Perancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK),sayap pemuda PKR untuk mengadakan perhimpunan pada 12 Januari 2012 nanti bagi menghalang Shamsidar Thahrin daripada dipanggil sebagai saksi di Mahkamah sebenarnya telah menambah lagi keraguan umum terhadap moral dan akhlak Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim.Shamsidar,isteri kepada Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali adalah salah seorang daripada 10 individu yang dinamakan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam penyataan pembelaannya terhadap saman fitnah biseksual yang difailkan oleh Anwar.Saman fitnah itu difailkan terhadap Nallakaruppan serta Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu yang bertajuk "Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla" serta berita penuh di muka surat enam bertajuk "Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual".Dalam cubaannya sebelum ini,Anwar telah meminta supaya Mahkamah menggugurkan semua 10 nama individu daripada penyataan pembelaan Nalla.
Kesemua mereka itu mempunyai hubungan erat dengan Anwar dan turut dikaitkan dalam aktiviti biseksual membabitkan Ketua Pembangkang itu.Gayanya seperti Anwar cuba memanipulasi soal-soal teknikal melibatkan proses perbicaraan Mahkamah,satu kebiasaan yang menjadi kegemaran Anwar dan pasukan anak guamannya.Lihat sajalah rekod perbicaraan kes liwatnya dengn bekas pembantu peribadinya,Saiful Bukhari.Berpuluh kali perbicaraan terpaksa ditangguh semata-mata untuk membolehkan pasukan guamannya mencari kelemahan pendakwaan dari segi teknikal.Di kalangan ramai penyokong pembangkang khususnya dari PKR dan PAS tertanya-tanya kenapa bersungguh benar Anwar mengarahkan AMK parti itu untuk menghalang kemunculan Shamsidar di Mahkamah,sedangkan sepatutnya ia dimanfaatkan oleh Anwar untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.
Namun bila Anwar bertindak secara songsang mahu nama-nama individu tersebut disingkir dari penyataan pembelaan Nalla seterusnya mengarahkan AMK mengadakan perhimpunan untuk menghalang Shamsidar daripada hadir sebagai saksi,para penyokong PKR dan PAS menjadi tepu dan keliru.
Pemimpin yang mereka dewakan sebagai bakal Perdana Menteri kononnya berjiwa rakyat dan berkaliber kini kelihatan saling tak ubah seperti bapuk tua yang berpeleseran di celah-celah lorong gelap.Tiap detik waktu bagaikan mimpi ngeri,mungkin kerana itu setahun dua kebelakangan ini wajah Anwar semakin tak berseri. Murung dan kelam sama seperti kambing jamnapari yang sedang kelaparan dan kehausan.
Jelas sekali, Anwar sedang kecut perut dihambat dosa-dosa dari kebejatan moralnya yang rendah. Dayusnya mengalahkan pondan,ketakutannya pula persis seperti tikus melihat kucing.
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
Kalau ketua pembangkang di lain-lain negara, dah lama akan meletak jawatan atau dipaksa meletak jawatan.
Ketua pembangkang di Malaysia paling tebal muka dan tidak ada maruah. Ini menjadikan sekutunya dalam DAP dan PAS juga tebal muka dan tak ada maruah.
Rakyat Malaysia bijak menilai. Pemimpin tidak bermoral tidak akan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
sokong 1000%...
Sikit sikit nak demo..Apa kena mengena Shamsidar dengan Politik? Ini isu peribadi..
Kalau benar APA NAK TAKUT????????? Sepatutnya Shamsidar mahu ke Mahkamah untuk CLEAR nama dia jika tidak tak terlibat apa2 dengan Mr Perfect Anwar Ibrahim.
tak payah pergi demo lah kawan kawan, dia yang sedap melantak dia nak ajak kita defend dia, kalau dia ajak main sama tak pa juga, atau dia mau menurunkan ilmu betina dia tu patut kita ikut sama.
Post a Comment