Social Icons

Pages

Friday, January 25, 2013

HOT NEWS !!! KALIMAH ALLAH !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!


Presiden Jalur Tiga (Jati),Datuk Hasan Ali mempertikaikan sikap Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berkeras dan mempertahankan keputusan mesyuarat majlis Pimpinan PR 8 Januari membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.Menurutnya,sikap Anwar itu bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Pas yang bermesyuarat pada 13 Januari.

 “Adakah ini pemimpin yang mahu dianggat sebagai ketua. Jika isu kalimah ALLAH pun tidak mampu ditangani dan diperjelaskan kepada rakan PR lain, inikan pula nak mentadbir negara.Adakah kita mahu memberi sokongan kepada pemimpin yang mengamalkan pluralisme agama dan LGBT (lesbian,biseksual,gay dan transeksual) untuk memerintah Malaysia,” katanya kepada media selepas menyertai forum sempena Maulidur Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda,Bukit Mertajam semalam. 

Menurutnya,media luar sudah mengangkat Anwar sebagai “penghulu” untuk menjayakan agenda pluralisme dan LGBT di negara ini dan maklumat mengenainya sudah tersebar luas di merata tempat.Sehubungan itu,rakyat negara ini perlu menolak fahaman ini dan pengamalnya agar akidah umat Islam tidak terus terpesong dengan amalan karut dan dimurkai Allah. 

“Kita kena tentang habis-habisan dakyah jahat ini.Kita kena fikir nasib anak cucu kita pada masa akan datang.Jika kita lalai, maka masa depan mereka akan dipenuhi dengan gejala yang menyimpang jauh dari ajaran Islam,” katanya. 

Hasan juga turut memuji pendirian Timbalan Mursyidul Am Pas,Datuk Harun Din yang konsisten sejak dua tahun lalu hingga hari ini yang berpendapat menyokong penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama lain atau menggantikannya dengan nama tuhan adalah satu perbuatan syirik.

RENUNG-RENUNGKAN 

3 comments:

Anonymous said...

Anuwar nak PAS pecah belah supaya banyak lagi kerusi PRU13 dia sapu.

Keputusan Majlis Shoru PAS itu yang tidak membenarkan nama Allah di gunakan walaupun sebahagian besar Ahli Majlis Shura telah kafir atau hampir kafir hanyalah semata mata kerana mengelakkan Harun Din keluar meninggalkan PAS.

Kalau Harun Din mahu selamat di akhirat dia mesti tidak bersubahat dengan menggadai nama Allah.

Sekiranya Hasan Ali dan Harun Din berduet dalam kempen PRU13 jahanamlah PAS kerana kedua dua itu tetap di jalan Allah walau apa pun terjadi.

Bila PAS lemah ianya menjadi alasan untuk PKR untuk mengambil alih kerusi yang di idamkan selama ini dalam PRU13.

Rancangan bunuh membunuh sekumpulan serigala sudah bermula.

Anonymous said...

KALAU PAS LEMAH ATAU KELUAR DARI PAKATAN PKR JANGAN MIMPI UNTUK MENANG BESAR.

SELAMA NI PUN JENTERA YG PALING KUAT BERKERJA UNTUK PKR IALAH JENTERA PAS.

KALAU PAS KELUAR PAKATAN SERTA BERTANDING BERSEBDIRIAN ANWARLAH ORANG YG TAK TIDUR MALAM SEHINGGA PRU 13.

YG PASTI JIKA PAS KELUAR PR, SEPARUH JENTERANYA PKR LUMPUH.

Anonymous said...

PAS jangan keluar dari PR kerana tindakan ini akan membuat Hadi Awang meroyan nak jadi PM nanti.
PAS jangan keluar dari PR kerana Rakyat Malaysia ingin lihat Pemimpin PAS mempolitikkan Islam.
PAS jangan keluar dari PR kerana Pemimpin PAS belum cukup power melembukan pengikutnya.
PAS jangan keluar dari PR kerana belum cukup luas tanah dijual kepada Cina Lakhnat.
PAS jangan keluar dari PR kerana Mat Sabu belum cukup Komunis

 
 
Blogger Templates