Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar dengan pengumuman Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Dewan Undangan Negeri berkenaan akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Hj Omar berkata rakyat negeri itu juga tentunya sudah bersedia dan tidak sabar untuk menunggu saat berkenaan.
“Saya nak tegaskan kita tidak takut.bila dia buat pun kita akan bersedia.Rakyat Selangor juga dah tak sabar untuk menunggu pilihan raya.Insyaallah,Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan rakyat akan kembali kepada BN.Rakyat Selangor saya percaya dah buka mata.teori politik dengan praktikal tidak sama.dulu mereka tidak dirikan kerajaan,cakap macam-macam.Bila dia dirikan kerajaan rakyat boleh lihat bagaimana mereka urus Selangor hari ini.Banyak berpolitik.Sebab itu rakyat Selangor hari ini dah boleh buat penialian.Satu kerajaan pusat,satu kerajaan PKR.BN dengan PKR.Saya percaya kerajaan yang baik adalah kerajaan yang rancang untuk kebaikan rakyat demi masa depan,” katanya.
Kata beliau lagi kedegilan kerajaan negeri itu memberikan kerjasama dengan kerajaan pusat merugikan rakyat.
“Jadi kedegilan kerajaan negeri memberikan kerjasama dengan ‘federal’ ini akhirnya akan rugikan rakyat. Isu air walapun kita dah buat kajian 16 tahun tetapi dia tuduh kita tidak teliti.Dia baru 4 tahun memerintah.Apa kajian yang dia buat.Dia hanya cakap dan tidak buat.Mereka hanya bercakap dolak dalih untuk kepentingan politik tetapi rakyat hari ini apa yang boleh untuk mereka.Macam air di Selangor,apabila air tidak ada, siapa yang rugi.sebab peluang pekerjaan tertutup.Harga rumah akan naik apabila rumah tidak boleh buat.Orang bercakap soal air baru untuk bagi air bersih.Dia dok sibuk dengan penyusunan semula air.Jadi dia tidak tahu yang mana ‘priority’,” katanya.
Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.- Media UMNO
No comments:
Post a Comment