Social Icons

Pages

Saturday, February 23, 2013

KANTOI !!! RUPANYA MAHFUZ OMAR DALANG DESAK AZIZAN BERUNDUR DARI JAWATAN MENTERI BESAR ??? WAJIB BACA !!!


Ramai yang tidak tahu bahawa di kala Phahrolrazi sedang mengasak Azizan dari kiri,kanan,atas dan bawah,Mahfuz Omar rupanya sedang berkempen secara halus untuk meletakkan dirinya di kerusi Menteri Besar Kedah.Mahfuz difahamkan ‘berkongsi’ dengan Phahrolrazi untuk menggerakkan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri sekali gus.Phahrolrazi bagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul.Mungkin beliau terlupa bahawa beliau juga yang memberikan contoh tauladan untuk menggunakan cara biadap dan tidak betul sebelum ini apabila mendesak Azizan berundur.Oleh itu,penafian Phahrolrazi tidak membawa apa-apa makna kerana permusuhan, dendam dan kebenciannya pada Azizan begitu terserlah.Pendek kata,siapa yang tidak tahu yang Phahrolrazi gila kuasa ingin merampas jawatan Azizan sehingga tak tertahan-tahan.Kegilaan Phahrolrazi ini dilihat sebagai ‘peluang’ bagi Mahfuz untuk menampilkan diri sebagai calon terbaik. Rakyat pasti tidak suka melihat orang yang gila kuasa seperti Phahrolrazi dan rakyat juga sudah ‘serik’ dengan Azizan yang tidak tahu apa-apa. 

Apa yang menariknya dalam krisis PAS Kedah ini ialah,desakan agar Azizan berundur oleh 11 DUN itu bukan kerana beliau gagal menangani pembalakan haram,bukan kerana beliau gagal membawa masuk pelaburan,bukan kerana beliau gagal mengawal pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, bukan kerana gagal menangani masalah KUIN,bukan kerana projek-projek yang tidak masuk akal dan kerugian,bukan kerana anak-anak syarikat kerajaan lingkup dikerjakan kroni-kroni pegawai yang dilantiknya,bukan juga kerana beliau menyebabkan hutang Kedah meningkat sehingga 50% sejak mengambil-alih negeri.Malah,PAS membela Azizan dalam semua isu-isu di atas sehinggakan sanggup melakukan perhimpunan besar-besaran di Pedu bagi menafikan kritikan serta menunjukkan sokongan terhadap pembalakan haram. Semua masalah negeri dan rakyat ini bukanlah isu besar bagi PAS.Yang menjadi masalah bagi PAS dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang ‘mesra’ UMNO/BN. Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak PAS di Kedah kerana menurut mereka,beliau lebih UMNO dari UMNO.Beliau dikritik kerana tidak memakai kopiah putih, tetapi songkok. Beliau juga tidak memakai jubah, tetapi berkot.Selain itu,semua orang Kedah tahu bahawa ahli keluarga beliau dan isteri beliau majoritinya adalah orang-orang UMNO,malah mempunyai pertalian darah dengan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Osman Aroff.Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan Kedah sejak zaman UMNO lagi merupakan sanak saudara Azizan atau isterinya.

Pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO,sehinggakan sanggup memakai baju IM4U yang membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati PAS Kedah.Akibatnya,beliau dikritik hebat oleh PAS dan disindir agar menyertai UMNO saja.Dari situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya untuk mengasak Azizan agar berundur.Hakikatnya, kesebelas DUN PAS yang mendesak Azizan berundur itu langsung tidak pernah fikirkan mengenai keadaan negeri Kedah yang telah hancur.Yang mereka tahu ialah mereka inginkan Menteri Besar yang berimej PAS tulin, itu saja.Dengan masalah negeri yang begitu kronik iaitu ketiadaan sumber pendapatan serta perbelanjaan dan kerugian yang terus meningkat dari hari ke sehari,sesiapa sahaja yang ingin merampas jawatan Azizan seharusnya mampu membentangkan jalan penyelesaian bagi semua permasalahan ini. 

 Setakat ini Phahrolrazi hanya tahu mengugut Pulau Pinang untuk membayar caj bekalan air mentah yang mana langsung tidak dilayan oleh negeri itu.Lebih dari itu,beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negeri Kedah.Mahfuz pula,mengeja perkataan ‘ekonomi’ pun belum tentu lagi mampu.Justeru,apa yang nak diharapkan darinya untuk merancang ekonomi negeri.Setakat mengutuk BN ke hulu ke hilir bolehlah dia,sekadar untuk membuat orang tuanya bangga melihat anak mereka berjaya walaupun tidak lulus periksa.Membayangkan Mahfuz yang mengganti Azizan,samalah saja seperti menyerahkan jawatan itu kepada kambing atau lembu.Di tangan Azizan,Kedah sudah pun hancur lebur.Jika diserahkan kepada Mahfuz ,maka Kedah yang telah hancur itu akan dikunyah sehingga lunyai,dihadamkan dan akhirnya menjadi bahan buangan.Justeru,saya tidak nampak masa depan negeri Kedah di bawah PAS, tak kira siapapun Menteri Besarnya.Antara Azizan, Phahrolrazi,Mahfuz dan Lembu,semuanya sama saja.

RENUNG-RENUNGKAN 

5 comments:

Anonymous said...

Tak kira lah sebanyak mana ahli dun atau pun ahli semak samun yang menuntut ostad jijan untuk berundur, motif mereka ada lah untuk menutupi kelemahan mereka secara berkelompok, tu saja. Takkan lah si ostad jijan ni beroperasi mentadbir negeri Kedah secara berseorangan, mana pergi nya exco sekian lama sewaktu parti kemunduran rakyat beroperasi. Dah di telanjangkan kemungkaran pentadbiran negeri Kedah yang di tadbir secara keseluruhnya dari exco sampai kepada MB,( semua nya ahli pas yang bahlol lagi penyangak) mereka semua bersekongkol untuk menuding jari kat ostad jijan. Find a scape goat or a black sheep to put the blame. Orang Kedah sedar lah diri, ahli akademik KUIN yang ternyata berpedidikkan tinggi pun nak di tipu olih ostad ostad exco ni ke. Sanggup kah anda sekelian menerima seorang pemimpin yang jawatan akhir sekali sebagai porter, tidak mampu mengurus anak beliau sendiri yang menjadi penagih dadah untuk mentadbir negeri Kedah.? Nak baca finacial spreadsheets pun tak reti. Mentadbir negeri bukan saja pandai kelentong atau pun ceramah kosong, isi perut keluarga dan gaji kaki tangan negeri perlu di bayar. Jikalau dah otak kosong macam tolak trolley akibat nya negeri Kedah makin mundur lah .

Anonymous said...

WOW! Mahfuz Omar aka Julius Ceasar Pokok Sena sedang mengatur langkah....Ooops bahasa mestilah kelas sikit-Julius Ceasar Pokok Sena- sedang mengatur strategi Jalan menuju ke singgahsana persekutuan Negeri menjawat jawatan Julius Ceasar aka Menteri Besak Kedah......wow....kemudian mengambil alih pentadbiran pas pusat dari Haji Hadi dan juga ketua mushidull dari nik aziz. maka lengkaplah Julius Ceasar Mahfuz omar.

mari kita ramai ramai pakat beri sokongan moral kepada Julius Ceasar Mahfuz Omar yang sedang dalam buatan.

Jangan takut anwar ibrahim ada boleh bagi duit. dia boleh gadai semua kote dan telok hampa.

haji hadi dan nik aziz boleh gadai nama allah kepada benggali tua tu dan khalifah lim guan eng. Jangan takut makan duit haram pun dapat pahala kata nik aziz hanya jangan makan duit BR1M sahaja jadi lembu dan ayam.

Bersedia semua untuk sambut Julius Ceasar Mahfuz Omar pokok sena.

Anonymous said...

WOW! Mahfuz Omar aka Julius Ceasar Pokok Sena sedang mengatur langkah....Ooops bahasa mestilah kelas sikit-Julius Ceasar Pokok Sena- sedang mengatur strategi Jalan menuju ke singgahsana persekutuan Negeri menjawat jawatan Julius Ceasar aka Menteri Besak Kedah......wow....kemudian mengambil alih pentadbiran pas pusat dari Haji Hadi dan juga ketua mushidull dari nik aziz. maka lengkaplah Julius Ceasar Mahfuz omar.

mari kita ramai ramai pakat beri sokongan moral kepada Julius Ceasar Mahfuz Omar yang sedang dalam buatan.

Jangan takut anwar ibrahim ada boleh bagi duit. dia boleh gadai semua kote dan telok hampa.

haji hadi dan nik aziz boleh gadai nama allah kepada benggali tua tu dan khalifah lim guan eng. Jangan takut makan duit haram pun dapat pahala kata nik aziz hanya jangan makan duit BR1M sahaja jadi lembu dan ayam.

Bersedia semua untuk sambut Julius Ceasar Mahfuz Omar pokok sena.

Maktab Mahmud said...

Meluat!

Anonymous said...

hebat juga mahput umak sekolah sekerat jln banding tok jijan...boleh cucuk hidung lembu dan ayam (pinjam istilah nik aziz)dari 11 dun buat demo... ari ni depa demo kat megat dewa (tengok berita tv1)...mungkin tak ramai yg tahu tempat tuh...tengok apa depa tulis "azizan pencacai umno"...modal demo pun longgar saja... mahput dan pahrulrazi tak dak modal ke nak gantung perkataan kat kepala lembu dan ayam...cucuk pikiran lembu dan ayam dng alasan nak pemimpin pas tulin.... mungkin org luar yg tak tahu sangat tentang hamPAS megat dewa...sebenarnya org pas di kawasan itu telah ditanam bibit perpecahan sesama org melayu islam sejak hampir lima puluh tahun lalu...pulau memulau sesama masyarakat dah lama berlaku...bila depa dpt perintah kedah apa lagi takbur sangat2lah...bila dicucuk ketiak "azizan pencacai umno" terlompat-lompatlah lembu dan ayam tu...tabik unt mahput pasal dia pandai tabur umpan yg mengena...masuk berita tv kononnya mereka nak tutup pos mengundi....hah mampuih kakllooh...peduli apa...

 
 
Blogger Templates