Social Icons

Pages

Sunday, February 03, 2013

HOT NEWS !!! BUBAR DUN !!! @NOHOMAR MEMBANTAI KHALID GAGAP KAW-KAW !!!



Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.Kenyataan beliau itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.Pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.Saya mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor.Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya.Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini.

Kita harap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti.Kita tidak mahu apabila kalah,macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN.Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang Berkenaan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor membubarkan Dun,Saya melihat ini membuktikan bahawa pakatan pembangkang semenangnya tidak pernah sepakat.Dalam membuat keputusan yang begitu besar yang melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan,ini menunjukkan pakatan pembangkang sebenarnya sebuah parti yang cacamarba.Mereka tidak layak untuk mentadbir sebuah negeri mahpun negara Saya mengambil kesempatan menasihati rakyat agar membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kebajikan dan masa depan yang terbela.

Terima Kasih
Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates