Social Icons

Pages

Monday, May 13, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ISU MB SELANGOR !!! AMK SALAHKAN PAS SELANGOR ??? APA CERITA NI ???


Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyalahkan PAS Selangor atas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang menyaksikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuma memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding PAS menang 15 kerusi.Ketua AMK Selangor,Azmizam Zaman Huri berkata,PKR sepatutnya memenangi jumlah kerusi yang sama dengan PAS di Selangor sekiranya PAS tidak meletakkan calonnya di kerusi DUN Kota Damansara. 

 “PKR seharusnya memenangi jumlah kerusi yang sama atau lebih jika merujuk kepada kerusi DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih yang menunjukkan calon PKR tewas akibat pertembungan tiga penjuru yang salah satunya ditandingi PAS iaitu di Kota Damansara,” katanya melalui satu kenyataan media.Justeru,Azmizam berkata,AMK Selangor bertegas bahawa kerusi Menteri Besar Selangor tidak boleh bersandar kepada bilangan kerusi DUN sahaja seperti yang diwar-warkan oleh PAS.Menurutnya,PAS Selangor tidak wajar mempertikaikan kerusi Menteri Besar Selangor untuk PKR dan berharap memberi ruang untuk PKR memilih calonnya sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau dalam pada masa sama turut membangkitkan tindakan DAP memberi laluan kepada wakil PAS menjadi Menteri Besar di Perak pada tahun 2008 meskipun DAP memenangi lebih banyak kerusi DUN atas semangat pakatan. – mynewshub.my

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates