Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,Datuk Seri Noh Omar menyifatkan negeri itu kini menjadi tumpuan 'parasit' politik yang telah ditolak penduduk negeri lain.Katanya,kedatangan mereka itu yang sebelum ini bertanding di luar Selangor juga memberi gambaran pakatan pembangkang tidak mempunyai anak tempatan berkaliber untuk diletak sebagai calon."Nampaknya suami kata nak bertanding di Selangor,ini isteri pula (nak bertanding) di DUN (dewan undangan negeri),jadi dua-dua lari dari Pulau Pinang datang ke Selangor.Kenapa tidak bawa sekali anak-anak bertanding di sini? Orang Selangor sudah tidak ada ke yang layak jadi wakil rakyat?" katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh merujuk kepada desas-desus Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR),Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya,yang juga Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Mengulas lanjut,Noh berkata,perbuatan pemimpin pakatan pembangkang itu juga membayangkan mereka tidak menghargai pemimpin tempatan.
"Biar orang Selangor jadi penonton sahajalah,kerja kuat-kuat dia bawa orang luar,ini lebih teruk daripada kroni," kata Noh sinis.
Beliau juga berpandangan wujud masalah dalaman yang serius dalam PKR Selangor apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah mengiktiraf Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar di Selangor selepas ini.
"Kumpulan (Timbalan Presiden PKR) Azmin (Ali) nak tolak dia (Khalid) jadi Menteri Besar,dia pun tidak mahu Azmin jadi Menteri Besar,jadi dia kata biarlah Wan Azizah jadi Menteri Besar.
"Mereka belum pasti akan menang tetapi sudah ada adu domba antara mereka siapa nak jadi menteri besar... nampak sangat PKR Selangor berpecah," katanya. - Bernama
MANA ORANG SELANGOR NI ???
KATA DAH KUAT SANGAT DAN BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT ???
JANJI PUN TAK DITEPATI !!!
APA CERITA NI ???
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
orang melayu Islam perlu undi BN...buktinya dulu semasa BN memerintah selangor nisbah exco melayu Islam dengan bukan Islam ialah 7:3 tetapi skerang di bawah PR exco Melayu Islam dengan bukan Islam 5:5..Majoriti rakyat Selangor masih lagi Islam tapi kuasa politik telah terhakis... apakah peranan PAS dalam PR??? tak ada pun...sungguh sedih sekali...
Ada la peranan dorang.. Pecah belahkn owg melayu.. Jual aset kerajaan negeri manifesto bkn janji.. Negeri kebajikan versi pkr kaki kencing
tu pun dulu hampa jugak yang undi depa..bila dah jadi lagu ni bru nak sedag..bru nak berakai. Masa undi dlu x pkiag. Lagu tu la orang selangor.
Ki ki ki (tkg gelak)
kalu kata dah jenis bangsa mangkag xleh nk kta apa dh..
Post a Comment