi mempunyai kaitan langsung dengan kemampuan dan kebolehan PAS melaksanakan peraturan-peraturan Islam seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu,isu papan iklan di Kedah dan respons yang diberikan pimpinan tertinggi parti PAS terhadap berbagai penghinaan yang dibuat oleh pimpinan DAP terhadap Islam. 

 Untuk menutup isu-isu ini, sebenarnya pimpinan PAS sedang menunggu-nunggu masa dan ketika untuk memanipulasi sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh musuh-musuh politik mereka. Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah mengambil tindakan lebih jauh dari itu hingga sanggup memanipulasi kenyataan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk tujuan meraih sokongan dan mendapat laba politik. Kenyataan Dr Rani tidak lebih daripada politik murahan yang cuba membuat satu persepsi bahawa Sultan lebih condong kepada PAS. Sedangkan seperti yang diketahui umum Sultan Selangor adalah antara sultan yang begitu teliti dalam mengeluarkan kenyataan mengenai isu agama, bangsa dan adat istiadat Melayu. Biasanya Baginda akan mendapatkan pandangan pakar-pakar yang ahli dalam bidang-bidang tertentu untuk menambah pandangan dan pendapat selain daripada yang lazimnya diberi oleh penjawat awam. Ada baiknya jika Dr Rani melihat sendiri beberapa penulis blog yang mempunyai kepentingan peribadi dan memegang fahaman politik sempit menyebarkan beberapa fitnah dengan bahasa-bahasa yang keji dan lucah terhadap Baginda Sulltan. Sebahagian daripada mereka dikatakan mewakili PAS dan pandangan serta pendapat mereka sehingga ini masih belum ditangani dengan sebaik-baiknya. Jika beliau dapat menangani masalah ini dirasakan beliau akan lebih berperanan untuk mengharmonikan tampuk pemerintahan Selangor daripada merekayasa perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat dan mengeruhkan hubungan di antara rakyat dan istana. Dr Rani Osman juga dilaporkan dalam saluran media parti itu yang secara rambang menuduh MAIS, JAIS dan SUK menjadi talibarut Umno.Nasihat-nasihat yang diberikan kepada Baginda Sultan dikatakan ‘bias’ kepada Umno. Pandangan curang seperti ini memang sudah diulang-ulang buat sekian kalinya oleh pimpinan tertinggi PAS khasnya di Selangor.Dalam kes DUMC sebagai contoh pimpinan PAS telah membuat tuduhan rambang dengan mengatakan bahawa tindakan JAIS dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi MAIS telah dipengaruhi oleh Umno. Akhirnya terbukti sama sekali tidak ada kebenarannya. Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa sememangnya terdapat unsur fitnah dalam pertuduhan tersebut. Mereka juga menuduh Duli Yang Maha Mulia Sultan juga terlibat seolah-olah wujud konspirasi yang didalangi oleh Umno. Taktik yang cuba dibawa oleh PAS bahawa segala-galanya berpunca daripada Umno tidak syak lagi merupakan taktik politik murahan dan desparate. Mungkin rakyat dapat membaca bahawa sebenarnya taktik sedemikian bukan lahir daripada batang tubuh PAS tetapi adalah jangkitan kuman daripada seorang manusia yang sanggup mengguna dan menggadaikan apa sahaja semata-mata untuk mencapai matlamat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apapun rakyat sudah dapat membaca lebih awal dan taktik sedemikian sudah tidak laku lagi. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
 Presiden JATI 
15 November 2012

ISU SALON KELANTAN !!! DATUK DR HASAN ALI BELASAH PAS KAW-KAW !!!


Sekali lagi PAS diuji dan buat ke sekian kalinya juga PAS diaibkan dan tewas dalam ujian tersebut. Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Kerajaan Negeri Kelantan yang melarang wanita menggunting rambut lelaki termasuk di kalangan bukan Islam di salun gunting rambut adalah dilihat mempunyai roh perundangan Islam dan secara jelasnya adalah selari dengan dasar perjuangan PAS yang diperjuangkan selama ini.Oleh itu keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan undang-undang tersebut termasuk membatalkan saman yang dikeluarkan adalah langkah dayus yang hanya menunjukkan kegagalan PAS mempertahankan prinsip perjuangannya yang dilaungkan selama ini.Keputusan ini juga memperlihatkan betapa lemahnya PAS apabila berhadapan dengan desakan rakan sekutu mereka di dalam Pakatan terutamanya DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja undang-undang yang ada kaitannya dengan Islam.

 Kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai PAS akhirnya terpaksa tunduk dan akur dengan kemahuan DAP, PKR dan pimpinan parasit di dalam PAS yang tidak ingin melihat perlaksanaan undang-undang seperti itu bakal menjadi batu penghalang kepada perjalanan mereka ke Putrajaya. Kerana kuasa, apa juga halangan mesti dirempuh, hatta melibatkan maruah Islam. Lalu dimanakah untungnya PAS dan di mana untungnya Islam seperti yang dilaungkan oleh pimpinan tertinggi mereka? Sepatutnya kesempatan inilah yang perlu digunakan oleh Pas untuk mendidik masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam terhadap keindahan hukum Islam berdasarkan rasional dan nas yang terdapat di sebalik undang-undang kecil tersebut. Akhirnya masyarakat dapat menyimpulkan bahawa prinsip perjuangan asal PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam dan menegakkan Negara Islam semakin jauh ditenggelamkan oleh kerakusan dan keinginan mendalam untuk berkuasa di Putrajaya. Jika sekiranya undang-undang yang terpencil dan remeh seperti itupun tidak mampu dipertahankan, apatah lagi untuk melaksanakan hudud dan perundangan Islam yang syumul. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI  
Presiden JATI 
15 November, 2012

Tuesday, December 04, 2012

HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBELASAH DAP KAW-KAW !!!


Isu berkaitan dengan penggunting/pendandan rambut wanita tidak dibenarkan memotong/mendandan rambut lelaki termasuk yang bukan Islam telah diulas beberapa hari yang lalu. Perkembangan terkini terhadap isu itu menjadikan ianya perlu diberikan satu ulasan yang lain supaya masyarakat dapat melihat isu ini dari perspektif yang lebih seimbang.Seperti yang telah diulaskan,tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh MPKB sudah berlanjutan buat sekian lamanya sejak 1991.Sebahagian daripada pengusaha kedai salon telah diberi kompaun beberapa kali namun mereka meneruskan perniagaan seperti biasa.Hanya yang terakhir apabila Pengerusi DAP Karpal Singh campurtangan menyebabkan isu ini tertonjol dan menjadi hangat. Amaran dan gesaan Karpal Singh mengenai isu ini menyebabkan Jawatankuasa PAS Pusat secara tergesa-gesa mengambil tindakan meminta MPKB mengkaji semula tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh mereka. 

Dalam keadaan biasa “mengkaji semula” selalunya membawa implikasi membatalkan atau menarik balik sesuatu tindakan yang telah diambil.Apa yang hendak ditimbulkan disini bukan soal penguatkuasaan peraturan seperti yang terdapat dalam enakmen yang telah berkuatkuasa sejak sekian lamanya. Tetapi lebih kepada soal tentangan dan halangan terhadap peraturan itu yang datangnya daripada DAP rakan politik PAS dalam Pakatan Rakyat.Sebenarnya peraturan yang dikuatkuasakan oleh MPKB itu bukan merupakan peraturan yang termasuk dalam peraturan/enakmen yang berkait langsung dengan Islam.Hanya ada tergambar roh Islam dalam peraturan yang telah dilaksanakan. Peraturan sedemikian buat sekelian lamanya terutama dalam konteks Kelantan dikatakan tidak menimbulkan masalah dan tidak pernah menjadi satu isu yang digembar gemburkan. Tindakan Karpal Singh menggambarkan bahawa DAP tidak sekali-kali bersedia menerima apa sahaja peraturan yang berbaur, berwarna atau mempunyai roh Islam. Jelas kelihatan betapa antinya DAP terhadap Islam sehingga hal-hal yang diterima baik oleh rakyat dari segi akhlaknya disanggah dan dinafikan kebaikannya semata-mata kerana terdapat unsur-unsur atau nilai-nilai keIslaman didalamnya. Setengah pihak menganggap dalam hal yang dikatakan remeh seperti ini pun tidak dapat diterima baik oleh DAP apa lagi dalam hal-hal besar seperti melaksanakan Hudud dan Negara Islam yang PAS berjanji akan merealisasikannya apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. 

Masyarakat Islam samada yang menjadi ahli atau penyokong PAS atau tidak sudah tentu merasa terhina dengan tindakan biadap DAP yang sering menggunakan Karpal Singh, Pengerusi parti itu menjadi jurucakap anti Islam mereka.Masyarakat Islam juga merasa amat kecewa dengan pimpinan tertinggi PAS yang kelihatan menggelabah bila disergah oleh Karpal Singh. Tanpa berfikir panjang dan menilai implikasi bentuk tindakan yang akan diambil pimpinan tertinggi PAS dilihat terus mundur kebelakang. Mereka akur dengan kemahuan dan niat jahat terhadap Islam yang menjadi amalan parti rasis, cauvanis dan anti Islam itu.Dari pandangan kasar bersandarkan kepada beberapa rentetan isu, masyarakat Islam harus berfikir panjang samada patut memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat atau sebaliknya mencari satu alternatif dan kaedah baru yang memungkinkan mereka dan generasi pengganti melihat Islam dimartabat dan diagungkan. 

 Datuk Dr Hasan Ali Presiden Jalur Tiga (Jati)

RENUNG-RENUNGKAN 

Monday, November 19, 2012

HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBERI NASIHAT DAN MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!


Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini,kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.Justeru,beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan,bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan,rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang. 

"Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu,agama Islam di bumi Malaysia.Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang,memenangkan mereka ???," katanya pada ceramah perdana di Kampung Suluk,Teluk Kumbar. 

Hasan yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata negara memerlukan sokongan daripada rakyat untuk turut serta menggerakkan jentera dalam usaha menggagalkan hasrat pakatan pembangkang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.Beliau berkata kajian menunjukkan penganjuran ceramah seumpamanya yang berterusan dilihat mampu menyampaikan mesej kepada rakyat sekaligus memberikan impak kepada pola pengundian rakyat pada PRU-13 akan datang.Dalam perkembangan lain,Hasan mengkritik kepimpinan tertinggi PAS yang tidak membincangkan isu kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama,pada Muktamar Tahunan PAS ke-58.

 "...saya sedih dalam Muktamar PAS yang menghimpunkan pimpinan hampir 2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang (nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul Izzah...Parti Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?," katanya.

Tuesday, November 06, 2012

HOT NEWS !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH NURUL IZZAH KAW-KAW !!!


Saya tersentak membaca laporan dalamana YB Nurul Izzah Anwar,Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang.Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius.Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah,syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.JATI,Yayasan Murni Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam.Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan.

Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri.Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya.Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas.Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini. Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT.Beliau dikatakan menerima LGBT.Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi. Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim. Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada “reservation” mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti DSAI.Sekiranya DSAI boleh mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini.Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang sepatutnya menjuarai isu aqidah,syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan DSAI. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan. Saya ingin mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam terutamanya.Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air yang keruh. Kita ingin melihat pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu.Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang mereka sama-sama perjuangkan? 

Pejabat Operasi Jati 153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,Taman Tun Dr Ismail
5 November 2012

ANDA INGIN MELIHAT PETUNJUK DARI ALLAH ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

Thursday, September 27, 2012

HOT NEWS !!! HASAN ALI MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KERANA MENGHINA ISLAM !!!


Presiden JATI,Datuk Dr Hasan Ali berkata kenyataan Ketua pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa umat Islam mempunyai ‘masalah jiwa’ dalam media Britain,The Scotsman,dua hari lalu sebagai satu penghinaan. 

“Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam.Sebenarnya dialah (Anwar) yang sedang mengalami masalah jiwa,” kata Hasan dalam sidang media hari ini seperti dilaporkan The Malaysia Insider.Hasan mengulas rencana wartawan The Scotsman,Eddie Barnes bertajuk, “Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia” yang melapor, “Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu masalah jiwa umat Islam..mudah marah dan beremosi.”

  Rencana itu juga turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com.Hasan berkata kenyataan Anwar yang bersifat penghinaan terhadap umat Islam sebagai cerminan jiwa Ketua Pembangkang itu sendiri.“Rakyat Malaysia faham tentang tekanan emosi yang sedia beliau hadapi berikutan dengan beberapa kes melibatkan moral beliau,” katanya.

'Pada pendapat saya, kenyataan Anwar ini dilihat sama dari segi nada dan pengertiannya dengan apa yang disebutkan oleh Ngeh,”katanya sambil menggesa para ulama untuk menyatakan pendirian terhadap isu tersebut. Selain itu, beliau juga turut menyeru orang ramai menilai sejauh mana kenyataan Anwar itu menjejaskan aqidah seseorang muslim atau tidak.Justeru,Hasan menggesa Anwar memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan bertanggungjawab terhadap kenyataannya itu.

Thursday, September 20, 2012

FILEM MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW !!! JATI SOKONG DEMONSTRASI BERSAMA PEMUDA UMNO DAN PAS !!!



JATI menyambut baik inisiatif yang di ambil oleh Pemuda UMNO dan Pemuda PAS untuk mengadakan demontrasi raksasa pada hari Jumaat 21 September 2012 ini. JATI menganggap tindakan ini amat wajar dan berbangga dengan komitmen dan keterlibatan golongan muda untuk mempertahankan maruah dan kesucian Islam.Sebagai Presiden JATI saya menyeru supaya semua ahli JATI dan para penyokongnya untuk turut sama melibatkan diri dalam demontrasi tersebut.

InsyaAllah saya sendiri bersama dengan barisan kepimpinan tertinggi JATI akan bersama-sama dengan umat Islam seluruhnya memberitahu dunia betapa tersinggungnya kita akibat daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab mencela, menghina dan menjatuhkan maruah Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Bagi kita bukan setakat berdemontrasi tetapi demi Islam, jiwa raga kita pun dihalalkan semata mata untuk menentukan Islam sentiasa berada dikemuncak kehidupan Muslim.

Melalui ruang ini saya mengajak rakan-rakan NGO dan seluruh umat Islam di negara ini untuk sama-sama bangkit menzahirkan bantahan kita terhadap mana-mana pihak dalam dan luar negara yang berterusan menghina dan mencabar status Islam yang paling agung di sisi Allah SWT.Seperti dimaklumi tindakan mempertahankan maruah Islam merupakan satu jihad yang memerlukan pengorbanan dikalangan umat Islam tanpa mengira latarbelakang ideologi politik dan kedudukan dalam masyarakat. Inilah sunnah peninggalan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan langkah kecil yang di ambil ini melakar satu sejarah untuk diteladani oleh generasi muslim yang akan datang.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
19 September 2012

Wednesday, August 15, 2012

HOT VIDEO !!! HASAN ALI MEMBELASAH PAS BERKAITAN ISU HUDUD DAN ISLAM !!!


Pendirian PAS yang dilihat semakin lemah dalam memperjuangkan Islam termasuk hukum hudud adalah menyedihkan,kata bekas Naib Presidennya,Datuk Dr Hasan Ali.anda nak lihat apa lagi yang Datuk Dr Hasan Ali kata ??? jom lihat video di bawah



NAK LAGI ???



RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, July 31, 2012

HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI BONGKAR ISU HUDUD DAN PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA !!!


1. ISU HUDUD

Sekali lagi isu mengenai Negara Islam dan perlaksanaan Hudud ditimbulkan dan mendapat liputan media.Dalam debat bersama Ustaz Fathul Bari,Ketua Dewan Pemuda PAS,Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu bahawa Karpal Singh dan DAP telah menunjukkan sifat berlembut,mula memahami hasrat menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.Tetapi observasi itu disanggah keras oleh Karpal Singh dengan menempelak Ustaz Nasrudin yang dianggapnya sebagai pimpinan muda dalam ranking yang agak rendah dalam hirarki kepimpinan PAS.Karpal mengulang beberapa kali bahawa beliau dan DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS itu di mana PAS sememangnya telah menggugurkan sama sekali hasratnya untuk menubuh Negara Islam dan melaksnakan Hudud seperti yang di dakwa oleh Karpal dalam Muktamar PAS tahun lalu.

Pemerhati politik ragu dengan dakwaan Karpal tersebut. Mana mungkin PAS meninggalkan terus Negara Islamnya sebaliknya menganjurkan perlaksanaan negara berkebajikan.Mursyidul Am PAS nampaknya terus bertekad untuk melaksanakan Hudud di negeri Kelantan. Seperti yang diketahui,Karpal dan DAP juga menyanggah saranan tersebut.Terakhir Mursyidul Am PAS terus menyuarakan perkara yang sama.Persoalannya ialah,benarkah dakwaan Karpal Singh bahawa PAS telah sama sekali menggugurkan hasratnya untuk menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.Kedua-dua perkara ini sememangnya menjadi tonggak perjuangan PAS sejak parti Islam itu ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu.PKR juga kelihatan konsisten tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Ketua Penerangan PKR,Dr Muhammad Nur Manuty menegaskan baru-baru ini bahawa perlaksanaan hudud tidak terdapat dalam Buku Jingga yang menjadi asas persetujuan bersama Pakatan Rakyat.Begitu juga,Ketua Angkatan Muda PKR,Shamsul Iskandar secara terbuka bersetuju dengan pandangan Karpal Singh dan DAP yang tidak bersetuju dengan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud oleh PAS.Saya berpendapat pimpinan tertinggi PAS perlu menjelaskan :

a) Sama ada apa yang didakwa oleh DAP itu benar-benar menggambarkan apa yang telah diputuskan dalam muktamar tahun lalu iaitu PAS tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan perlaksanaan hudud;

b) Adakah benar negara berkebajikan sememangnya menjadi pengganti kepada negara Islam dan seterusnya akan menjadi agenda utama perjuangan PAS;

c) Adakah benar tindakan PAS menggugurkan agenda Negara Islam dan perlaksanaan Hudud itu telah diputuskan dengan persetujuan DAP dan PKR

Sebelum kita mendapat jawapan yang pasti daripada pimpinan tertinggi PAS,setakat apa yang dipaparkan di dalam media,jelas kelihatan bahawa pimpinan PAS tidak kira kedudukan mereka,tidak diizinkan sama sekali menimbulkan isu negara Islam dan perlaksanaan Hudud.Negara Islam dan Hudud,daripada muktamar yang lalu sudah menjadi taboo dan digantikan dengan negara berkebajikan yang beroperasi dalam kerangka negara sekular.Jika ini berlaku,saya amat khuatir Malaysia akan menjadi negara sekular yang memberi ruang luas kepada fahaman liberalisme, anti agama, suburnya budaya hedonisme dan terurainya sebarang ikatan agama dalam proses pembangunan negara dan umat.Saya tidak dapat menggambarkan ketika inipun masyarakat sudah konfius dan hilang arah tuju serta jatidiri.Bayangkan apa akan terjadi sekiranya Malaysia menjadi negara yang sekular di bawah telunjuk DAP dan PKR.

Sehingga ini,tidak banyak respon daripada pimpinan PAS mengenai isu terbaru ini. Golongan parasit terus membisu.Tidak ada seorangpun di antara mereka,pemuda,muslimat atau pimpinan pusat yang tampil ke hadapan sekurang-kurangnya memberi sokongan moral kepada Ketua Dewan Pemuda PAS yang digasak oleh pengerusi DAP.Begitulah longgarnya ukhuwwah di kalangan pimpinan tertinggi parti Islam itu. Itulah juga bahananya ahli PAS memilih barisan pimpinan dari kalangan parasit-parasit yang kepala mereka hanya terbayang Putrajaya sahaja.Ini jugalah harga yang perlu dibayar oleh ahli dan penyokong parti Islam itu. Harga ini bertambah mahal sekiranya keputusan PRU ke-13 menyebelahi Pakatan Rakyat.

2. ISU KENYATAAN AKHBAR PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA

Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia pada 18 Julai 2012 berkaitan PRU ke-13 atas tajuk “UNDILAH DENGAN BIJAK. UNDI SUPAYA NEGARA MALAYSIA LEBIH CEMERLANG”.

Pada umumnya saya tidak ada banyak masalah dengan prinsip-prinsip bernegara seperti yang digariskan dalam kenyataan akhbar tersebut.Kenyataan tersebut merujuk kepada hasrat mana-mana rakyat dalam mana-mana negara di dalam dunia ini untuk mendapatkan pimpinan negara yang dapat melaksanakan prinsip-prinsip keadilan, ketelusan serta menghormati hak asasi rakyat.Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa keutamaan yang digariskan sebagai visi yang seharusnya dijadikan panduan dalam nation building.Prinsip akhir yang disarankan merujuk kepada kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang batasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.Prinsip ini walaupun diletakkan di akhir daripada 8 prinsip, namun bagi saya inilah satu-satunya tuntutan yang sifatnya keterlaluan dan di luar daripada lingkungan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sebelum kemerdekaan.

Saya beranggapan tuntutan sedemikian bukan sahaja bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi lebih daripada itu ia akan merungkai asas-asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang semuanya inginkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan seperti yang telah sama-sama dinikmati hingga setakat ini.Tuntutan sedemikian akan membuka lebih banyak lagi ruang-ruang tuntutan yang mungkin tidak munasabah yang akhirnya akan menghasilkan kekacauan, kehuru-haraan dan ketidakstabilan.Peristiwa hitam yang pernah berlaku mungkin akan berulang lagi.Oleh kerana perkara ini melibatkan kuasa memilih di dalam PRU ke 13 nanti, saya ingin melontarkan soalan berikut :

a) Adakah Persekutuan Kristian Malaysia menganggap bahawa kerajaan yang ada tidak mampu memenuhi tuntutan mereka; atau

b) Adakah yang dimaksudkan bahawa Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk melaksanakan tuntutan yang diutarakan.

Saya juga ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan Kristian Malaysia, adakah pihak Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu.Sekiranya itulah yang akan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat maka saya ingin mengajukan satu lagi pertanyaan : adakah PAS juga sebagai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat bersetuju untuk melaksanakan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu yang antara implikasinya ialah pindaan perlembagaan yang akan mengakibatkan keadaan huru hara, ketidakstabilan dan menggugat keutuhan Islam sebagai agama Persekutuan.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
Kelab Sultan Sulaiman
Kg Bharu, KL

28 Julai, 2012
 
 
Blogger Templates