Persoalan-persoalan mengenai penyertaan saya di dalam PRU 13 menjadi tanda tanya kepada teman-
teman politik dan sahabat-sahabat sekerjaya serta anggota masyarakat.Pejabat saya dan saya sendiri
dihujani dengan panggilan telefon,mesej pesanan ringkas dan email untuk mengetahui posisi yang saya
ambil berkaitan dengan perkara tersebut.Saya akui ada menerima tawaran untuk bertanding dalam PRU ke 13 dengan cadangan ditempatkan
dikawasan-kawasan dijangkakan boleh memberikan kemenangan kepada saya.Saya berterima kasih dan
menghargai harapan dan kepercayaan pimpinan Umno/Barisan Nasional terhadap saya.Namun setelah
berbincang dan menerima pendapat dan pandangan daripada berbagai pihak dan ditambah pula dengan
peluang yang dibukakan oleh Allah untuk saya terlibat langsung di dalam 3 pilihanraya umum sebelum
ini,maka saya dengan segala rendah diri mengambil keputusan untuk tidak bertanding di dalam PRU ke
13 ini.Saya merasakan lebih selesa bersama dengan JATI untuk berusaha terus melonjakkan keberlangsungan
Islam,bangsa Melayu dan Institusi Raja di negara ini.
Cabaran yang semakin getir yang bakal dilalui
dalam mengagungkan Islam dan memartabatkan Melayu, memerlukan gabungan NGO yang padu dan
mantap serta mempunyai daya tahan dan daya juang untuk membentengi sebarang percubaan untuk
menidakkan Islam dan Melayu di negara ini.Saya dan teman-teman di JATI telah membuat ikrar untuk terus berjihad untuk tidak melihat Islam dan
Melayu diinjak-injak di bumi bertuah ini. Saya dan rakan-rakan dalam JATI berserta dengan NGO-NGO Islam akan menggerakkan seluruh
kekuatan yang boleh dijana untuk menentukan UMNO/BN terus berkuasa termasuk merampas semula
negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 ini.Seperti yang telah diumumkan,sokongan kepada UMNO/BN selain daripada bertepatan dengan kaedah
usul fiqh,sokongan JATI yang tidak berbelah bagi tersebut adalah untuk melihat pimpinan UMNO
yang ada sekarang diberi kekuatan oleh Allah dan berikutan dengan itu bersunguh-sungguh untuk
menjadikan Islam sebagai landasan kepada pembangunan negara yang bakal diredhai oleh Allah SWT.
Harapan saya dengan kenyataan ringkas ini dapat meredakan sebarang spekulasi,khabar angin dan
prasangka yang akhirnya tidak membuahkan sesuatu yang berfaedah.Sebaliknya segala kekuatan yang
ada hendaklah ditumpukan kepada usaha meraih kemenangan kepada UMNO/BN sebagai langkah
mengelakkan malapetaka yang mungkin boleh menimpa rakyat negara ini sekiranya Pakatan Rakyat
diizinkan mentadbir negara ini.
DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn Tun Dr Ismail, KL
19 APRIL 2013
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment