Social Icons

Pages

Saturday, December 22, 2012

KANTOI !!! PAS TOLAK AMANAT HADI AWANG !!!


Amanat Haji Hadi sekali lagi menjadi topik hangat walaupun ia pertama kali di’fatwakan’ pada tahun 1981.Benar,ia sudah lama berlalu namun tidak benar jika dikatakan bahawa perkara ini sudah basi kerana ia melibatkan hubungan dalam masyarakat,kekeluargaan dan ikatan suami isteri yang terjejas atau terputus yang mana kesannya diwarisi dari generasi ke generasi.Malah,lebih dahsyat,Amanat itu juga dikhuatiri menjadi punca kehilangan nyawa dalam Tragedi Memali 1985.Ini bermakna Amanat ini akan terus relevan untuk dibincangkan sehingga ke akhirat dalam konteks syahid atau tidaknya pengikut-pengikut Ibrahim Libya dalam perjuangan menentang kerajaan UMNO.pembaca Badut Rakyat perlu faham akan besarnya impak atau akibat dari Amanat tersebut,di mana tanpanya,tragedi Memali mungkin tidak berlaku dan anak-anak pengikut Ibrahim Libya mungkin tidak akan kehilangan bapa dan isteri mereka tidak akan menjadi balu.Isteri dan anak-anak tersebut juga tidak akan menghadapi trauma dan hidup mereka juga mungkin tidak sedaif yang mereka lalui selama ini,sekali gus sikap anak-anak mereka mungkin berbeza,lebih ceria dan yakin diri lalu menjadi manusia berjaya. 

Benar sekali lagi,bahawa ini semua adalah takdir.Namun,dalam memahami ‘takdir’ kita harus merujuk terlebih dahulu kepada qada’ dan qadar di mana yang qada’ itu pasti,tetapi qadar atau ‘kadar’ boleh diubah atas usaha, sikap,tindakan dan doa iaitu pilihan yang diambil dalam hidup kita.Nasib yang menimpa kita berlaku dalam satu rangkaian kejadian sama ada dari diri kita sendiri atau orang dan keadaan sekelilng dan bukannya secara tiba-tiba.Faktor qadar tidak boleh diketepikan memandangkan kiamat juga boleh terus ditunda selagi ada manusia yang berdoa dan menyebut nama Allah SWT.Justeru,Memali mungkin tidak terjadi tanpa Amanat Hadi.Dalam mengingati Memali juga,jangan kita lupa akan tragedi yang hampir serupa di Sauk sehingga membawa kepada penahanan di bawah Akta ISA serta kesannya kepada keluarga yang terlibat, sama ada di pihak pengikut Al-Maunah, atau di sebelah pihak berkuasa yang dibunuh kejam oleh mereka.Berdasarkan apa yang berlaku ini, bagi Haji Hadi sendiri untuk memperkecilkan amanatnya amatlah menyedihkan dan bagi PAS untuk merujuknya sebagai basi amatlah memelikkan. Namun, itulah hakikatnya. Hadi Awang bukan sahaja berkelakuan seolah-olah beliau lupa,tetapi juga cuba berdolak-dalih atau menafikan apa yang dimaksudkan dari fatwanya. 

Dalam kata lain,beliau benar-benar lepas tangan,langsung tidak merasa bersalah dan enggan memikul apa-apa tanggungjawab atas penceraian suami isteri,perpecahan ummah serta kehilangan nyawa sesiapa saja akibat berpegang kepada amanatnya itu.Harakahdaily juga hanya mempersendakan media-media pro-kerajaan yang mengungkit semula isu Amanat Kafir ini sebagai peluru kitar semula dan sebagai tiupan trompet perang pilihanraya.Soal akidah dan iman langsung tidak disentuh oleh mereka ketika membicarakan hal ini. Sepertimana sikap pemimpin solat hajat dalam Muktamar PAS yang baru lalu di mana soal kesejahteraan, penyatuan dan kekuatan ummah langsung tidak disebut tetapi hanya menumpukan penuh khusyuk memohon agar BN K.O dalam pilihanraya,begitulah juga sikap Harakahdaily dengan isu amanat ini.Yang diulang-ulang dan diulang-ulang serta diaminkan berkali-kali,hanyalah pilihanraya dan pilihanraya semata-mata dengan sepenuh hati,jiwa dan raga.Hakikatnya,ada suami isteri yang bercerai-berai,ada masyarakat yang bersengketa sehingga membawa kepada berbagai kisah yang tidak mungkin kita mampu dedahkan semuanya,ada yang meninggal dan ditanam dengan bendera PAS,ada isteri menjadi balu,ada anak kehilangan bapa dan ada manusia yang kehilangan nyawa kerana berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir kerana memisahkan politik dan agama dan bukannya kerana tidak mengucap dua kalimah syahadah, adalah benar dan telah berlaku. Haji Hadi boleh menidakkan bahawa semua yang berlaku itu sebagai salahnya, dan terus menumpukan kepada pilihanraya.Tetapi,soalnya jika bukan salah Haji Hadi,salah siapa pula ??? Siapakah yang mampu mempengaruhi pengikut-pengikut PAS untuk memusuhi UMNO dan kerajaan sehingga begitu sekali,iaitu mengalahkan permusuhan antara umat Islam dengan syaitan ??? 

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates