Social Icons

Pages

Monday, May 13, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ISU MB SELANGOR !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH PKR KAW-KAW !!!


Sehingga hari ini enam hari sudah berlalu sejak keputusan PRU ke 13 diumumkan.Kesemua negeri telah melantik Menteri Besar dan setengahnya barisan Exco masing-masing.Bagi yang belum berbuat demikian calon Menteri Besar telah pun menerima watikah masing-masing hanya menunggu giliran untuk mengangkat sumpah.Di Selangor ceritanya jauh berbeza.Sejak daripada awal hingga ke hari ini berbagai-bagai kenyataan yang bercanggah dikeluarkan.Pimpinan parti komponen setiap seorang telah mengeluarkan pendapat termasuk pimpinan PKR sendiri.Yang jelasnya masing-masing parti mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing yang bukan sahaja berbeza dari segi ayat yang digunakan bahkan juga jauh berbeza dari segi apa yang dimaksudkan.Jika ditinjau dengan lebih dekat mengenai masalah yang sedang dihadapi di negeri Selangor,kita akan dapati permasalahan itu dapat dikategorikan kepada dua. 

Pertama,masalah ketidakserasian pandangan dan pendapat pimpinan tertinggi parti peringkat negeri mengenai calon Menteri Besar.Kedua,kecelaruan dalam PKR sendiri yang dikatakan sebagai parti yang yang diberi hak untuk menduduki kerusi Menteri Besar yang kemudiannya dinafikan oleh pimpinan pemuda PAS negeri. Saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai kecelaruan yang semakin hari semakin kusut di kalangan komponen Pakatan di negeri Selangor.Pertama,kecelaruan timbul disebabkan pimpinan komponen parti tidak mendapat panduan dan arahan yang terselaras akibat daripada ketiadaan peraturan yang boleh mengikat anggota komponen pakatan seperti apa yang berlaku di dalam Barisan Nasional.Kedua,tidak dapat disembunyikan akibat ketiadaan peraturan tetap untuk Pakatan Rakyat menyebabkan pimpinan parti komponen bebas mengeluarkan pandangan dan pendapat yang sebahagiannya bercanggah di antara satu sama lain.Bukan setakat percanggahan pendapat malah tergambar unsur menidak dan meremehkan kemampuan dan kebolehan di antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat.Ketiga,sepanjang ingatan saya sewaktu menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor tidak pernah ada sebarang persetujuan sama ada berbentuk lisan atau bertulis yang mengatakan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak mutlak PKR.Dakwaan setengah-setengah pimpinan PKR yang begitu emosional ditambah dengan nada mengejek dan memperlekeh kemampuan dan kebolehan rakan sejawat parti komponen dianggap sebagai menyalahi prinsip-prinsip kesetiakawanan yang perlu dipertahankan. Keempat, amat jelas kelihatan wujudnya persaingan tidak sihat di antara kem Azmin dan kem Tan Sri Khalid. 

Kem Tan Sri Khalid disokong oleh DAP dan PAS dan sebahagian kecil pimpinan PKR negeri.Manakala kem Azmin pula mendapat sokongan besar daripada pimpinan PKR dan mendapat sokongan dingin daripada PAS dan DAP. Kelima, ditakdirkan Khalid Ibrahim atau Azmin Ali menjadi Menteri Besar, saya cenderung meramalkan bahawa siapa juga yang akan menduduki kerusi panas itu akan sentiasa berada di atas bara api.Teori dan amalan “cah keting” akan mewarnakan jawatan MB dan keutuhan pakatan di negeri Selangor.Sebagai kesimpulannya, seperti yang pernah saya nyatakan berulang kali, bahawa Pakatan Rakyat sebagai sebuah kesatuan politik hanya bersifat temporal sahaja.Tikam menikam, jatuh menjatuh dan ketiadaan ketelusan serta keikhlasan di kalangan pimpinan menyebabkan Pakatan Rakyat boleh bertahan sebagai satu unit pakatan politik dalam tempoh yang sukar diramalkan. Atas alasan-alasan yang disebutkan di atas terutamanya tindakan-tindakan yang diambil oleh pimpinan parti-parti komponen menyebabkan rakyat Malaysia yang dulunya menjadi penyokong kuat mereka kini terpaksa membuat renungan jauh tentang keupayaan gagasan Pakatan tersebut. 

Rakyat tidak boleh memperjudikan masa depan negara dengan menyandarkan harapan kepada sebuah pakatan politik yang longgar dan dipimpin oleh barisan pimpinan yang lebih mementingkan diri dan parti yang mereka wakili bukan memikirkan hala tuju negara dan juga nasib generasi pengganti yang akan datang.Akhirnya tembelang Pakatan Rakyat sudah pecah betul-betul di hadapan kita semua. Bau busuk tembelang itu sudah mula dihidu bukan sahaja di Selangor tetapi sudah dibawa angin bertiup ke seluruh Malaysia. Mungkin dengan bau yang tidak menyenangkan ini,rakyat Malaysia akan bangkit daripada lamunan yang didodoikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya apa yang sering diungkapkan oleh ketua mereka Anwar Ibrahim. 

DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia TTDI, Kuala Lumpur 
10 MEI 2013

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates