Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN)
Selangor hari ini membidas sikap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang
sering mempersoal setiap usaha kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan isu air
di negeri itu.
Beliau berkata terbaharu,Abdul Khalid mahu Syarikat Bekalan Air Selangor
(Syabas) memberi penerangan secara terperinci tentang tindakan yang akan
dilakukan menerusi peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta yang disalur kerajaan
persekutuan.
"Apa rasional Abdul Khalid mahu semua ini, sepatutnya mereka bersama-sama
membantu menyelesaikan isu ini, kerajaan persekutuan salurkan (peruntukan) bagi
mengatasi masalah air malah peruntukan dalam bentuk pinjaman berjumlah RM345
juta turut diberi kepada kerajaan Selangor bagi menangani isu sama.Jadi tidak perlu persoalkan,sepatutnya sama-sama buat,Syabas dan kerajaan
Selangor lakukan usaha masing-masing untuk menyelesaikan isu ini, bukan cari
salah siapa dan memutar belit isu air ini," katanya pada sidang akhbar di sini
hari ini.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata bukan semua
isu boleh serta wajar dipolitikkan kerana ada perkara yang perlu diselesaikan
dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.Beliau berkata isu membabitkan keperluan asas tidak sepatutnya dijadikan
alat politik oleh mana-mana pihak sebaliknya bersama-sama mencari jalan
penyelesaian terbaik sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
"Cukuplah politikkan dan putar belit isu air ini, dulu heboh kerajaan
persekutuan tidak benarkan penstrukturan semula air, bila kita benarkan timbul
hal lain, kita mahu bina Langat2 juga mereka halang, jadi apa sudahnya,"
katanya.
Abdul Khalid menerusi satu kenyataan media Ahad lepas, mempersoal tindakan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan bantuan kewangan RM120
juta kepada Syabas bagi menyelesaikan isu air di Selangor.Menteri Besar Selangor itu turut meminta Syabas memberi secara terperinci
bentuk-bentuk perbelanjaan yang akan dibelanjakan menggunakan dana itu.Terdahulu, Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang menyampaikan
Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M)
berjumlah RM1,000 seorang kepada 445 penerima dari Kuala Selangor,Sabak Bernam
dan Tanjong Karang. - Bernama
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
patut SYABAS tny dia balik mcm mana dia boleh luluskan rompakan wang rakyat untuk menyelamatkan talam corp ???
Post a Comment