Social Icons

Pages

Sunday, December 16, 2012

ISU SALON KELANTAN !!! DATUK DR HASAN ALI BELASAH PAS KAW-KAW !!!


Sekali lagi PAS diuji dan buat ke sekian kalinya juga PAS diaibkan dan tewas dalam ujian tersebut. Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Kerajaan Negeri Kelantan yang melarang wanita menggunting rambut lelaki termasuk di kalangan bukan Islam di salun gunting rambut adalah dilihat mempunyai roh perundangan Islam dan secara jelasnya adalah selari dengan dasar perjuangan PAS yang diperjuangkan selama ini.Oleh itu keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan undang-undang tersebut termasuk membatalkan saman yang dikeluarkan adalah langkah dayus yang hanya menunjukkan kegagalan PAS mempertahankan prinsip perjuangannya yang dilaungkan selama ini.Keputusan ini juga memperlihatkan betapa lemahnya PAS apabila berhadapan dengan desakan rakan sekutu mereka di dalam Pakatan terutamanya DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja undang-undang yang ada kaitannya dengan Islam.

 Kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai PAS akhirnya terpaksa tunduk dan akur dengan kemahuan DAP, PKR dan pimpinan parasit di dalam PAS yang tidak ingin melihat perlaksanaan undang-undang seperti itu bakal menjadi batu penghalang kepada perjalanan mereka ke Putrajaya. Kerana kuasa, apa juga halangan mesti dirempuh, hatta melibatkan maruah Islam. Lalu dimanakah untungnya PAS dan di mana untungnya Islam seperti yang dilaungkan oleh pimpinan tertinggi mereka? Sepatutnya kesempatan inilah yang perlu digunakan oleh Pas untuk mendidik masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam terhadap keindahan hukum Islam berdasarkan rasional dan nas yang terdapat di sebalik undang-undang kecil tersebut. Akhirnya masyarakat dapat menyimpulkan bahawa prinsip perjuangan asal PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam dan menegakkan Negara Islam semakin jauh ditenggelamkan oleh kerakusan dan keinginan mendalam untuk berkuasa di Putrajaya. Jika sekiranya undang-undang yang terpencil dan remeh seperti itupun tidak mampu dipertahankan, apatah lagi untuk melaksanakan hudud dan perundangan Islam yang syumul. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI  
Presiden JATI 
15 November, 2012

2 comments:

Jokiden said...

Agaknya apalah yg di bagi tau oleh Takiyuddin kepada isteri dan anaknya bila dia balik ke rumah setelah saman tersebut di batalkan. Sebelum itu kan dia beria-ia sangat mempertahankannya..

Anonymous said...

dayus...........penjual agama.....kafir

 
 
Blogger Templates