ss

ss

Ayuh Rakyat Malaysia Kita Bantu Rakyat Syria

Ayuh Rakyat Malaysia Kita Bantu Rakyat Syria

Pray For MH370

Pray For MH370

Saturday, January 05, 2013

HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!



Jangan beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun jika tidak mahu melihat negara dimusnahkan.Itulah ingatan bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad ketika rakyat mula meramal tarikh pilihan raya yang semakin hampir kerana tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada April depan.Beliau yang memerintah negara selama 22 tahun,berkata Anwar tidak boleh diberikan ruang memerintah kerana ia berbahaya kepada negara yang akan membawa banyak kemusnahan dalam tempoh berkenaan 

Jangan beri peluang 

Dr Mahathir menegaskan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar akan menggunakan apa saja bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tidak kembali berkuasa,malah pegawai kerajaan akan digunakan untuk ‘gemparkan’ bagi menakutkan sesiapa saja yang cuba mengubah kembali kerajaan. 

“Sekarang ini pun, kita lihat individu (Anwar) yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi mengambil tindakan saman untuk menutup mulut pengkritiknya. “Kuasa lain dalam kerajaan juga akan disalahgunakan.Nepotisme dan kronisme akan berlaku seperti dalam parti beliau (Anwar) ketuai,” katanya dalam entri terkini bertajuk ‘Perubahan’ dalam blog chedet.cc semalam.Justeru,Dr Mahathir meminta rakyat membandingkan rekod cemerlang BN sepanjang memerintah negara dengan rekod Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terutama ketika ketika Krisis Kewangan 1997-1998. 

Ancaman muflis 

 “Bank dan syarikat berdepan ancaman muflis kerana hutang tak berbayar.Kos import meningkat,begitu juga kos hidup. Rekod Menteri Kewangan ketika itu amat teruk dan mempunyai kecenderungan mendakwa kejayaan individu lain sebagai kejayaannya.PNB (Permodalan Nasional Berhad), UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan Perbankan Islam adalah sebahagian dakwaan itu.Sekarang sebagai ketua pembangkang beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan baik yang beliau bawa ketika berada dalam kerajaan? Apa yang menjadi minatnya (ketika itu) adalah untuk naik dalam UMNO dan menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun,” kata Mahathir. 

Jangan terpedaya 

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji perubahan yang dicanangkan pakatan pembangkang untuk memerintah negara. Katanya, mereka hanya meniru janji perubahan yang dibawa Barack Obama dalam kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi menarik sokongan pengundi – BH

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...