Social Icons

Pages

Saturday, February 23, 2013

HOT NEWS !!! ISU BUBAR SELANGOR !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!


Kenyataan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk mengumumkan hendak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) hanya satu lagi gimik politik kerana beliau tidak akan berani berbuat demikian walaupun mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar berkata,beliau mempersoalkan mengapa sampai sekarang Abdul Khalid tidak berani mengumumkan tarikh pembubaran Dun Selangor walaupun mendakwa mendapat persetujuan Sultan Selangor. 

“Kenapa tarikh pembubaran Dun Selangor masih tidak diumumkan ??? Sedangkan sebelum ini Abdul Khalid banyak membuat kenyataan pengumuman mengenai pembubaran Dun selepas Chap Goh Mei.Bagaimanapun,saya berani menyatakan sidang Dun Selangor ini tidak akan dibubarkan Menteri Besar dalam masa terdekat ini kerana yakin Dun Selangor dan Parlimen akan dibubarkan serentak,” katanya. 

Abdul Khalid dilaporkan sebagai berkata beliau telah menghadap Sultan Sharafuddin dan baginda bersetuju dengan hasrat kerajaan negeri membubarkan dewan tetapi menitahkan supaya pengumumannya dilakukan dengan tertib.Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata,ini tidak lebih daripada gimik politik kerana sebelum ini Abdul Khalid mempertikai daftar pemilih di Selangor dan ingin mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke mahkamah kerana kononnya pendaftaran pemilih tidak mengikut peraturan. 

 “Saya difahamkan pakatan pembangkang juga mahu saman dan membawa perkara itu ke mahkamah kerana kononnya mendakwa SPR tidak bersih selain dikatakan gagal mengikut peraturan sedia ada.Apabila SPR sendiri bersedia ke mahkamah,namun menteri besar sehingga kini masih berdiam dan tiada pelaksanaan seperti yang diumumkan. Bahkan ke mana perginya cadangan untuk membentangkan kertas putih mengenai isu ini ?? Saya lihat PR Selangor hanya pandai bercakap demi kepentingan politik, ini beza dengan pendekatan yang diambil BN.Menteri besar macam 'konduktor bas' yang mengikut telunjuk DAP,” katanya.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates