Social Icons

Pages

Showing posts with label NOH OMAR.... Show all posts
Showing posts with label NOH OMAR.... Show all posts

Tuesday, March 17, 2015

KANTOI !!! #MUJAHIDYUSOFRAWA DIBALUN OLEH DS @NOHOMAR KAW-KAW DI #PARLIMEN !!! VIDEO INSIDE !!!


tu dia !!! Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa di balun kaw-kaw oleh Ahli Parlimen Tanjung Karang,Datuk Seri Noh Omar.Mujahid Yusof Rawa membawa usul Prime Minister Rest.Namun apabila Datuk Seri Noh Omar membidas tentang Pembangkang yang bersifat selective akan sistem yang diamalkan,Mujahid Yusof Rawa mula panik dan enggan menjawab soalan.kata pemimpin masa depan !!! takkan takleh jawab,muahahaha.jom lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, February 17, 2014

EKSKLUSIF !!! #KALIMAHALLAH !!! VIDEO PENUH #MUZAKARAH DS @NOHOMAR VS @KHALIDSAMAD DIDEDAHKAN !!! WAJIB TONTON !!!


di bawah adalah video penuh Muzakarah Datuk Seri Noh Omar dan Khalid Samad.kepada yang belum lihat lagi video,jom lihat sama-sama video ini.dengar cerita khalid samad terkebil-kebil menjawab persoalan,last-last Datuk Seri Noh Omar juga kena bantai oleh penyokong pembangkang.biasa lahh,nak tegakkan benang yang basah.muahahahaha


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, January 05, 2014

HOT NEWS !!! #KALIMAHALLAH !!! DATUK @NOHOMAR SOKONG TINDAKAN JAIS !!!



1. UMNO Selangor merujuk kepada isu penggunaan Kalimah Allah dan rampasan Bible yang dilakukan oleh JAIS baru-baru ini yang menjadi pertikaian beberapa pihak. 

2. Semua rakyat yang tinggal di Selangor mesti faham bahawa Selangor mempunyai undang-undang yang wajib dipatuhi dan menghormati Sultan sebagai Ketua Agama Islam.UMNO Selangor ingin tegaskan disini bahawa isu yang berlaku di Selangor sekarang berdasarkan kepada Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam ) yang telah diwartakan pada tahun 1988 yang melarang orang bukan Islam di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”.Undang-undang ini telah dikuatkuasakan sejak 26 tahun yang lalu dan hanya terpakai di negeri Selangor dan tiada kaitan dengan negeri-negeri yang lain. 

3. UMNO Selangor bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan percaya mereka telah menjalankan tugas berlandaskan undang-undang yang sedia ada.Pada November lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi bahasa Melayu, perlu dihentikan serta-merta di negeri Selangor. 

4. Enakmen 1988 ini telah dikuatkuasakan semenjak 26 tahun yang lalu dan kita sedia maklum tiada masalah yang berlaku dan inilah bukti bagaimana kehormanian antara agama diperlihara dan membolehkan kita hidup dengan aman dan tenteram. 

 5. Kenyataan Paderi Andrew jelas mencabar undang-undang yang sedia ada dan menderhaka kepada Sultan.Beliau tidak perlu bersikap biadap kerana undang-undang ini telah diguna pakai semenjak sekian lama. Kalimah Allah telah lama dilarang digunakan dalam apa juga bahasa apatah lagi di dalam Bahasa Malaysia. Kenyataan beliau boleh menimbulkan kemarahan orang Islam di Selangor dan tidak mustahil perkara diluar jangkaan boleh berlaku.. 

6. UMNO Selangor meminta pihak polis supaya meneruskan siasatan kerana mereka telah diberi kuasa dibawah Seksyen 10 Enekman 1988 untuk mengambil sebarang tindakan. Penyiasatan harus disegerakan supaya mereka yang melanggar undang-undang dibawa ke muka pengadilan. 

7. UMNO Selangor mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Selangor dan pihak polis yang cekap bertindak dan kerajaan negeri perlu tegas menyokong tindakan yang dilakukan JAIS kerana Enakmen 1988 ini masih lagi merupakan undang-undang yang sah di negeri Selangor. 

8. UMNO Selangor tidak bersetuju mana-mana pihak mengadakan sebarang himpunan di gereja kerana boleh menimbulkan salah tafsir di kalangan rakyat dan boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di negeri Selangor.

9. UMNO Selangor akan terus memantau perkembangan isu ini dan mahu kerajaan Selangor bertindak tegas berdasarkan undang-undang dan jika keadaan memerlukan UMNO akan mengadakan himpunan Melayu Selangor supaya Enakmen 1988 ini dipertahankan dan perintah Sultan di hormati. 

Datuk Seri Noh Omar 
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, August 04, 2013

HOT NEWS !!! ISU BILIK PERSALINAN !!! DATUK @NOHOMAR MEMBELASAH MCA,GERAKAN DAN DAP KAW-KAW !!!


Saya ingin memberi respon tentang kenyataan beberapa pemimpin daripada MCA,Gerakan dan DAP tentang isu kantin tandas yang menjadi isu panas sekarang. 

1- Isu ini perlu diperjelaskan kerana org yg tidak siuman shj yg kata bilik itu tandas kerana hasil lawatan sy tiada mangkuk tandas di dlm bilik tersebut.Cuma yg ada hanya shower pipe yg sudah diterbalikkan oleh pihak sekolah untuk menghalang murid-murid dari menggunakannya. 

2- Sy menyokong kehendak ibu bapa yg ambil berat tentang kebajikan anak mereka di sekolah tetapi masalahnya ialah kenapa baru sekarang nak ambil berat sedangkan ianya dah dimulakan semenjak bulan Mac yg lepas. 

3- Apabila isu ini dikeluarkan pada bulan Ramadhan sudah tentu ianya akan melibatkan murid-murid bukan Muslim sahaja ( 32 org ) sedangkan murid-murid beragama Islam (1373 org) yg lain telah menggunakan bilik persalinan tersebut sejak 4 bulan yang lepas.Bila isu ini dikeluarkan sekarang seolah-olah pihak sekolah mengamalkan diskriminasi kaum. 

4- Saya telah melawat sekolah tersebut baru-baru ini dan diberi taklimat oleh pihak sekolah yang turun dihadiri oleh wakil Pejabat Pelajar Daerah dan wakil PIBG. 

5- Tujuan saya hadir adalah untuk mendapatkan fakta sebenar kerana isu ini boleh menjadi isu sensitif dan telah mendapat perhatian media antarabangsa.Ini menunjukkan seolah-olah kita mengamalkan diskriminasi kaum di sekolah dan menjatuhkan imej pendidikan negara. 

6- Saya dimaklumkan Guru Besar sekolah tersebut telah membuat satu laporan polis.Beliau telah menjelaskan bagaimana perkara ini berlaku sehinggakan beliau mendapat satu ugutan bunuh.Saya mendesak pihak berkuasa menyiasat berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh beliau kerana kita tidak boleh menafikan hak kebebasan Guru Besar tersebut untuk hidup aman dan bebas. 

7- Saya mencadangkan pihak berkuasa menyiasat dibawah Akta Hasutan tetapi sekiranya ianya tidak bersangkutan dengan akta tersebut,pihak berkuasa boleh menyiasat menggunakan mana-mana akta sekalipun.

8- Kepada pemimpin-pemimpin politik yang tidak mengetahui isu sebenar jangan membuat komen berdasarkan laporan media ataupun sumber media sosial sahaja. Saya nasihatkan mereka supaya turun padang sepertimana saya lakukan untuk mendapat penjelasan sebenar. 

9- Jangan cuba nak jadi hero tanpa mengetahui fakta sebenar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, July 20, 2013

HOT NEWS !!! #PARLIMENMALAYSIA !!! @NOHOMAR MEMBELASAH RAFIZI RAMLI KAW-KAW !!!


Rafizi Ramli (PKR - Pandan) perlu menjelaskan kenyataannya berkenaan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara telus dan tidak mengeluarkan kenyataan memesong dan menyeleweng. Datuk Seri Noh Omar (BN - Tanjung Karang) berkata,Rafizi perlu menyatakan secara spesifik individu yang terlibat dalam penyelewengan tersebut supaya tidak timbul keraguan dalam dakwaan yang dilemparkan terhadap badan berkanun tersebut. 

"Saya nak bagi tahu ialah 'wording' ataupun (penggunaan) perkataan.Perkataan yang Kepala Batas (Datuk Seri Reezal Merican) usulkan dalam ucapannya menyebutkan secara spesifik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR. "Dan itulah yang semestinya dia (Rafizi) perlu nyatakan dalam kenyataannya di luar dewan (Parlimen)," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. 


Noh berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan media yang dikeluarkan oleh Rafizi yang hanya menyebut kepimpinan SPR secara umum dan bukannya memetik nama individu secara spesifik berkaitan dakwaan terhadap penyelewangan yang dilakukan oleh SPR ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.Kenyataan membidas Rafizi mulanya dinyatakan oleh Datuk Seri Reezal Merican (BN - Kepala Batas) yang meminta Rafizi untuk mengemukakan dakwaannya secara spesifik di luar Parlimen sepertimana yang dijanjikan ketika berbahas di Dewan Rakyat sebelum ini. "Saya percaya Kepala Batas tidak akan membawa usul kalau dia dalam ucapan dia tidak sebut secara spesifik, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi (SPR).Ini menunjukkan dia (Rafizi) merupakan seorang yang tidak bermaruah.The great liar," tegas Noh. - Rakyat News

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, July 02, 2013

HOT NEWS !!! KONSPIRASI LANTIKAN PENGERUSI UMNO SELANGOR @NOHOMAR DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


Dari artikel Berita Harian bertarikh 25 June 2013,Noh Omar dikatakan akan dilantik menjadi Pengerusi UMNO Selangor selepas dipersetujui ketua-ketua bahagian UMNO di Selangor, yang akan menjadi Timbalan ialah Abdul Shukor Idrus dan Johan Abdul Aziz pula sebagai Setiausaha UMNO negeri.Difahamkan Najib bersetuju dengan perlantikan ini.Ramai di kalangan penyokong UMNO/BN menggunakan media sosial melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman ini.Walau bagaimanapun,Presiden UMNO yang juga Pengerusi UMNO Selangor tidak pernah memaklumkan perkara ini secara rasmi.Nampak sangat tindakan beberapa individu ini seperti memandai-mandai 'laparkan' jawatan Pengerusi UMNO Selangor.Benarkah apa yang ditulis dalam artikel Berita Harian itu bahawa Najib bersetuju dengan perlantikan baru itu ? Penulis tergelak bila membaca semula artikel Berita Harian yang menulis "menurut sumber". Kenapa "sumber" itu tidak mahu namanya didedahkan, adakah "sumber" itu salah seorang pecacai yang mahu mewujudkan persepsi pemilihan Pengerusi UMNO Selangor yang baru ? Perlu diingat artikel itu dibuat dalam akhbar rasmi untuk menimbulkan rasa serba salah Najib kerana mungkin dia sendiri tidak dimaklumkan tentang perkara ini. Jadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian ini lah "game" yang sedang dimainkan beberapa individu yang cukup kemaruk dengan jawatan, dah kalah teruk pun masih tak sedar diri. Setelah 6 hari artikel ditulis,baru lah "game" kotor parasit-parasit dalam UMNO ni terserlah. "Game" anda telah dikesan dan muslihat anda akan ditelanjangkan. 

Menurut sumber dan dari blog Papagomo sendiri,aturan untuk menukar Pengerusi UMNO Selangor dibuat apabila ketua-ketua bahagian UMNO di Selangor telah bertemu di Jakarta dan Manila kononnya mahu Pengerusi UMNO Selangor diserahkan kepada Noh Omar sementara 2 individu lagi dilantik menjadi Timbalan dan Setiausaha UMNO Negeri.2 individu yang dimaksudkan dah penulis nyatakan di atas. Mungkin kerana termakan budi 'dibelanja' ke Jakarta dan Manila,ketua-ketua bahagian UMNO Selangor ini pun mahu tak mahu terpaksa tandatangan persetujuan mereka melantik Noh Omar dan lain2 untuk jawatan yang diaturkan.Memang cukup bangsat "game" yang dimainkan individu-individu berkenaan.Ini lah contoh pemimpin yang terus menerus akan melingkupkan survival UMNO di Selangor.Adakah tindakan melantik Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor itu adalah kehendak beliau sendiri atau drama beberapa individu yang mahu pegang jawatan secara mudah ? Penulis nampak disini Noh Omar bukanlah orang disebalik rancangan kotor ini,beliau dijadikan kambing hitam atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor. 

Apabila timbul berita mengenai Pengerusi UMNO Selangor baru dalam artikel Berita Harian 6 hari lepas, sudah semestinya menimbulkan rasa tidak senang UMNO Pusat apabila tindakan melangkah bendul dibuat. Mungkin UMNO Pusat akan menyangka Noh Omar memandai-mandai melantik diri sendiri sebagai Pengerusi UMNO Selangor yang baru sedangkan individu yang menjadi pengarah rancangan ini lah yang sebenarnya memandai mandai melantik diri sendiri .Tentu pembaca boleh teka siapa yang dimaksudkan itu. Kononnya apabila UMNO Pusat tak berpuas hati dengan tindakan Noh Omar ,maka tentulah dia tak dilantik jadi Pengerusi yang baru maka jawatan Pengerusi baru itu akan disandang oleh Timbalannya .Itu lah game yang dibuat oleh pemimpin UMNO yang mempunyai ijazah diragui ketulenannya (ijazah beli lerr) .Dan bagi ketua-ketua bahagian UMNO Selangor, janganlah terlalu diturutkan dengan kawan2 bodoh sombong kononnya nak mencipta konspirasi bagi merebut jawatan untuk kepentingan mereka sendiri. 

Mereka itu adalah jenis yang memecah belahkan UMNO.Dalam keadaan UMNO dah tenat masih ada hati berkonspirasi bagai? Sedar-sedarlah diri.Di kalangan facebookers,bloggers2 kami dah bersumpah akan memantau ketua-ketua bahagian dan pemimpin2 UMNO yang cuba "hanky panky".Kalau skandal2,rasuah dll mengenai pemimpin PR boleh kami korek, kita boleh buat perkara yang sama juga pada pemimpin UMNO.Jadi janganlah dibuat perkara bodoh yang bakal mengkucar-kacirkan parti.Imej Najib sedikit terjejas dikalangan ahli UMNO yang tak tahu perkara sebenar bila dikatakan 'bersetuju' dengan pemilihan yang dibuat oleh Ketua-ketua bahagian UMNO Selagor . Cukup cukup lah berpakat dan berkonspirasi menjatuhkan sesama sendiri, kerana tindakan anda itu sendiri mungkin membuat diri sendiri terjelepok .Penulis juga menyarankan mereka yang berkonspirasi itu eloklah kembali ke pangkal jalan kerana anda sekarang berada di bawah microscope blogger2 dan facebookers . - BIDAMAN 

SAYA MINTA MAAF KERANA KELUARKAN ARTIKEL RAKAN BLOGGER !!!

MUNGKIN INI SEMUA BETUL ATAU SEBALIKNYA !!!

PERSOALANNYA !!!

ADAKAH DATUK SERI NOH OMAR SETUJU DENGAN SEMUA INI ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, April 24, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 #GE13 !!! @NOHOMAR MEMBERI KATA DUA UNTUK PENDUDUK SUNGAI BUAYA !!!


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Kerajaan BN akan membantu bekas peneroka Felda Sungai Buaya menyelesaikan masalah tanah mereka yang dirampas kerajaan negeri pakatan pembangkang,jika parti gabungan itu kembali berkuasa di negeri itu.Beliau menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor sekarang sebagai kejam terhadap para penduduk terbabit.Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas menyampaikan saguhati RM5,000 tiap seorang kepada 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di kampung itu,dekat sini pada Isnin.Saguhati berjumlah RM1.82 juta itu disumbangkan oleh Felda sebagai mengenang sumbangan bekas peneroka itu membangunkan kawasan tanah rancangan Felda Sungai Buaya. Tanah mereka yang semuanya berkeluasan 419.57 hektar sepatutnya dibangunkan sebuah syarikat pemaju hartanah pada 1996, namun projek itu terbengkalai pada 1998 disebabkan kemelesetan ekonomi. 

Noh,yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,berkata pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 2010, BN telah cuba membantu menyelesaikan masalah itu apabila sebuah syarikat pemaju sanggup meneruskan projek perumahan di situ.Pemaju itu,katanya sanggup membayar RM160,000 bagi setiap ekar tanah bekas peneroka yang hendak dibangunkan dan setiap seorang telah dibayar wang pendahuluan RM50,000.Malangnya,pemaju itu dimaklumkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor bahawa tanah berkenaan telah dirampas oleh kerajaan negeri kerana pemaju sebelum itu didakwa tidak membayar cukai tanah selama sembilan tahun berjumlah RM7 juta, katanya. Seorang bekas peneroka Felda Sungai Buaya Mat Som Moh,76,yang ditemui Bernama berkata beliau sangat berharap agar kerajaan BN akan dapat mengembalikan tanah miliknya itu. Beliau juga berterima kasih kepada Felda yang menyumbangkan saguhati kepada penduduk kampung itu yang telah menetap di sana selama lebih 40 tahun. - Bernama

HOT NEWS !!! #PRU13 #GE13 !!! @NOHOMAR MEMBERI KATA DUA UNTUK PENDUDUK SUNGAI BUAYA !!!


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Kerajaan BN akan membantu bekas peneroka Felda Sungai Buaya menyelesaikan masalah tanah mereka yang dirampas kerajaan negeri pakatan pembangkang,jika parti gabungan itu kembali berkuasa di negeri itu.Beliau menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor sekarang sebagai kejam terhadap para penduduk terbabit.Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas menyampaikan saguhati RM5,000 tiap seorang kepada 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di kampung itu,dekat sini pada Isnin.Saguhati berjumlah RM1.82 juta itu disumbangkan oleh Felda sebagai mengenang sumbangan bekas peneroka itu membangunkan kawasan tanah rancangan Felda Sungai Buaya. Tanah mereka yang semuanya berkeluasan 419.57 hektar sepatutnya dibangunkan sebuah syarikat pemaju hartanah pada 1996, namun projek itu terbengkalai pada 1998 disebabkan kemelesetan ekonomi. 

Noh,yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,berkata pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 2010, BN telah cuba membantu menyelesaikan masalah itu apabila sebuah syarikat pemaju sanggup meneruskan projek perumahan di situ.Pemaju itu,katanya sanggup membayar RM160,000 bagi setiap ekar tanah bekas peneroka yang hendak dibangunkan dan setiap seorang telah dibayar wang pendahuluan RM50,000.Malangnya,pemaju itu dimaklumkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor bahawa tanah berkenaan telah dirampas oleh kerajaan negeri kerana pemaju sebelum itu didakwa tidak membayar cukai tanah selama sembilan tahun berjumlah RM7 juta, katanya. Seorang bekas peneroka Felda Sungai Buaya Mat Som Moh,76,yang ditemui Bernama berkata beliau sangat berharap agar kerajaan BN akan dapat mengembalikan tanah miliknya itu. Beliau juga berterima kasih kepada Felda yang menyumbangkan saguhati kepada penduduk kampung itu yang telah menetap di sana selama lebih 40 tahun. - Bernama

Wednesday, April 10, 2013

HOT NEWS !!! ISU PENIAGA DI SELANGOR !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KERAJAAN NEGERI KAW-KAW !!!


Kerajaan negeri PKR-DAP-PAS Selangor dilihat lebih mementingkan kutipan hasil daripada kebajikan peniaga,kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.Beliau berkata walaupun berjanji kepada peniaga di negari itu untuk mengenakan sewa kedai dan tapak niaga yang rendah,tetapi bila berkuasa kerajaan pakatan pembangkang telah menaikkan sewa. 

Contohnya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menaikkan lesen berniaga dari RM52 sepetak sebelum 2008 kepada RM162 pada masa ini,katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan kerja di Pasar Tani Stadium Shah Alam di sini hari ini.Beliau juga mendakwa Kompleks Muhibbah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kota Damansara telah dijual sejak Ogos 2012 mengakibatkan para peniaga pasar tani di situ tiada tapak berniaga yang sesuai hingga kini.Noh berkata jika BN kembali memerintah di Selangor,BN akan memastikan sewa lesen tapak berniaga tidak akan dinaikkan. - Bernama 

KATA NAK MEMBELA NASIB RAKYAT DI SELANGOR ???

APA CERITA NI KHALID GAGAP ???

SEMUA PENTINGKAN DIRI SENDIRI !!!

INGAT,ANDA DI PILIH OLEH RAKYAT !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, April 09, 2013

HOT NEWS !!! BUDAYA NEPOTISME !!! @NOHOMAR MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!


Timbalan Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar menyifatkan amalan nepotisme wujud dalam PKR dan pakatan pembangkang sejak dahulu lagi.Noh menjelaskan,kenyataan Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan isterinya,Presiden PKR, Datin Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga disifatkan helah politik.

“Jika benar Anwar tidak mengamalkan nepotisme dalam parti,sudah tentu anak sulungnya tidak akan terjebak dalam politik dan menjadi wakil rakyat di Lembah Pantai pada PRU lalu.Begitu juga Pengerusi DAP,Karpal Singh turut membawa masuk anaknya,Gobind Singh,Ahli Parlimen Puchong menyertai DAP diikuti pemimpin PKR lain yang mengambil langkah sama.Kalau boleh,mereka mahu jadikan parti itu sebagai harta pusaka yang diwariskan kepada anak masing-masing,” katanya ketika mengulas kenyataan Anwar berhubung isterinya tidak akan bertanding pada PRU13 sebagai respons dakwaan nepotisme dalam PKR.

Noh turut menjelaskan,amalan itu turut menimbulkan tidak puas hati ahli dan dibuktikan dengan berita keluar parti yang didedahkan media.“Saya harap rakyat sedar perkara ini kerana pakatan pembangkang ada agenda tertentu demi memenuhi kepentingan peribadi masing-masing apabila melibatkan anak dan isteri dalam parti,” katanya.

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, April 01, 2013

HOT NEWS !!! @NOHOMAR BANTAI ANWAR IBRAHIM,KHALID GAGAP DAN WAN AZIZAH KAW-KAW !!!


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,Datuk Seri Noh Omar menyifatkan negeri itu kini menjadi tumpuan 'parasit' politik yang telah ditolak penduduk negeri lain.Katanya,kedatangan mereka itu yang sebelum ini bertanding di luar Selangor juga memberi gambaran pakatan pembangkang tidak mempunyai anak tempatan berkaliber untuk diletak sebagai calon."Nampaknya suami kata nak bertanding di Selangor,ini isteri pula (nak bertanding) di DUN (dewan undangan negeri),jadi dua-dua lari dari Pulau Pinang datang ke Selangor.Kenapa tidak bawa sekali anak-anak bertanding di sini? Orang Selangor sudah tidak ada ke yang layak jadi wakil rakyat?" katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Noh merujuk kepada desas-desus Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR),Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya,yang juga Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 ini. Mengulas lanjut,Noh berkata,perbuatan pemimpin pakatan pembangkang itu juga membayangkan mereka tidak menghargai pemimpin tempatan. "Biar orang Selangor jadi penonton sahajalah,kerja kuat-kuat dia bawa orang luar,ini lebih teruk daripada kroni," kata Noh sinis. 

Beliau juga berpandangan wujud masalah dalaman yang serius dalam PKR Selangor apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah mengiktiraf Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar di Selangor selepas ini. "Kumpulan (Timbalan Presiden PKR) Azmin (Ali) nak tolak dia (Khalid) jadi Menteri Besar,dia pun tidak mahu Azmin jadi Menteri Besar,jadi dia kata biarlah Wan Azizah jadi Menteri Besar. "Mereka belum pasti akan menang tetapi sudah ada adu domba antara mereka siapa nak jadi menteri besar... nampak sangat PKR Selangor berpecah," katanya. - Bernama

MANA ORANG SELANGOR NI ???

KATA DAH KUAT SANGAT DAN BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT ???

JANJI PUN TAK DITEPATI !!!

APA CERITA NI ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, March 24, 2013

HOT NEWS !!! ISU KOLEJ MARA !!! @NOHOMAR BANTAI KHALID GAGAP DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR KAW-KAW !!!


Tindakan kerajaan negeri Selangor yang mewujudkan pelbagai halangan kepada pembinaan dan penyewaan pelbagai kolej pendidikan Majlis Amanah Rakyat di negeri itu memperlihatkan seolah-olah mereka antiMara,kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar.Beliau berkata,sikap antiMara kerajaan negeri Selangor ini jelas dapat dilihat dengan keengganan kerajaan negeri membenarkan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah,Selangor dan kemudian merampas tanah itu UiTM telah terpaksa memindahkan pembinaan kampus cawangan itu ke Melaka,kata Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada majlis penutup program 'Kampungku Mahir' anjuran Giat Mara di Kampung Sungai Sireh di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pusat Giat Mara di Merbau Berdarah untuk membayar sewa di mana sebelum ini adalah percuma,semasa kerajaan negeri di bawah pemerintahan kerajaan BN.Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah tidak menggotakan janji yang dibuatnya pada 25 Ogos 2008,bahawa kerajaan negeri PKR-DAP-PAS tidak akan mengenakan sewa terhadap bangunan milik kerajaan negeri yang menempatkan Pusat Giat Mara di Merbau Berdarah, katanya.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Giat Mara,Meriyam Abdul Majid,mulai Oktober 2010 kerajaan negeri Selangor telah meminta Giat Mara membayar sewa termasuk tunggakan sejak 2008 yang menyebabkan pusat tersebut terpaksa berpindah pada penghujung tahun lepas dan membayar tunggakan sewa berjumlah hampir RM100,000 kepada pihak kerajaan negeri.Meriyam berkata,mulai tahun ini,Pusat Giat Mara Sabak Bernam itu terpaksa beroperasi di Sungai Lias,Sungai Besar dan berikutan dengan itu tiga kursus melibatkan 60 pelajar tidak dapat ditawarkan. - Bernama

Friday, March 08, 2013

HOT NEWS !!! ISU KEBAJIKAN GURU KAFA !!! @NOHOMAR BANTAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR KAW-KAW !!!


Datuk Seri Noh Omar membidas kegagalan kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang menaikkan jumlah elaun guru Kafa seperti yang dilakukan kerajaan persekutuan sejak dua tahun lalu.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata,jika kerajaan negeri prihatin terhadap kebajikan guru Kafa mereka sepatutnya sudah menaikkan elaun daripada RM500 kepada RM800.

"Sebelum ini Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada kata nak naikkan elaun guru Kafa dan pengumuman itu dibuat semata-mata sebab pilihan raya.Jangan disebabkan politik rakyat menjadi mangsa,”katanya pada sidang media selepas menyerahkan cek peruntukan daripada kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan,di sini.Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, kerajaan negeri juga boleh menaikkan elaun imam dan guru takmir namun tidak berbuat demikian. 

“Kerajaan persekutuan tidak politikkan isu agama dan dalam usaha membangunkan setiap negeri kita tidak anak tirikan kerajaan pembangkang.Ini dibuktikan apabila tahun lalu, kerajaan persekutuan peruntukkan RM5.6 bilion untuk pelbagai projek pembangunan di Selangor,” katanya. 

Mengenai peruntukan tersebut Noh berkata, kerajaan persekutuan sentiasa mengambil berat usaha meningkatkan syiar Islam di setiap negeri termasuk yang ditadbir pembangkang.Bagi tujuan itu katanya,kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah puluhan juta ringgit kepada majlis agama Islam negeri bagi membiayai aktiviti keagamaan di negeri masing-masing. 

"Untuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais),kerajaan persekutuan menyerahkan lebih RM37 juta sebagai peruntukan tahun ini,” katanya.Noh berkata,peruntukan itu meliputi pembayaran elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), elaun imam masjid dan elaun guru takmir untuk 2013. 

Beliau berkata, sebanyak RM29,832,000 diperuntukkan bagi membayar elaun kepada 2,600 guru Kafa. “Elaun sebulan bagi guru Kafa ialah sebanyak RM1,300 iaitu RM800 daripada kerajaan persekutuan dan baki dibayar kerajaan negeri,” katanya.Noh berkata,sebanyak RM6,273,000 pula diperuntukkan bagi membayar elaun kepada 669 imam masjid yang setiap seorang menerima RM750 sebulan. "Selain itu, sejumlah RM1,282,160 diperuntukkan kepada 140 guru takmir yang menerima RM800 sebulan," katanya - Sinar Harian

MANA JANJI UNTUK RAKYAT SELANGOR ???

INILAH PADAHNYA KALAU UNDI PAKATAN !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, February 24, 2013

HOT NEWS !!! @NOHOMAR BERI SEDAS DUA KEPADA PR SELANGOR SEKIRANYA KEKAL BERKUASA !!!


Selangor akan mundur dan rakyatnya akan berada dalam kerugian sekiranya pakatan pembangkang dibenarkan terus berkuasa di negeri itu,kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar.Beliau berkata,ia kerana keadaan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak sehaluan akan menyukarkan pelaksanaan projek pembangunan dan akhirnya rakyat sendiri akan rugi.Katanya,keadaan ini jelas bila mana kerajaan negeri sekarang di bawah pakatan pembangkang lebih berminat menunjukkan kuasa mereka dan berpolitik sehingga menghalang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan di Selangor oleh kerajaan Persekutuan. Beliau berkata, beberapa projek untuk kesejahteraan rakyat seperti cadangan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA di Serendah terbantut apabila kerajaan negeri tidak memberikan kebenaran merancang pembangunannya malah merampas tapak kampus itu milik Yayasan Kebajikan Kemiskinan.Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Seksyen 7 di sini yang dihadiri 3,500 orang daripada 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN. 


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, February 23, 2013

HOT NEWS !!! ISU BUBAR SELANGOR !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!


Kenyataan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk mengumumkan hendak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) hanya satu lagi gimik politik kerana beliau tidak akan berani berbuat demikian walaupun mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar berkata,beliau mempersoalkan mengapa sampai sekarang Abdul Khalid tidak berani mengumumkan tarikh pembubaran Dun Selangor walaupun mendakwa mendapat persetujuan Sultan Selangor. 

“Kenapa tarikh pembubaran Dun Selangor masih tidak diumumkan ??? Sedangkan sebelum ini Abdul Khalid banyak membuat kenyataan pengumuman mengenai pembubaran Dun selepas Chap Goh Mei.Bagaimanapun,saya berani menyatakan sidang Dun Selangor ini tidak akan dibubarkan Menteri Besar dalam masa terdekat ini kerana yakin Dun Selangor dan Parlimen akan dibubarkan serentak,” katanya. 

Abdul Khalid dilaporkan sebagai berkata beliau telah menghadap Sultan Sharafuddin dan baginda bersetuju dengan hasrat kerajaan negeri membubarkan dewan tetapi menitahkan supaya pengumumannya dilakukan dengan tertib.Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata,ini tidak lebih daripada gimik politik kerana sebelum ini Abdul Khalid mempertikai daftar pemilih di Selangor dan ingin mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke mahkamah kerana kononnya pendaftaran pemilih tidak mengikut peraturan. 

 “Saya difahamkan pakatan pembangkang juga mahu saman dan membawa perkara itu ke mahkamah kerana kononnya mendakwa SPR tidak bersih selain dikatakan gagal mengikut peraturan sedia ada.Apabila SPR sendiri bersedia ke mahkamah,namun menteri besar sehingga kini masih berdiam dan tiada pelaksanaan seperti yang diumumkan. Bahkan ke mana perginya cadangan untuk membentangkan kertas putih mengenai isu ini ?? Saya lihat PR Selangor hanya pandai bercakap demi kepentingan politik, ini beza dengan pendekatan yang diambil BN.Menteri besar macam 'konduktor bas' yang mengikut telunjuk DAP,” katanya.

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, February 08, 2013

HOT NEWS !!! ISU PETANI DAN NELAYAN !!! @NOHOMAR MEMBANTAI PR KAW-KAW !!!


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yakin kumpulan petani dan nelayan di dearah ini tidak akan mudah terpedaya dengan helah pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).Beliau berkata tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang menuduh kononnya BN mengugut kumpulan itu dengan menghalang mereka memberi undi kepada pembangkang adalah tidak benar.Katanya pakatan pembangkang sebenarnya buta dan isu itu ditimbulkan sebagai modal ceramah untuk mengelirukan pengundi terutamanya golongan pesawah dan petani di sini. 

 "Tuduhan itu sepatutnya tidak timbul kerana pakatan pembangkang sendiri yang tidak boleh terima kenyataan sekiranya BN berjaya menawan Selangor semula.Sebelum ini terbukti di Perak apabila pemimpin mereka sendiri yang menimbulkan huru-hara selepas BN berjaya mentadbir semula negeri itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya, Khamis. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar kononnya BN menggunakan taktik menakut-nakutkan pengundi dalam siri ceramahnya di Sawah Sempadan,di sini baru-baru ini.Mengulas lanjut,Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,berkata beliau percaya dengan kesetiaan pengundi kerana mereka tahu siapa yang banyak membantu mereka."Kerajaan Persekutuan telah banyak membantu termasuk memberi peruntukan berbentuk subsidi, insentif dan input pertanian berjumlah RM2.5 bilion dalam bajet tahun ini.Petani dan nelayan boleh menilai kesungguhan kerajaan persekutuan yang banyak membantu meningkatkan hasil pendapatan mereka dan kita percaya undian mereka kepada BN tidak berubah," katanya. Bernama

RENUNG-RENUNGKAN 

Wednesday, February 06, 2013

HOT NEWS !!! ISU SYABAS !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!!


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini membidas sikap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering mempersoal setiap usaha kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan isu air di negeri itu. Beliau berkata terbaharu,Abdul Khalid mahu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memberi penerangan secara terperinci tentang tindakan yang akan dilakukan menerusi peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta yang disalur kerajaan persekutuan.

"Apa rasional Abdul Khalid mahu semua ini, sepatutnya mereka bersama-sama membantu menyelesaikan isu ini, kerajaan persekutuan salurkan (peruntukan) bagi mengatasi masalah air malah peruntukan dalam bentuk pinjaman berjumlah RM345 juta turut diberi kepada kerajaan Selangor bagi menangani isu sama.Jadi tidak perlu persoalkan,sepatutnya sama-sama buat,Syabas dan kerajaan Selangor lakukan usaha masing-masing untuk menyelesaikan isu ini, bukan cari salah siapa dan memutar belit isu air ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata bukan semua isu boleh serta wajar dipolitikkan kerana ada perkara yang perlu diselesaikan dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.Beliau berkata isu membabitkan keperluan asas tidak sepatutnya dijadikan alat politik oleh mana-mana pihak sebaliknya bersama-sama mencari jalan penyelesaian terbaik sebelum keadaan menjadi lebih buruk. 

"Cukuplah politikkan dan putar belit isu air ini, dulu heboh kerajaan persekutuan tidak benarkan penstrukturan semula air, bila kita benarkan timbul hal lain, kita mahu bina Langat2 juga mereka halang, jadi apa sudahnya," katanya. 

Abdul Khalid menerusi satu kenyataan media Ahad lepas, mempersoal tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan bantuan kewangan RM120 juta kepada Syabas bagi menyelesaikan isu air di Selangor.Menteri Besar Selangor itu turut meminta Syabas memberi secara terperinci bentuk-bentuk perbelanjaan yang akan dibelanjakan menggunakan dana itu.Terdahulu, Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang menyampaikan Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) berjumlah RM1,000 seorang kepada 445 penerima dari Kuala Selangor,Sabak Bernam dan Tanjong Karang. - Bernama

RENUNG-RENUNGKAN 

Tuesday, February 05, 2013

HOT NEWS !!! TUNTUTAN RAKYAT SELANGOR UNTUK AIR !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!!


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar menasihati kerajaan Selangor supaya menggunakan meja rundingan bagi menyelesaikan masalah atau tuntutan rakyat daripada menggunakan saluran mahkamah.

"Untuk menyelesaikan masalah rakyat ni bukannya di mahkamah tetapi rakyat ada hak untuk menuntut di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada hampir 1,000 ibu bapa kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Burong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong di sini Isnin. 

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengenepikan saman tuntutan pemberian air percuma daripada lebih 700 pengguna meter air pukal di Selangor.Beliau berkata jika kerajaan Selangor adalah sebuah kerajaan yang ikhlas dan bertanggungjawab dan hendak menunaikan janji serta mengakui manifesto itu satu janji sewajarnya mereka boleh berunding dengan kumpulan rakyat yang membuat tuntutan itu di luar mahkamah. Namun, nampaknya kerajaan negeri pakatan pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS masih mahu terus bermain politik sedangkan mandat pemerintahan mereka akan berakhir beberapa bulan lagi sebelum pilihan raya umum diadakan,kata beliau. 

Noh berkata : "Kerajaan negeri kena bersedia bahawa kebangkitan rakyat Selangor jelas mereka nak menuntut hak mereka kerana janji-janji manis PKR masa kempen pilihan raya 2008 menyebabkan rakyat terpengaruh dengan janji mereka, maka rakyat sokong mereka dan Barisan Nasional kalah di negeri Selangor."

Beliau berkata setelah pengguna-pengguna air dan ibu-ibu tunggal memfailkan tuntutan mereka terhadap janji kerajaan negeri yang tidak ditepati di mahkamah,kumpulan warga emas yang masih tidak mendapat caruman takaful RM2,500 dan peniaga yang tidak menikmati potongan cukai pintu sebanyak 10 peratus sedang melakukan persedian untuk tindakan yang sama.Sementara itu, dalam ucapannya beliau berkata ekoran masalah kekurangan bekalan air untuk jangka panjang di Selangor,sejumlah 450 projek kilang tidak dapat dilaksanakan dan ini mengakibatkan kehilangan 20,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak Selangor.Oleh kerana tiada jaminan bekalan air akan cukup bila kilang berkenaan siap nanti maka projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan dan dikhuatiri para pelabur akan lari mencari peluang pelaburan di negeri-negeri lain mengakibatkan Selangor menjadi mundur,katanya. Faktor yang sama juga menyebabkan projek-projek perumahan baharu tidak dapat dilaksanakan di Selangor dan bakal mengakibatkan kenaikan harga rumah di negeri ini, kata Noh.

Bagaimanapun,Noh berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin Kerajaan Pusat telah melaksanakan projek mitigasi untuk mengatasi masalah air di Selangor dengan peruntukan RM606 juta tahun lepas,di mana RM354 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk pinjaman bagi tujuan yang sama tetapi nampaknya tiada apa-apa kemajuan atau perubahan di Selangor. Oleh itu minggu lepas, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM125 juta lagi bagi projek mitigasi untuk bekalan air di Selangor,katanya.Pada masa yang sama Noh berkata walaupun ada pihak yang mengatakan memang sepatutnya kerajaan memberi balik kepada rakyat duit hasil kutipan cukai menerusi bantuan awal persekolahan atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),bukan semua kerajaan berbuat begitu.Mungkin ramai yang tidak perasan sebelum ini Kerajaan Malaysia memberikan subsidi bernilai RM25 bilion setahun agar rakyat Malaysia membayar harga yang rendah untuk bahan api yang menggerakkan kenderaan mereka, gas memasak untuk memasak makanan mereka dan bahan asas lain seperti tepung, gula dan minyak masak, katanya.Bahkan,katanya ada yang berkata kerajaan boleh bankrap kerana memberi subsidi dan bantuan langsung secara tunai kepada rakyat tetapi sebenarnya kerajaan mampu berbuat demikian kerana hasil kutipan cukai yang meningkat di mana pada tahun lepas Lembaga Hasil Dalam Negeri mengutip RM125 bilion. - Bernama

RENUNG-RENUNGKAN 

Sunday, February 03, 2013

HOT NEWS !!! BUBAR DUN !!! @NOHOMAR MEMBANTAI KHALID GAGAP KAW-KAW !!!



Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.Kenyataan beliau itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.Pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.Saya mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor.Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya.Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini.

Kita harap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti.Kita tidak mahu apabila kalah,macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN.Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang Berkenaan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor membubarkan Dun,Saya melihat ini membuktikan bahawa pakatan pembangkang semenangnya tidak pernah sepakat.Dalam membuat keputusan yang begitu besar yang melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan,ini menunjukkan pakatan pembangkang sebenarnya sebuah parti yang cacamarba.Mereka tidak layak untuk mentadbir sebuah negeri mahpun negara Saya mengambil kesempatan menasihati rakyat agar membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kebajikan dan masa depan yang terbela.

Terima Kasih
Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

RENUNG-RENUNGKAN 

Friday, January 25, 2013

ISU AIR !!! @NOHOMAR MEMBANTAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN KHALID GAGAP KAW-KAW !!!


Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) disifatkan sebagai mengetepikan masalah rakyat.Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri itu sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi rakyat bukannya mengambil tindakan yang jelas berkaitan politik semata-mata.

"Rakyat perlu menilai sendiri sikap kerajaan pakatan pembangkang ini yang ambil tindakan tidak munasabah bekukan Capex dan salahkan Syabas," katanya pada sidang akhbar selepas menyertai sambutan Maulidur Rasul Peringkat Tanjong Karang.


Noh berkata kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM606 juta untuk program mitigasi air serta kerja baik pulih paip dan membina loji air tambahan.Malah,katanya kerajaan persekutuan turut memberi pinjaman kepada kerajaan Selangor untuk program mitigasi air bagi menyelesaikan isu air di negeri itu Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata bagaimanapun,kerajaan Selangor terus berdolak dalih dalam isu itu dan cuba menyalahkan kerajaan persekutuan.Anggota Dewan Undangan (Adun) Permatang Sulaiman Razak berkata isu Capex dibangkitkan sejak 2009 apabila kerajaan Selangor mahu Syabas memastikan supaya air tidak berhasil (NRW) dikurangkan dari 34 ke 15 peratus membabitkan pembaikan 2,000 kilometer paip sehingga 2014. 

"Bila bekukan Capex bagaimana kerja ganti paip mahu dilakukan, bila kerja paip tidak dapat diteruskan akan menyebabkan usaha untuk mengurangkan NRW gagal dicapai, kalau betul kerajaan Selangor mahu selesaikan isu air mengapa bekukan Capex," katanya.

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco semalam,Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor akan mempertahankan pendirian mereka untuk mengambil alih perkhidmatan industri air daripada syarikat konsesi air di Selangor. Berikutan itu kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan Pembekuan Perbelanjaan Modal (Capex) yang didakwa mereka untuk menjaga kebajikan rakyat. - Sahabat Gunung

RENUNG-RENUNGKAN 
 
 
Blogger Templates