Social Icons

Pages

Thursday, September 27, 2012

HOT NEWS !!! HASAN ALI MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KERANA MENGHINA ISLAM !!!


Presiden JATI,Datuk Dr Hasan Ali berkata kenyataan Ketua pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa umat Islam mempunyai ‘masalah jiwa’ dalam media Britain,The Scotsman,dua hari lalu sebagai satu penghinaan. 

“Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam.Sebenarnya dialah (Anwar) yang sedang mengalami masalah jiwa,” kata Hasan dalam sidang media hari ini seperti dilaporkan The Malaysia Insider.Hasan mengulas rencana wartawan The Scotsman,Eddie Barnes bertajuk, “Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia” yang melapor, “Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu masalah jiwa umat Islam..mudah marah dan beremosi.”

  Rencana itu juga turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com.Hasan berkata kenyataan Anwar yang bersifat penghinaan terhadap umat Islam sebagai cerminan jiwa Ketua Pembangkang itu sendiri.“Rakyat Malaysia faham tentang tekanan emosi yang sedia beliau hadapi berikutan dengan beberapa kes melibatkan moral beliau,” katanya.

'Pada pendapat saya, kenyataan Anwar ini dilihat sama dari segi nada dan pengertiannya dengan apa yang disebutkan oleh Ngeh,”katanya sambil menggesa para ulama untuk menyatakan pendirian terhadap isu tersebut. Selain itu, beliau juga turut menyeru orang ramai menilai sejauh mana kenyataan Anwar itu menjejaskan aqidah seseorang muslim atau tidak.Justeru,Hasan menggesa Anwar memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan bertanggungjawab terhadap kenyataannya itu.

1 comment:

Unknown said...

Rupa rupanya Anwar menganggap beribu penyokong PAS yang mengadakan bantahan aman dikedutaan Amerika kerana penayangan filem pendek 'Innocent of Muslim' baru baru ini sebagai orang orang yang menghadapi masalah jiwa.Patutlah PKR tidak menyertai pendemo pendemo yang mereka anggap ada masalah 'mental' ini. Ini lah yang kelihatan pendirian Anwar terhadap Islam sekarang,Ketua Umum PKR dan bekas penaraju ABIM dan sekarang rakan gabungan utama PAS dalam PR.Biarkan sahaja agama Islam dihina dan diperlekeh. Biarkan sahaja nabi Muhammad dipersenda dan dicemuh. Jangan bertindak apa apa. Jangan ikut emosi kalau tidak mahu dianggap sebagai orang yang ada masalah 'jiwa'. Lain kali kalau ada lagi penghinaan terhadap agama Islam dan nabi Mumammad SAW, atau karikatur nabi disiarkan diakhbar atau dibillboard besar diKL atau dimana mana bandar utama dinegara ini, umat Islam dalam PR jangan buat apa apa.Jangan buat demo. Jangan marah dan jangan ikut emosi.Penyokong PAS dan Ulama serta seluruh umat Islam diMalaysia tidak terlepas dari pandangan Anwar ini.

 
 
Blogger Templates