Social Icons

Pages

Tuesday, February 05, 2013

HOT NEWS !!! TUNTUTAN RAKYAT SELANGOR UNTUK AIR !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!!


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar menasihati kerajaan Selangor supaya menggunakan meja rundingan bagi menyelesaikan masalah atau tuntutan rakyat daripada menggunakan saluran mahkamah.

"Untuk menyelesaikan masalah rakyat ni bukannya di mahkamah tetapi rakyat ada hak untuk menuntut di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada hampir 1,000 ibu bapa kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Burong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong di sini Isnin. 

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengenepikan saman tuntutan pemberian air percuma daripada lebih 700 pengguna meter air pukal di Selangor.Beliau berkata jika kerajaan Selangor adalah sebuah kerajaan yang ikhlas dan bertanggungjawab dan hendak menunaikan janji serta mengakui manifesto itu satu janji sewajarnya mereka boleh berunding dengan kumpulan rakyat yang membuat tuntutan itu di luar mahkamah. Namun, nampaknya kerajaan negeri pakatan pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS masih mahu terus bermain politik sedangkan mandat pemerintahan mereka akan berakhir beberapa bulan lagi sebelum pilihan raya umum diadakan,kata beliau. 

Noh berkata : "Kerajaan negeri kena bersedia bahawa kebangkitan rakyat Selangor jelas mereka nak menuntut hak mereka kerana janji-janji manis PKR masa kempen pilihan raya 2008 menyebabkan rakyat terpengaruh dengan janji mereka, maka rakyat sokong mereka dan Barisan Nasional kalah di negeri Selangor."

Beliau berkata setelah pengguna-pengguna air dan ibu-ibu tunggal memfailkan tuntutan mereka terhadap janji kerajaan negeri yang tidak ditepati di mahkamah,kumpulan warga emas yang masih tidak mendapat caruman takaful RM2,500 dan peniaga yang tidak menikmati potongan cukai pintu sebanyak 10 peratus sedang melakukan persedian untuk tindakan yang sama.Sementara itu, dalam ucapannya beliau berkata ekoran masalah kekurangan bekalan air untuk jangka panjang di Selangor,sejumlah 450 projek kilang tidak dapat dilaksanakan dan ini mengakibatkan kehilangan 20,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak Selangor.Oleh kerana tiada jaminan bekalan air akan cukup bila kilang berkenaan siap nanti maka projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan dan dikhuatiri para pelabur akan lari mencari peluang pelaburan di negeri-negeri lain mengakibatkan Selangor menjadi mundur,katanya. Faktor yang sama juga menyebabkan projek-projek perumahan baharu tidak dapat dilaksanakan di Selangor dan bakal mengakibatkan kenaikan harga rumah di negeri ini, kata Noh.

Bagaimanapun,Noh berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin Kerajaan Pusat telah melaksanakan projek mitigasi untuk mengatasi masalah air di Selangor dengan peruntukan RM606 juta tahun lepas,di mana RM354 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk pinjaman bagi tujuan yang sama tetapi nampaknya tiada apa-apa kemajuan atau perubahan di Selangor. Oleh itu minggu lepas, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM125 juta lagi bagi projek mitigasi untuk bekalan air di Selangor,katanya.Pada masa yang sama Noh berkata walaupun ada pihak yang mengatakan memang sepatutnya kerajaan memberi balik kepada rakyat duit hasil kutipan cukai menerusi bantuan awal persekolahan atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),bukan semua kerajaan berbuat begitu.Mungkin ramai yang tidak perasan sebelum ini Kerajaan Malaysia memberikan subsidi bernilai RM25 bilion setahun agar rakyat Malaysia membayar harga yang rendah untuk bahan api yang menggerakkan kenderaan mereka, gas memasak untuk memasak makanan mereka dan bahan asas lain seperti tepung, gula dan minyak masak, katanya.Bahkan,katanya ada yang berkata kerajaan boleh bankrap kerana memberi subsidi dan bantuan langsung secara tunai kepada rakyat tetapi sebenarnya kerajaan mampu berbuat demikian kerana hasil kutipan cukai yang meningkat di mana pada tahun lepas Lembaga Hasil Dalam Negeri mengutip RM125 bilion. - Bernama

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates