Sesungguhnya Projek Datum Jelatek ini merupakan satu projek hebat projek kediaman kondominium super mewah di tapak runtuhan bangunan rumah pangsa orang Melayu di Kampung Datuk Keramat.Ianya merupakan 1 projek kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatek ini menawarkan harga dari RM956,000 hingga RM11.6 juta.Bukannya mahal sangat pun.ini juga merupakan bukti bahawa kerajaan Selangor memang membuat RUMAH MAMPU MILIK dan Skim Perumahan Anak Muda.Jadi,Khalid Ibrahim memang seorang pemimpin yang berjiwa besar hinggakan KERA DI HUTAN DI SUSUKAN DAN DIDODOIKAN,ANAK DI BUAIAN MATI KELAPARAN.Maka,projek MAHA HEBAT hinggakan KERA di hutan pun disusukan ini pun mendapat tentangan rakyat
Mengapa penduduk keramat dan NGO bantah projek ini ???
INI JAWAPANNYA !!!
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membantah cadangan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu membangunkan projek kediaman kondominium super mewah di tapak runtuhan bangunan rumah pangsa orang Melayu di Kampung Datuk Keramat.Presidennya,Hamidzun Khairuddin berkata,kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatek ini menawarkan harga dari RM956,000 hingga RM11.6 juta sebuah adalah harga yang langsung tidak munasabah untuk dibeli oleh orang Melayu, Cina atau India yang berpendapatan kecil dan sederhana.
“Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum RM20,000 sebulan sahaja yang mampu untuk membeli kondominium tersebut.Ini juga bermakna usaha yang dipelopori PKNS,kini terpesong jauh dari tanggungjawab mereka yang sepatutnya membina perumahan untuk golongan rendah dan sederhana.Kita juga ingin mempertikai polisi perumahan kerajaan negeri khususnya PKNS yang dalam masa lima tahun ini hanya menumpukan pembinaan rumah untuk orang kaya dan jutawan sahaja sedangkan 90 peratus penduduk Selangor adalah terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.Kondominium Datum Jelatik ini adalah contoh terbaik pelaksanaan polisinya,” ujarnya kepada pemberita.
GAPS turut mempertikai penjualan secara enblock dua blok kondominium mewah ini kepada warga luar.“Adakah warganegara luar yang lebih memerlukan rumah di Kampung Datuk Keramat ini berbanding rakyat tempatan ??? Nampaknya kini MB melaksanakan visi ‘kera di hutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan’ dan yang paling menyedihkan,MB selaku pengerusi PKNS pernah berjanji semasa majlis makan durian dengan penduduk Keramat ketika perobohan rumah pangsa tersebut beberapa tahun lalu,bahawa akan dibangunkan rumah mampu milik di atas kawasan tersebut.
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Tahniah rakyat Selangor kerana buat perubahan di PRU 12 yang lalu.
Post a Comment