Social Icons

Pages

Sunday, January 06, 2013

ISU KALIMAH ALLAH !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH MAT SABU DAN PAS KAW-KAW !!!


Saya begitu terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap paparan beberapa portal yang menyentuh kenyataan Mat Sabu,Timbalan Presiden PAS mengenai kalimah Allah hari ini.Portal-portal berkenaan telah memetik kenyataan Mat Sabu bahawa PAS menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai pandangan rasmi Parti itu terhadap isu kalimah Allah.Pandangan PAS ini sekaligus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan Sambutan Krismasnya baru-baru ini.Seperti yang diketahui,hanya beberapa hari yang lalu pimpinan tertinggi PAS iaitu Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali,Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dr Rani Osman telah menjelaskan bahawa kalimah Allah hanya layak diguna oleh orang Islam sahaja.Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan “God” yang membawa makna tuhan.Pemakaian “god” untuk tuhan memang telah digunakan sejak awal tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Sebelum ini,waktu isu kalimah Allah hangat diperkatakan Timbalan Murshidul Am,Prof Datuk Harun Din telah membuat satu penegasan bahawa orang Islam yang mencadang dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam,mereka telah melakukan perbuatan syirik dan kufur.Ketua Dewan Ulamak PAS,Datuk Harun Taib juga dengan tegas melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah hak mutlak orang Islam dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk merujuk tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah Yang Maha Esa.Sukar bagi kita menggambarkan bagaimana bercelarunya ahli dan penyokong PAS dan masyarakat Islam di negara ini.Tak cukup dengan kekeliruan Amanat Hadi Awang ditambah pula dengan kecamukan pandangan pimpinan tertinggi Parti tersebut dalam isu yang sangat besar yang melibatkan aqidah Umat Islam. 

Jelas kepada kita bahawa pengaruh Anwarinas atau parasit begitu hebat.Apa sahaja permintaan DAP dan PKR seperti kalimah Allah diraikan sedemikian rupa.Sementara Presiden PAS yang setiap hari diasak untuk menarik balik Amanatnya pada tahun 1981 itu dibiarkan keseorangan. Sehingga kini tidak seorang pun pimpinan tertinggi PAS terutamanya kumpulan parasit yang tampil membela Presiden mereka. Pimpinan tertinggi PAS yang dikuasai golongan parasit dilihat sentiasa bersedia memberi laluan kepada apa sahaja tuntutan DAP dan PKR termasuk perkara-perkara yang melibatkan aqidah. Tidak syak lagi pendekatan akomodatif parasit-parasit itu bermotifkan politik demi meraih keuntungan politik. Ahli dan penyokong PAS mungkin sudah lama menyedari hakikat bahawa penguasaan parasit dalam PAS telah membawa satu budaya baru dalam parti itu.Kini penghormatan yang selama ini diberi kepada golongan ulama dalam parti itu sudah dicemari. Kesan budaya baru ini kepada keutuhan parti amat besar lantaran seperti yang diketahui,PAS masih mengekalkan slogan Kepimpinan Ulamanya. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI 
TTDI, KL
4 JANUARI 2013

4 comments:

Kelate Jati said...

Kenyataan Anwar Ibrahim yang wajib diketahui, difahami dan disedari oleh setiap umat Islam/Melayu di Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan politik..

"IF ELECTED, MR. ANWAR SAID HE WOULD SPEED UP THE REMOVAL OF RACIAL QUOTAS FOR UNIVERSITY PLACES AND FOCUS ON HELPING LOWER-INCOME GROUPS REGARDLESS OF RACE INSTEAD OF SOLELY AIDING ETHNIC MALAYS."

Kenyataan yang begitu khusus ini telah didedahkan melalui "THE WALL STREET JOURNAL"/ASIA di dalam suatu wawancara eksklusif dengan Anwar Ibrahim.

Perlukah diperjelaskan lagi asas perjuangan Anwar Ibrahim..?? Sememangnya tidak menjadi rahsia lagi bahawa ahli dan penyokong PAS sangat berbangga dengan sokongan kaum cina terhadap perjuangan Pakatan/PAS.

Dengan kenyataan Anwar Ibrahim ini, diharapkan agar ahli dan penyokong PAS sedar dan insaf kenapa dan mengapa sebenarnya sokongan kaum Cina sungguh padu terhadap Pakatan/PAS.

Kerana tanpa sokongan PAS, Anwar dan Pakatan akan hancur dengan sekelip mata. Sebab itulah kaum cina DAP dengan bersungguh-sungguh kononnya "menzahirkan" sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada PAS agar kekal dalam Pakatan.

Adakah wajar bagi ahli & penyokong PAS yang beragama Islam dan berbangsa Melayu untuk terus leka dengan buai dan ulik politik yang dinyanyikan oleh Anwar, PKR & DAP..??

Adakah Anwar Ibrahim hendak mengatakan bahawa "THE WALL STREET JOURNAL" memfitnah beliau? Kenapa Anwar Ibrahim TIDAK MENYAMAN ATAU UGUT UNTUK MENYAMAN "THE WALL STREET JOURNAL"?

Sama-samalah kita menilai dengan penuh keinsafan.. InsyaAllah..

Seikhlasnya, saya benar-benar berharap agar seluruh masyarakat Islam/Melayu di seluruh Tanah Melayu ini mengetahui dan menyedari hakikat sebenar apa yang sedang berlaku.. InsyaAllah..

Friday, January 27, 2012
THE WALL STREET JOURNAL / ASIA.
http://online.wsj.com/article/SB10001424052970203363504577184631682335306.html

Anonymous said...

sabu umpama peserta rajalawak yang tersingkir sejak pusingan pertama lagi, segala butir yang keluar dari mulut dia, lawak pun tak, fakta pun tak...tpt yg terbaik untuk dia ni, KUMBAHAN NAJIS!

Anonymous said...

Untuk kelate jati, saya akan menerangkan sedutan dari WSJ tersebut kpd penyembah pas dipejabat saya yang masih enak pagi2 menikmati fitnah anwar dlm you tube tanpa menyedari hakikat sebenar. Walau tidak diterima, tapi sekurang2 saya sudah cuba menyelamatkan negara dari kejahatan anwar. Semaoga mereka akan insaf....

Anonymous said...

Satu scenari;

... seorang cucu di tadika KL balik kampung untuk cuti sekolah dan berjumpa dengan nenek di kampung.
opah... saya ada salib ni, cikgu kat sekolah tadika bagi. cikgu kata allah(jesus) kena salib sebab tu kita kena sayang salib.
cikgu tadika kata lagi allah ada tiga...allah bapak,allah anak, allah hantu.
cikgu kata, kita kena jumpa allah tiap tiap hari ahad.
cikgu suruh kita pasang salib besar kat rumah, bukan yang tulis arab tu....
opah pun tak begitu kuat iman, sayang kan cucu, ya saja lah cakap cucu tu...mungkin tak ini berlaku pada cucukita yang belajar di tadika tadika mewah di KL atau bandar besar,..mungkin kan,.. ini kalau di biarkan allah bebas di gunakan bukan org Islam,,,fikir lah



































;

 
 
Blogger Templates