Social Icons

Pages

Saturday, December 22, 2012

HOT NEWS !!! KAFIRKAH AKU??? VS AMANAT HADI AWANG !!! PAS BERDOSA KEPADA UMAT ISLAM ???


Sudah lama diperkatakan tentang AMANAT HAJI HADI 1981 yang dibuat di Banggol Peradong, Manir. PAS sehingga sekarang tidak berani lagi bertegang urat tentang amanat tersebut sekalipun pada peringkat awal dahulu, mereka sanggup menyingsing lengan kalau tidak pun mengangkat parang.Sebabnya mudah,PAS sekarang jauh lebih KAFIR dan TAGHUT berbanding UMNO dan Barisan Nasional yang dikecam dalam AMANAT HAJI HADI memandangkan kedudukan PAS yang cukup terhina di bawah punggung dan telapak kaki DAP.Secara jelas,apa yang dilakukan oleh PAS sekarang,ternyata bertentangan dan jauh terseleweng daripada amanat yang dikeluarkan oleh individu yang sekarang ini merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Anehnya, Presiden PAS,Abdul Hadi Awang tidak berani langsung malah tidak berkecenderungan langsung untuk menarik semula AMANATnya yang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada umat Islam dan Malaysia secara amnya,selama berdekad-dekad.Malah paling menarik ialah apabila SESUMPAH yang baru menyarung tudung kepala dan belajar solat,cuba mempopularkan semula amanat berkenaan dengan sibuk melabelkan orang-orang UMNO sebagai kafir dan menentang UMNO adalah jihad sebagaimana yang dilakukan oleh Abby Abadi. Salah seorang ahli PAS seumur hidup yang telah diterajang keluar dari parti tersebut kerana memecahkan rahsia besar PAS yang berkaitan dengan amanat berkenaan, selain merupakan salah seorang yang terlibat secara langsung dengan TRAGEDI MEMALI 1985 kesan dari AMANAT HAJI HADI, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani, dalam buku terbarunya, KAFIRKAH AKU? menceritakan dengan panjang lebar tentang PAS dan AMANAT HAJI HADI yang sangat menyeleweng serta menyesatkan.

amanat

Penulis yang sama jugalah yang sebelum ini telah mendedahkan salahlaku dan penyelewengan terbesar para pemimpin PAS dalam pengurusan Tabung Derma Memali yang sehingga kini,kes berkenaan belum lagi selesai dan penganiayaan yang berterusan dilakukan oleh para pemimpin PAS,khususnya mereka yang berada di Jalan Raja Laut.Semakin lama,semakin banyak dan semakin ramai yang mahu mendedahkan tentang penyelewengan serta kesesatan yang telah dilakukan oleh PAS terutama sekali selepas PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional.PAS dengan modal Islam dan akidah,telah mempergunakan dengan sebaik-baiknya kejahilan para penyokongnya bagi memastikan sasaran para pemimpinnya untuk memperolehi kekuasaan, tidak pernah berasa kesal dengan kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap umat di Malaysia.Sesuatu yang menarik ialah, mengapa PAS langsung tidak memberikan sebarang respons atau reaksi tentang buku berkenaan.Sebaliknya dalam ceramah-ceramah yang dibuat oleh para pemimpin utamanya,terutama sekali Timbalan Presiden,Mat Sabu,acapkali memperkatakan tentang keperibadian Zainon Ismail, bahkan mempersoalkan maruah serta harga diri balu-balu Memali yang dikatakan telah dibeli oleh UMNO. 

Mengapa para pemimpin PAS tidak pernah berani mahu mengulas tentang dakwaan yang terdapat dalam tulisan-tulisan bekas ahlinya yang tidak pun masuk UMNO atau diberikan imbuhan walaupun itulah tuduhan yang kerapkali dibuat oleh PAS? Sudah tentulah kerana PAS enggan memanjangkan isu tersebut, sekaligus mendedahkan PAS kepada pembohongan dan penyesatan yang telah mereka lakukan serta pupukkan selama bertahun-tahun di kalangan para pengikut mereka sendiri.Isu Memali adalah isu yang sangat besar.PAS sentiasa menuduh UMNO dan PDRM adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap tragedi tersebut. Namun pada masa yang sama,PAS tidak pernah berani mahu mengakui bahawa AMANAT HAJI HADI adalah punca sebenar tragedi tersebut termasuklah tragedi kematian petugas PAS di Lubuk Merbau pada tahun 1984.Seperti juga KOHILAL yang kini menjadi isu taboo di kalangan para pemimpin serta pengikut PAS,isu Memali kini menjadi puaka dan bayangan hitam yang sangat menakutkan puak-puak yang berjubah, berserban,berjanggut dan mengaku merekalah pejuang Islam !!! - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates