Social Icons

Pages

Tuesday, April 09, 2013

HOT NEWS !!! BUDAYA NEPOTISME !!! @NOHOMAR MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!


Timbalan Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar menyifatkan amalan nepotisme wujud dalam PKR dan pakatan pembangkang sejak dahulu lagi.Noh menjelaskan,kenyataan Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan isterinya,Presiden PKR, Datin Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga disifatkan helah politik.

“Jika benar Anwar tidak mengamalkan nepotisme dalam parti,sudah tentu anak sulungnya tidak akan terjebak dalam politik dan menjadi wakil rakyat di Lembah Pantai pada PRU lalu.Begitu juga Pengerusi DAP,Karpal Singh turut membawa masuk anaknya,Gobind Singh,Ahli Parlimen Puchong menyertai DAP diikuti pemimpin PKR lain yang mengambil langkah sama.Kalau boleh,mereka mahu jadikan parti itu sebagai harta pusaka yang diwariskan kepada anak masing-masing,” katanya ketika mengulas kenyataan Anwar berhubung isterinya tidak akan bertanding pada PRU13 sebagai respons dakwaan nepotisme dalam PKR.

Noh turut menjelaskan,amalan itu turut menimbulkan tidak puas hati ahli dan dibuktikan dengan berita keluar parti yang didedahkan media.“Saya harap rakyat sedar perkara ini kerana pakatan pembangkang ada agenda tertentu demi memenuhi kepentingan peribadi masing-masing apabila melibatkan anak dan isteri dalam parti,” katanya.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates